4 Tanda Starter Kereta Rosak

Starter kereta anda rosak ?

Tercari – cari tanda starter kereta rosak dengan mudah ?

Dalam post kali ini, saya ingin kongsikan cara untuk mengenal pasti tanda starter dengan mudah dan senang.

Google Ads

Berikut merupakan tanda – tanda kerosakan starter kereta :

1 Start Kosong

kereta tidak boleh start
Start kosong
  • Lampu dan sistem elektrik lain dalam kereta berfungsi dengan baik, tapi ketika hendak start enjin, starter tidak berfungsi ( kosong ).
  • Periksa sambungan wayar starter.
  • Periksa menggunakan test lamp sama ada sumber elektrik sampai atau tidak.
  • Jika tidak ada sumber elektrik, periksa fius dan wayar sambungan ke starter. ( kadang -kadang tengah wayar akan terbakar kerana penggunaan yang lama).
  • Periksa carbon brush starter.
  • Jika terlalu nipis tukarkan carbon brush baru.

2 Starter Berpusing / tidak berpusing

Carbon brush nipis
  • Apabila hendak start enjin, starter kadang – kadang berpusing dan kadang – kadang tidak.
  • Bunyi ‘ Takk ‘ ‘ Takk‘ ketika hendak start enjin. ( kadang – kadang berpunca dari kuasa bateri yang kurang ).
  • Pastikan bateri kereta anda mempunyai cas yang mencukupi.
  • Ini tanda carbon brush starter nipis, kerana arus elektrik tidak sampai kepada commutator untuk memusingkan enjin.
  • Periksa juga sambungan terminal dan + pada bateri.
  • Servis starter kereta anda.
  • Tukar carbon brush baru.
  • Bersihkan commutator.
  • Untuk emergency, anda boleh ketuk di bahagian starter bagi memusingkan starter.

Anda Boleh Juga Membuat Rujukan Disini : Carbon Brush Kereta.

3 Starter Pusing Tetapi Tidak Memusingkan Flywheel

Tanda stsrter kereta rosak / ganti solenoid baru
Solenoid rosak
  • Apabila hendak start enjin, starter motor pusing tetapi flywheel tidak berpusing untuk menghidupkan enjin.
  • Ini kerana solenoid rosak dan tidak menolak pinion gear untuk memusingkan flywheel.
  • Periksa selenoid starter,jika jammed bersihkan.
  • Tukar apabila masih dalam masalah sama.
  • Boleh juga ketuk di bahagian selenoid supaya starter berfungsi untuk kes emergency.

Anda Boleh Membuat Rujukan Disini : Starter Solenoid.

4 Enjin Berat Ketika Hendak Dihidupkan

tanda starter kereta rosak/ enjin berat
Enjin berat ketika hendak dihidupkan
  • Bateri kereta anda baru, tetapi ketika hendak start enjin, ianya terasa berat dan seperti bateri rosak.
  • Ini bermakna starter anda perlu diservis.
  • Periksa bearing, carbon brush dan sapukan sedikit gris pada actuating arm starter.
  • Jika masalah berulang, tambahkan ground cable daripada terminal terus kepada body starter untuk menguatkan arus elektrik.
  • Anda boleh juga menambah starter relay untuk lebih kuasa kepada starter.

Jenis Starter Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga dengan adanya tanda starter kereta rosak ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti dengan lebih jelas lagi masalah starter kereta anda supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Baca Juga : 4 Tanda Dirve Shaft Rosak Pada Kereta.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *