Berikut merupakan tanda gearbox auto rosak pada kereta yang anda perlu ketahui.
Anda pengguna kereta jenis auto?
Inginkan info tentang tanda kerosakan pada gearbox auto kereta anda?
Untuk pengetahuan anda, kos membaiki gearbox auto ini boleh mencapai ribuan ringgit.
Sebelum bertambah parah, kenali tanda awal kerosakan gearbox kereta anda dengan mudah.
Google Ads
Berikut merupakan tanda kerosakan gearbox kereta:
1 Terdapat Sentakan Yang Kuat
- Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali penukaran gear berlaku.
- Contoh dari N ke D atau dari P ke D .
- Ini tanda awal kerosakan gearbox auto.
- Flushing dan ganti minyak auto.
- Hantar kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan.
2 Rpm Menjadi Tinggi

- Rpm tinggi dan tidak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.
3 Enjin Kereta Berbunyi Kuat
- Enjin kereta berbunyi kuat setiap kali penukaran gear auto berlaku.
- Ini menandakan clutch plate dalam gearbox auto telah habis/nipis.
- Hantar kereta anda di bengkel untuk diperiksa/dibaiki.
4 Berbunyi Hentakan Seperti ‘Dukk’

- Gearbox auto berbunyi hentakan seperti ‘Dukk’ setiap gear auto bertukar.
- Buat flushing gearbox dan tukar minyak auto untuk melancarkan penukaran gear.
- Servis gearbox anda dengan segera sebelum bertambah teruk.
5 Gear Bertukar Kepada Keadaan N Atau D Pada Meter

- Gear bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
- Sangat merbahaya dalam pemanduan.
- Terdapat kerosakan pada valve body gearbox auto.
6 Penukaran Gear Yang Lambat

- Penukaran gear yang lambat.
- Kemungkinan filter tersumbat atau kotor menyebabkan penukaran gear lambat.
- Periksa juga Solenoid Shift Sensor kemungkinan mengalami kerosakan.
- Ini kerana penukaran minyak gear auto tidak dilakukan mengikut jadual penukaran yang betul.
- Jika hal ini berterusan gearbox kereta anda akan rosak.
7 Kereta Tidak Bergerak

- Kenderaan tidak bergerak walaupun tombol gear sudah dimasukan ke D.
- Ini menunjukan gearbox auto kereta anda rosak teruk.
- Antara kemungkinan kerosakan seperti ini adalah : pam jem, Valve body sumbat, sensor, dan valve body rosak.
8 Pemiilihan Gear yang Sukar / Tidak Lancar

- Kesukaran untuk memilih gear contoh Dari D ke P.
- Kadang kala tersekat dan langsung tidak dapat pilih gear.
- Ini kemungkinan bush/ sambungan kabel gear terlepas dari handle.
9 Kerosakan Speed Sensor

- Untuk kenderaan auto, Speed Sensor berada pada 2 kedudukan yang dipanggil Input dan Output.
- Kerosakan komponen ini menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan.
- Overdrive (O/D) lambat masuk atau tidak naik.
- Brek menjadi keras.
- Meter Speedo bergoyang/tidak naik.
- Lampu (O/D) berkelip – kelip.
- Lampu Check Enjin menyala.
Kenapakah Kerosakan Ini Berlaku ?
Antara sebab kerosakan ini berlaku adalah :
- Oil filter gearbox auto tidak pernah ditukar.
- Penukaran minyak auto yang tidak mengikut jadual yang betul.
- Tidak pernah memeriksa paras minyak gear auto.
- Tidak pernah menambah minyak auto.
- Tidak pernah menukar minyak gear auto.
Anda harus peka terhadap jadual servis minyak auto kenderaan anda.
Penukaran minyak auto dilakukan apabila perjalanan kenderaan mencapai 20,000km.
Bagi mengelakan berlakunya kerosakan yang serius pada gearbox auto.
Semoga dengan adanya tanda gearbox auto rosak yang saya kongsikan ini dapat menjadi panduan kepada anda bagi mengelakan kerosakan lebih – lebih lagi kepada pengguna kenderaan auto.
- Baca juga : 4 Tanda Bearing Clutch Rosak Pada Kenderaan.
terima kasih diatas info berguna ini
kenapa P ke R sangat keras.
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Selalunya apabila P ke R atau R ke P keras,ini berpunca daripada masalah gear knob rosak.
Namun begitu periksa juga bahagian komponen yang berkaitan dengan sistem gearbox kereta anda.
Terima kasih.
kebiasaan bunyi DUKK ni, adakah dengan menukar minyak gearbox boleh selesaikan masalh bunyi itu?
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Kebiasaanya bunyi dukk ini berpunca dari penukaran gear yang tidak lancar.
Buat penukaran minyak serta periksa bahagian lain seperti gearbox mounting dan komponen berkaitan.
Terima kasih.
Kereta Honda City 2016, kereta berbunyi nyaring bila berada dalam mode “D” dan dalam keadaan pegun (kaki di brek).
Adakah ni petanda masalah gearbox?
Terima Kasih Tuan
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Untuk masalah kereta anda, saya syorkan anda service minyak ATF serta tukar filter terlebih dahulu.
Jika masalah masih berlaku, hantar kereta anda di bengkel untuk dibuat pemeriksaan.
Terima kasih.
admin..tumpang tanya ya…kalau kereta auto masuk reverse tak gerak…tapi gear lain semua lancar…bila masuk Gear N tekan minyak kereta jalan Gear P sama juga…minyak dan filter dah servis dah…
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
kebiasanya apabila gear R dimasukan tetapi kenderaan tidak bergerak, ini berpunca daripada clutch dalaman gearbox haus serta o-ring
reverse piston koyak.
Hantarkan kenderaan anda di bengkel untuk pemeriksaan menyeluruh sistem gearbox auto anda.
Terima kasih.