7 Tanda Alternator Rosak Pada Kereta

Alternator baru/tanda alternator rosak pada kereta

Berikut merupakan 6 tanda alternator rosak pada kereta anda.

Alternator kereta anda tidak dapat mengecas bateri?

Perlukan pembaikan?

Sukar untuk mencari  tanda alternator rosak pada kereta anda?

Dalam post saya kali ini, saya membawakan anda tanda kerosakan pada alternator yang anda perlu tahu.

Google Ads

Sebelum itu, Saya terangkan terlebih dahulu fungsi utama alternator dalam kenderaan anda.

Fungsi Alternator

  • Membekalkan cas elektrik kepada kereta sebagai contoh :- radio, wiper, lampu dan sebagainya.
  • Mengecas semula bateri.
  • Menukarkan tenaga makenikal kepada tenaga elektrik ( Alternating Current A/C ).

6 Tanda Alternator Akan Rosak

Berikut adalah tanda – tanda alternator kereta rosak yang anda perlu tahu.

1 Penunjuk Lampu Amaran Menyala ( Simbol Bateri ) di Dashboard

lambang bateri/ tanda alternator rosak pada kereta
Lampu penunjuk di dashboard menyala
  • Simbol bateri akan menyala di dashboard.
  • Menunjukan cas bateri tidak mencukupi/altenator rosak.

2 Lampu Semakin Malap

lampu malap / tanda alternator rosak pada kereta
Lampu kereta semakin malap
  • Lampu semakin lama semakin malap.
  • Begitu juga dengan komponen yang menggunakan kuasa elektrik lain.
  • Sebagai contoh aircond blower yang semakin lama, semakin perlahan.

3 Visual Bunyi dan Bau

Visual bunyi dan bau dari alternator
  • Visual : – Mekanik akan memeriksa berdasarkan maklum balas pemilik kenderaan tentang simpom kereta sebelum ini.
  • Bertujuan Untuk mengesan belting sama ada terdapat keretakan dan renganggan yang sesuai.
  • Bunyi :- Terdapat bunyi aneh didengari dari enjin sebelum alternator gagal berfungsi ( bunyi geseran ).
  • Bau :- Bau getah terbakar dan wayar terlalu panas selalu terjadi apabila alternator hampir rosak.
  • Pulley yang rosak menyebabkan belting gagal bergerak lancar dan memanaskan belting dan terbakar.

4 Kereta Kekurangan Power

Kereta kurang power
  • Kereta akan tidak cukup power kerana alternator tidak dapat membekalkan elektrik yang sepenuhnya kepada komponen elektronik kereta.

5 Bateri Tidak Dapat Dicas Sepenuhnya

Bateri kereta rosak
  • Anda telah membeli bateri baru, tetapi baru beberapa menggunakanya  bateri kehilangan cas.
  • Ini menandakan alternator rosak, kerana tidak dapat mengecas bateri dengan secukupnya.

6 Kerosakan Atau Masalah Sambungan Yang Longgar

Sambungan bateri yang longgar
  • Tiada kerosakan atau sambungan terminal bateri longgar tetapi bateri masih kehilangan kuasa.
  • Ini menandakan kerosakan pada alternator.

7 Kabel dan Bulb lampu Kerap Terbakar

Bulb lampu kerap terbakar
  • Bulb lampu yang kerap terbakar walaupun sudah di ganti baru.
  • Sambungan wiring ada kesan terbakar.
  • Ini ada kesan kerosakan IC Regulator ( Cut off ) pada alternator.
  • Fungsi regulator ini adalah untuk mengawal jumlah cas elektrik yang masuk dalam bateri.
  • Jika jumlah cas mencukupi ianya akan ‘ cut off ‘ secara automatik.
  • Jika IC Regulator ini rosak, akan menyebabkan cas berlebihan masuk kedalam bateri dan mengakibatkan kerosakan kepada bateri, lampu, sambungan wiring serta komponen elektronik dalam kereta.
  • Bahayanya, bateri boleh meletup jika cas berlebihan.
  • Tukarkan alternator kereta anda dengan segera untuk mengelakan kejadian buruk terjadi.

Bagaimana Mengesan Kerosakan Alternator dengan mudah?

Berikut merupakan cara mengesan kerosakan altenator :

1 Cabut Terminal Bateri

bateri/tanda alternator rosak pada kereta
Cabut terminal ( – ) bateri
  • Hidupkan enjin kereta.
  • Biarkan hidup selama 3 – 4 minit.
  • Jangan buka sebarang komponen yang menggunakan cas bateri.
  • Cabut terminal ( ).
  • Jika enjin kereta mati bermakna alternator rosak.
  • Sekiranya masih hidup bermakna alternator masih berfungsi dengan baik.

2 Multimeter

multimeter cek/ tanda alternator rosak pada kereta
Sebelum hidupkan enjin pastikan Bateri 12v dan ke atas
  • Hidupkan enjin kereta.
  • Setkan multimeter pada voltan arus terus ( DC )
  • Sambungkan wayar multimeter pada terminal positif ( + ) dan negetif ( ).
  • Tidak perlu tanggalkan kabel terminal.
  • Bacaan sepatutnya diperolehi sekitar 13v – 14.5v.
  • Sekiranya kurang, alternator anda bermasalah.

3 Indicator Light

Semasa enjin hidup bateri mestilah 13v dan 14v keatas
  • Peka tanda lampu petunjuk pada dashboard.
  • Jika tanda menyala, bermakna bateri tidak cukup cas.
  • Mungkin berlaku kerosakan bateri atau alternator.

Komponen Alternator biasanya Rosak

Antara komponen altenator yang biasanya rosak adalah :

1 Carbon Brush

carbon brush
Carbon brush nipis
  • Carbon brush habis/ nipis.
  • Sebenarnya kita boleh buat sendiri dan lagi murah.
  • Harga dalam lingkungan Rm15 begitu.
  • Cari saja di kedai parts dan di kedai buat alternator.
  • Contoh carbon brush

2 Rectifier Alternator

rectifier alternator baru
Rectifier alternator rosak
  • Boleh diperiksa menggunakan ohmmeter ( Multimeter ).
  • Hubungkan terminal positif ( + ) lain kemudian terminal positif ( + ) lain kemudian terminal nagetif ( ).
  • Jika terdapat hubungan rectifier, maka diode harus diganti.

3 Ic Regulator ( Cut Off )

ic regulator cut off
IC regulator ( cut off ) rosak
  • Berfungsi untuk menghalang alternator dari undercharge dan overcharge ( bateri di cas berlebihan ).
  • Mengawal output voltage ( 13 – 14v ).

Anda juga boleh memesan secara online senarai Alternator Kereta yang saya sediakan ini  :

Sangat mudah bukan?

Semoga dengan adanya tanda alternator rosak pada kereta ini dapat meningkatkan pengetahuan anda tentang penjagaan alternator, agar kereta anda dapat beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah kritikal.

Baca Juga : 16 Tips Penjagaan Kereta Anda.

19 Comments

  • maj59782@gmail.com' Hamdan hassan

    Saya ingin bertanya..saya guna perodua viva 850 manual..masalah pada viva saya apabila on lampu dan air cond timing jadi drop dan akan normal semula selepas 1 hingga ke 2 second..dan bilan raditor fan berpusing lampu akan malap..lagi satu masalah enjin pun tiada power dan bila buka air lagi kurang power..mungkin di sebabkan rectifier atau masalah komponen lain pada alternator? Terima kasih..

    • Terima kasih en.hamdan atas soalan anda.
      Saya syorkan untuk tambah grounding cable pada enjin kereta anda.
      Lampu yang malap apabila komponen elektronik dipasang, mungkin disebabkan oleh ground cable asal yang expire.
      Jika alternator rosak lampu amaran bateri akan menyala pada meter dasboard.
      Tambahkan grounding cable untuk kuatkan arus elektrik dan enjin kembali power.
      Periksa juga tempoh penggunaan bateri.

      Terima kasih.

    • Terima kasih atas soalan anda.
      Fungsi alternator untuk membekalkan elektrik dan untuk mengecas bateri kereta.
      Kerosakan alternator boleh merosakan bateri jika cut off rosak.
      kerana menyalurkan arus elektrik yang berlebihan pada bateri.
      Ttempoh penggunaan bateri serta kurangnya penjagaan bateri juga akan merosakan bateri.
      terima kasih.

    • rosli.lite@gmail.com' Rosli

      Hi bos. Saya nak tya. Saya Cuba periksa alternator alza saya rosak atau tidak dengan mencabut kepala negetif Di bateri. Enjin Masih on tidak mati. Cuma, bila aircond relay on enjin mati. Seolah tak de in power untuk tarik electric. Adakah is related. Dan apakah yg rosak

      • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
        kemungkinan compressor aircond kereta anda mengalami kerosakan, kerana jika on aircond enjin akan mati.
        Compressor jammed juga mengakibatkan enjin menjadi berat serta mati apabila aircond dihidupkan.
        Periksa juga arus elektrik pada bateri ketika enjin hidup, cas terhasil dari alternator mestilah 14v ke atas dengan menggunakan multimeter.
        Hantar kenderaan anda di bengkel untuk pemeriksaan.
        Terima kasih.

  • fakhrultajudin27@gmail.com' F.T

    Jika Meter minyak tak display bacaan dan radio pon kurang brfungsi seperti malap bacaan jam/skrin radio tiada paparan adakah ia berkaitan dgn Alternator? Kreta Viva 850

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Untuk masalah kereta anda kemungkinan alternator atau bateri kereta anda rosak.
      Untuk kenal pasti masalah alternator, cabut terminal negatif bateri ketika enjin hidup, jika enjin mati bermakna alternator kereta bermasalah.
      Jika enjin tidak mati bermakna bateri rosak.
      Periksa juga sambungan wiring alternator dan bateri kemungkinan reput/ putus yang mengakibatkan arus eletrik tidak dapat disalurkan sepenuhnya kepada sistem elektik kereta.
      Terima kasih.

  • kamm_matt@yahoo.com' Kamm

    KALAU overcharging macammana nk checkya? samada bateri punca overcharge atau ALT yg punca? sebab bila full load on.. charging normal.. bila tiada load.. overcharged

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Untuk memeriksa sama ada bateri yang di cas overcharge atau tidak gunakan Multimeter.
      Jika bateri mencapai 14.8v keatas ( semasa enjin hidup ) ini berlaku kerosakan pada regulator alternator.
      Terima kasih.

  • dnac18@gmail.com' Liz chk

    Hi,saya telah cuba buat seperti yang anda syor kan. Sesudah cabut negative,enjin still on. Tp bila switch on lampu dia terus mati enjin. Adakah itu normal atau tak?

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Altenator mungkin masih boleh mmembekalkan cas elektrik bila anda cabut terminal negatif tetapi dengan kuantiti sedikit.
      Ini tandanya bila – bila masa sahaja altenrator kereta anda rosak.
      Apabila lampu on, alternator perlukan lebih kuasa untuk bekalkan arus elektrik, jika enjin mati ini antara tanda kerosakan alternator.
      Tetapi, periksa juga keadaan, dan jangka masa penggunaan bateri.
      Periksa kemasukan cas dari alternator dengan menggunakan multimeter.
      Jika 12v keatas bermakna alternator dalam keadaan baik.
      12v ke bawah tandanya berlaku kerosakan pada alternator kereta anda.
      Terima kasih.

  • farah.fendi81@gmail.com' Fendi

    Selamat pagi..saya mendapat masalah dengan apabila air cond dan lampu utama dipasang serentak, kuasa dari ALT akan menurun slow2 dari tahap normal 13v,14v sehingga kitaran 11v ker 10v dan terus menurun.Apabila salah satu acc saya off lampu atau air cond,kuasa akan slow2 naik dan bertambah balik.Walaubagaimanapun lampu utama tetap tidak terang dari sepatutnya miskipun current yang dihasilkan ALT pada tahan normal 13v 14v.

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Untuk mendapatkan jumlah current yang lebih stabil, cuba tambahkan grounding cable.
      Cara ini mungkin dapat menstabilkan arus elektrik pada kereta anda.
      Terima kasih.

  • rosanita@wetsb.com' rosanita bt mohd ros

    kereta saya proton saga 1.3 CVT
    kereta saya tak boleh start , saya tinggalkan 1 minggu berhujan dan berjemur, saya tukar bateri baru. bila hantar dekat proton services check ckp tak ada apa2 cuma bateri tak boleh kena air, makenik pesan kalau tinggal lama kena cabut bateri. Kali ke dua saya kena masalah yang sama tapi masa saya tinggalkan 4 hari saya tak cabut pun bateri sebab baru tukar bateri .hantar balik ke proton services mereka kata mereka tukar bateri baru dan alternator, sedangkan mereka tak jemur ,tak bagi kena hujan kereta tu dan biar kan dekat luar .
    saya pun tak tahu apa masalah nya.

    • Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
      Selalunya jika cas bateri berkurangan/habis dalam tempoh beberapa hari, antara bateri atau alternator rosak.
      Alternator mungkin tidak dapat mengecas bateri sepenuhnya ia jika mengalami kerosakan.
      Periksa sambungan kabel bateri, wiring soket alternator kemungkinan longgar, reput atau terbakar yang mengakibatkan bateri baru tidak dapat dicas sepenuhnya.
      Pastikan anda tidak memasang lampu, atau sebarang komponen elektronik dalam kereta yang menyebabkan kehilangan cas bateri.
      Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *