10 Tanda Belting Rosak Pada Kereta

Belting kereta anda rosak ?

Sukar mengesan tanda belting rosak pada kereta ?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana untuk mengesan tanda kerosakan belting pada kereta dengan mudah dan sangat senang difahami.

Google Ads

Fungsi belting pada kereta :

  • Untuk memusingkan water pump, compressor aircond, power steering pump, alternator dan sebagainya.

Google Ads

Berikut merupakan tanda belting rosak pada kereta :

1 Retakan Pada Jalur Belting

Keretakan pada jalur belting
  • Pendedahan berterusan terhadap suhu tinggi dan tekanan melengkung disekitar pulley menyebabkan keretakan.
  • Keretakan bermula dari atas jalur belting dan berkembang ke garis belting.
  • Tukarkan belting baru.

2 Potongan Getah Terkeluar Dari Belting

Potongan getah terkeluar
  • Haba, jangka hayat adalah penyebab utama.
  • Gantikan belting baru.

3 Tali Halus Pada Alur Belting

Tali halus pada alur
  • Pemasangan belting yang salah pada pulley.
  • Kekurangan tegangan.
  • Sering berlaku pada enjin diesel.
  • Tukarkan belting baru.
  • Pastikan belting masuk ke alur pulley.
  • Periksa ketegangan belting.

4 Belakang Belting Melecet

Belakang belting melecet
  • Belting bergeselan dengan objek asing semasa berpusing.
  • Ketegangan belting tidak betul.
  • Periksa ketegangan belting.
  • Tukarkan belting jika mengalami kerosakan teruk.

5 Jalur Belting Tertanggal atau Koyak

Jalur belting tertanggal
  • Pemasangan belting yang tidak betul.
  • Salah satu jalur belting terkeluar ke luar menyebabkan belting berpusing tanpa sokongan.
  • Pasangkan belting pada alur pulley dengan betul.
  • Periksa ketegangan belting.
  • Jika belting mengalami kerosakan teruk, tukarkan untuk penggunaan jangka panjang.

6 Kehausan Jalur Belting Tidak Sekata

Kehausan tidak sekata
  • Terdapat benda asing yang melekat pada pulley dan menyebabkan kehausan yang tidak sekata.
  • Bersihkan pulley dari segala benda asing.
  • Ketatkan belting mengikut ketegangan yang betul.

7 Terdapat lubang, Benjolan dan Cebisan Kain

Terdapat benda asing pada belting
  • Terdapat batu kecil antara alur belting dan pulley.
  • Periksa dan bersihkan bahagian belting dan pulley.
  • Jika belting mengalami kerosakan teruk tukarkan belting baru.

8 Kerosakan Jalur Luar Belting

Kerosakan luar jalur belting
  • Belting luar mungkin berlapis atau senget.
  • Menyebabkan bunyi pada belting.
  • Ketidak seimbangan pemasangan belting.
  • Jika belting mengalami kerosakan teruk tukarkan dengan belting baru.

9 Terdapat Kesan Minyak

Terdapat kesan minyak
  • Terdapat kesan minyak pada permukaan belting.
  • Minyak dan gris adalah musuh utama utuk getah.
  • Minyak akan melemahkan ikatan kompoun dan mengakibatkan belting lembut dan keras.
  • Hilangkan kesan minyak pada permukaan belting.

10 Belting Putus

Belting putus
  • Penggunaan lama serta jangka hayat belting.
  • Tukarkan belting baru.

Berikut Merupakan Jenis Beling Kereta Untuk Rujukan Anda :

Tukarkan belting kereta anda 2 atau 3 tahun sekali untuk mengelakan kerosakan serius kepada komponen lain yang berkaitan.

Sangat mudah bukan ?

Diharapkan semoga cara mengenal pasti tanda belting rosak ini dapat menjadi panduan kepada anda untuk memeriksa belting kereta anda supaya sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.

Baca Juga : 8 Tanda gearbox Auto Rosak Pada Kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *