12 Punca Enjin Kereta Cepat Panas

Mengapa enjin kereta cepat panas ?

Anda ingin tahu punca enjin kereta cepat panas ( Overheat )?

Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda mengenai punca – punca enjin kereta cepat panas sebagai panduan serta menambahkan lagi pengetahuan anda apabila mengalami situasi seperti ini pada kereta anda.

Berikut merupakan punca enjin cepat panas :

1 Motor Kipas Radiator Tidak berfungsi

Motor Kipas Rosak
  • Fungsi motor kipas adalah untuk memusingkan kipas untuk menyejukan radiator.
  • Motor kipas tidak berfungsi/rosak Enjin menjadi cepat panas.
  • Periksa relay atau fius mungkin putus atau rosak.
  • Gantikan motor kipas baru.

2 Thermostat Rosak

Kerosakan pada thermostat
  • Fungsi thermostat adalah untuk mengawal suhu kepanasan enjin.
  •  Thermostat melekat/jammed  mengakibatkan air terperangkap dalam blok enjin dan tidak dapat disejukan di radiator.
  • Untuk kepastian, uji thermostat dengan memasukan ke dalam di air panas yang mempunyai suhu 80 darjah – 90 darjah celcius.
  • Jika thermostart tidak buka apabila mencapai suhu bukaan, ia perlu ditukar.

Operasi Thermostat dalam Sistem Penyejukan Enjin :

Operasi Thermostat
  • Apabila suhu air dalam enjin mencapai 80c – 90c, pressure spring akan tertolak untuk membenarkan air keluar ke radiator untuk disejukan.

3 Radiator Cap Rosak

Kerosakan pada radiator cap
  • Fungsi radiator cap adalah untuk  mengawal tekanan air dalam sistem penyejukan kereta anda.
  • Jika main seal atau low pressure spring rosak, air akan keluar dari radiator dan menyebabkan air dalam radiator sentiasa akan berkurangan.
  • Untuk mengenal pasti kerosakan, anda boleh melihat pada radiator cap main seal.

Operasi Radiator Cap pada Sistem Penyejukan Enjin :

Operasi Radiator Cap
  • Radiator cap berfungsi untuk mengawal tekanan air dalam sistem penyejukan kereta.
  • Apabila suhu air meningkat, pressure spring akan ditolak oleh tekanan air dan membenarkan air keluar melalui pressure seal masuk ke resevoir tank ( Tangki simpanan air ).
  • Jika pressure seal rosak, ini akan menyebabkan air akan keluar dari radiator dan mengakibatkan air berkurangan.

4 Radiator Tersumbat

Radiator tersumbat
  • Fungsi radiator adalah laluan untuk penyejukan air yang panas hasil dari pembakaran dalam enjin.
  • Jika radiator tersumbat, maka proses penyejukan menjadi lambat dan mengakibatkan suhu air meningkat.
  • Servis radiator kereta anda.

Operasi Radiator Dalam Sistem Penyejukan Enjin :

Operasi Radiator
  • Air yang panas hasil daripada pembakaran dalam enjin akan keluar melalui upper hose dan masuk ke upper tank untuk disejukan pada saluran tube radiator.
  • Proses penyejukan ini akan dibantu oleh kipas dan udara dari luar semasa kereta bergerak.

5 Kebocoran Hose

Kebocoran Hose
  • Fungsi hose ada laluan air dalam sistem penyejukan enjin.
  • Jika hose koyak akan mengakibatkan air dalam sistem akan berkurangan dan mengakibatkan enjin menjadi lampau.
  • Tukar hose untuk mengelakan masalah besar berlaku pada enjin kereta anda.

6 Water Pump Rosak

Water pump rosak
  • Fungsi water pump adalah untuk mengepam air dalam sistem penyejukan bagi melancarkan pengaliran air.
  • Water pump jammed – Suhu air dalam enjin meningkat.
  • Impeller/blade water pump patah/rosak – Melambatkan pengaliran air dalam enjin serta tempereture enjin meningkat.
  • Kebocoran air water pump – Air akan berkurangan.

Operasi Water Pump Dalam Sistem Penyejukan Enjin :

Operasi Water Pump
  • Air dalam radiator akan dipam ke dalam sistem penyejukan enjin seperti water jacket, head, turbo, dan seterusnya melalui thermostat untuk masuk ke dalam radiator untuk disejukan.
  • Proses ini akan berulang – ulang sehingga enjin dimatikan.

7 Kebocoran Pada Raditor

Kebocoran pada radiator
  • Tangki radiator retak/pecah akibat penggunaan jangka masa yang lama.
  • Tiub saluran air raditor bocor.
  • Ini mengakibatkan air akan sentiasa berkurangan dalam sistem.
  • Tukarkan radiator baru.

8 Motor Kipas Lambat Pusing

Motor Kipas lambat Berpusing
  • Motor kipas pusing dengan perlahan Temperature akan cepat naik apabila kereta berhenti dan kembali stabil ketika kereta bergerak.
  • Periksa relay kipas serta temperature switch.
  • Jika komponen ini rosak suhu air akan turun dan naik tidak menentu.

9 Kebocoran Pada Core Plug

Kebocoran core plug
  • Fungsi core plug adalah untuk mengelakan kerosakan berlaku pada blok enjin jika enjin overheat.
  • Kebocoran pada core plug ini mengakibatkan air akan berkurangan serta suhu meningkat dengan mendadak.
  • Tukarkan core plug baru.

10 Kebocoran Dalam Enjin

Kebocoran dalaman enjin
  • Kebocoran laluan air pada head gasket.
  • Ini juga mengakibatkan air dalam sistem penyejukan akan berkurangan.
  • Head yang bengkok akibat overheat juga mengakibatkan air cepat berkurangan dalam sistem.
  • Tukarkan head gasket serta skim untuk meratakan permukaan head.

11 Kebocoran Pada Clamp Sambungan Hose

Kebocoran pada sambungan clamp hose
  • Kebiasaanya pada hujung sambungan hose terdapat clip/clamp untuk mengetatkan sambungan hose dan pipe.
  • Jika terdapat kelonggaran pada sambungan ini akan menyebabkan air akan berkurangan.

12 Kebocoran Saluran Paip

kebocoran paip radiator
  • Ianya sama dengan fungsi hose untuk laluan air dalam sistem penyejukan.
  • Kebocoran ini hasil dari hakisan karat yang terdapat pada saluran paip air.
  • Tukarkan paip baru untuk penggunaan jangka panjang.

Berikut merupakan komponen dalam sistem penyejukan kereta sebagai rujukan anda :

Motor Kipas Radiator :

Radiator Kereta :

Radiator Cap Kereta :

Hose Air Set Kereta :

Semoga post yang saya kongsikan ini memberikan manafaat kepada anda serta dapat melakukan penjagaan kepada enjin kereta anda agar sentiasa dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.

Baca juga : 12 Tanda Aircond Kereta Rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *