5 Tanda Radiator Tersumbat Pada Kereta

Radiator kereta anda tersumbat ?

Sukar untuk mengenal pasti tanda radiator tersumbat ?

Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tanda – tanda radiator kereta tersumbat yang menjadi salah satu punca enjin kereta menjadi Overheat.

Untuk pengetahuan anda,

Selain daripada radiator tersumbat, kerosakan komponen lain dalam sistem penyejukan enjin seperti Water Pump, Thermostart, kebocoran hose, Motor kipas dan Radiator cap juga akan mengakibatkan enjin kereta akan cepat panas.

Berikut Merupakan Tanda Radiator Tersumbat :

1 Temperature Enjin Tinggi

Temperature tinggi
  • Jika air tidak dapat disejukan pada Radiator, temperature enjin akan menjadi tinggi.
  • Ini kerana air tidak dapat turun dari tangki atas ke tangki bawah untuk disejukan dengan baik, kerana saluran tube telah tersumbat oleh karat.
  • Periksa juga komponen yang berkaitan termasuk Thermostart, Water Pump, hose, motor kipas dan Radiator Cap kemungkinan mengalami masalah.
  • Servis Radiator kereta anda atau tukar baharu untuk penggunaan jangka panjang.

2 Karat Dalam Radiator

Karat dalam radiator
  • Terdapat karat dalam Radiator.
  • Ini dapat dilihat apabila anda membuka Radiator Cap dan air yang terdapat pada tangki simpanan.
  • Karat ini akan menutupi laluan air pada saluran tube dan melambatkan kelancaran air untuk disejukan.
  • Jika dibiarkan, ini mengakibatkan enjin akan menjadi overheat dan boleh merosakan enjin kereta anda.

3 Air Tendang Ke Tangki Simpanan

Air tendang ke tangki simpanan
  • Jika radiator tersumbat, air akan terus masuk ke tangki simpanan.
  • Ini mengakibatkan kehilangan air dalam Radiator danĀ  menjadi punca enjin menjadi cepat panas.
  • Pastikan air dalam tangki simpanan pada paras yang betul, jika air berlebihan secara tiba – tiba kemungkinan terdapat kerosakan komponen pada sistem penyejukan kereta anda.
  • Periksa juga Thermostart dan Radiator Cap jika komponen ini rosak, ia juga mengakibatkan air tendang ke tangki simpanan.

4 Temperature Naik Dalam Pemanduan Yang Laju

Peningkatan suhu pada pemanduan laju
  • Suhu enjin akan meningkat semasa dalam pemanduan yang laju tetapi normal pada kelajuan biasa.
  • Ini kerana air panas tidak dapat disejukan dengan sempurna kerana terdapat saluran tiub yang tersumbat dalam radiator.
  • Apabila enjin beroperasi dalam kelajuan yang tinggi, menyebabkan pusingan air dalam sistem penyejukan bergerak dengan lebih cepat.
  • Ini memerlukan penyejukan air yang lebih cepat.
  • Jika Radiator tersumbat, ini akan melumpuhkan sistem penyejukan enjin dan mengakibatkan suhu enjin naik dengan mendadak.
  • Periksa juga Thermostart, tanda kerosakan komponen ini sama seperti Radiator tersumbat.
  • Pastikan paras air dalam radiator mencukupi.
Operasi sistem penyejukan kereta

5 Jangka Hayat

Jangka hayat radiator
  • Apabila mileage kenderaan anda telah mencapai 100,000km atau 5 tahun ke atas anda perlu memeriksa dan melakukan servis pada Radiator.
  • Walaupun anda menggunakan Coolant sebagaiĀ  bahan cecair, namun ia tidak menjamin Radiator kereta untuk bertahan dengan lebih lama jika tidak diselenggara dengan betul.
  • Periksa semua komponen sistem penyejukan dalam kereta.

Jenis Radiator Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini dapat memberikan kebaikan kepada anda semua, lebih – lebih lagi dalam penjagaan serta mengenal pasti tanda Radiator tersumbat pada kereta anda !

Baca Juga : 12 Punca Enjin Kereta Cepat Panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *