4 Tanda Bearing Clutch Rosak Pada Kereta Anda

clutch bearing

Berikut adalah 4 tanda bearing clutch rosak pada kereta anda.

Sukar mengesan tanda kerosakan?

Dalam post ini, saya ingin kepada anda bagaimana mengesan tanda bearing clutch rosak pada kereta anda.

Google Ads

Sebelum itu, saya ingin terangkan terlebih dahulu fungsi Clutch Bearing dan Clutch.

Fungsi Clutch Bearing / Release Bearing

  • Menolak Pressure Plate bagi membebaskan clutch.

Fungsi Clutch

  • Menyambung dan memisahkan hubungan kuasa diantara enjin dan gearbox.
  • Memudahkan pemandu untuk menukar gear.
  • Membolehkan kenderaan mula bergerak dengan licin.
  • Membenarkan enjin terus hidup semasa kenderaan berhenti tanpa meletakan gear pada kedudukan ‘ neutral’

4 Tanda Clutch Bearing Perlu Diganti

Antara tanda – tanda clutch bearing rosak adalah :

1 Getaran Pada Clutch Pedal

Getaran
Getaran pada clutch pedal
  • Apabila clutch pedal ditekan ia mestilah bergerak lancar.
  • Jika anda rasakan ada getaran pada pedal, menandakan bearing clutch rosak.
  • Getaran sama seperti menekan pedal brek yang bergegar akibat disc rotor bengkok.

2 Penukaran Gear Tidak Lancar

Tombol gear/ 4 tanda bearing rosak pada kereta anda
Penukaran gear tidak lancar
  • Penukaran gear hendaklah lancar apabila memandu.
  • kesukaran untuk menukar gear, kemungkinan clutch bearing rosak.
  • Kerana bearing clutch tidak menarik sepenuhnya pressure plate untuk membebaskan Clutch.

3 Terdapat Bunyi Digearbox

gearbox / 4 Tanda bearing clutch rosak pada kereta anda
Terdapat bunyi di gearbox
  • Terdapat bunyi di bahagian gearbox.
  • Apabila pedal clutch ditekan, bunyi akan hilang.
  • Ini merupakan tanda yang ketara bearing clutch rosak dan perlu diganti.

4 Pergerakan Clutch Bearing Tidak Lancar

Clutch bearing rosak
Pergerakan clutch bearing tidak lancar
  • Bearing clutch dihasilkan dengan sifat pelinciran khas agar ia berfungsi dengan lancar.
  • Pergerakan Clutch Bearing akan tersekat – sekat apabila clutch pedal ditekan.
  • Semakin haus clutch bearing, semakin sukar menekan pedal clutch.
  • Sampai 1 masa clutch tidak dapat dilepaskan kerana clutch bearing rosak/jammed.
  • Contoh Clutch Bearing.

Semoga dengan perkongsian saya ini, dapat memberikan banyak manafaat kepada anda dalam mengenal pasti kerosakan pada gearbox kereta anda.

Baca Juga : 8 Kesan Absorber Rosak Pada kereta Anda.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *