8 Kesan Absorber Rosak Pada Kereta Anda

Absorber baru

Berikut merupakan 8 kesan Absorber rosak pada kereta anda.

Sukar untuk mengesan kerosakan?

Dalam post ini saya ingin kongsikanĀ  bagaimana untuk mengenal pasti kerosakan.

Tapi sebelum itu, saya ingin terangkan fungsi dan jenis – jenis absorber pada kereta.

Fungsi Shock Absorber

Google Ads

  • Menyerap hentakan apabila kenderaan melalui permukaan jalan yang tida rata.
  • Memastikan tayar sentiasa bersentuhan dengan permukaan jalan.
  • Mengoptimumkan prestasi brek.
  • Mengawal pergerakan kenderaan daripada melantun.
  • Meningkatkan tindak balas pengendalian steering.
  • Memastikan perjalanan lancar, selamat dan selesa.

Jenis Shock Absorber

Antara jenis absorber yang digunakan pada masa kini adalah :

1 Shock Absorber Jenis Minyak

jenis minyak ( 8 kesan absorber rosak pada kereta anda )
Absorber jenis minyak
  • Kawalan dan pengendalian yang lebih baik untuk perjalanan yang lebih selesa.
  • Sesuai untuk permukaan jalan yang rata.
  • Mengandungi cecair hidraulik.
  • Contoh Absorber jenis minyak.

2 Shock Absorber Jenis Gas

jenis gas ( 8 kesan absorber rosak pada kereta anda )
Absorber jenis gas
  • Mengandungi Gas Nitrogen bertekanan rendah.
  • Menstabilkan/mengekalkan kadar hentakan valve.
  • Gas Nitrogen berfungsi untuk meningkatkan suhu cecair Hidraulik.
  • Sesuai untuk jalan yang tidak rata ( contoh jalan yang teruk, berlubang dan sebagainya ).
  • Memiliki prestasi yang lebih baik dan sesuai untuk persekitaran yang mencabar.
  • Sesuai digunakan pada kenderaan muatan berat, tahan lasak dan berupaya memberikan kawalan steering yang lebih baik pada kelajuan tinggi.
  • Contoh Absorber jenis gas.

8 kesan Absorber Rosak Pada Kereta Anda

Berikut merupakan kesan absorber kereta yang anda perlu tahu.

1 Getaran berlebihan Pada Steering Ketika Memandu

Getaran yang berlebihan pada steering
  • Permukaan jalan raya yang tidak rata menyebabkan steering bergetar.
  • Jika gegaran berlebihan, walaupun di jalan yang rata ini merupakan tanda kesan kerosakan absorber yang serius .
  • Gegaran teruk dirasakan semasa memandu di lebuh raya pada kelajuan yang tinggi.
  • Mengakibatkan ketidakselesaan dalam pemanduan.
  • Memberi kesan kepada aspek keselamatan dan kemampuan anda untuk mengawal kenderaan jika berlaku kemalangan.

2 Body Roll Belebihan Semasa Melalui selekoh

body roll berlebihan semasa selekoh
  • Kereta akan menjadi tidak stabil terutama melalui selekoh tajam.
  • Badan kereta terasa terapung dan terbuai secara berlebihan.
  • Ini mengakibatkan kereta terbalik jika absorber dibiarkan rosak.

3 Kereta Melantun Dalam Jangka Masa Yang Lama

kereta melantun
  • Kereta bergoyang dan melantun dengan berlebihan.
  • Mempengaruhi keselesaan dan pengendalian.

4 Kehausan Tayar Tidak Sekata

kehausan tayar tidak sekata 8 kesan absorber rosak pada kereta anda
Kehausan tayar tidak sekata
  • Kehausan bunga tayar tidak rata ( bertompok ).
  • Menandakan kesan akibat kerosakan absorber kereta anda.

5 Absorber Kereta Mengalami Kebocoran

kebocoran cecair absorber 8 kesan absorber rosak pada kereta anda
Absorber mengalami kebocoran
  • Kelihatan ada kesan minyak / kesan basah pada Shock Absorber ( jenis minyak ).
  • Tukarkan absorber kereta anda.

6 Nose Dive

Kereta menjunam semasa brek mengejut
  • Kereta menjunam ( nose dive ) semasa membrek mengejut.
  • Bahagian belakang kereta terjongket semasa memecut.
  • Tanda absorber kereta anda telah rosak.

7 Terdapat Bunyi ” Tuk Tuk ” Apabila Brek Mengejut

Terdapat bunyi ketika brek mengejut
  • Bunyi ‘ tuk ‘ tuk’ bukan sahaja daripada lower arm atau center link yang rosak, tetapi bunyi seperti ini juga terdapat pada kesan kerosakan absorber.
  • Periksa absorber kereta anda kemungkinan terdapat kebocoran atau kerosakan serius.

8 Kereta Berganjak Ketika Menempuh Angin Lintang

kereta berganjak semasa melalui angin lintang
  • Kenderaan berganjak apabila menempuh kawasan angin lintang.
  • Ini merupakan tanda kerosakan pada absorber kereta anda.
  • Hantar kereta anda di bengkel untuk pemeriksaan absorber.

Anda juga boleh memesan senarai jenis absorber kereta yang saya sediakan ini :

Semoga dengan 8 kesan absorber rosak pada kereta ini dapat membantu anda mengenal pasti kerosakan kereta anda terutama sekali dalam suspension system agar kenderaan anda sentiasa dalam kendalian terbaik.

Baca Juga : 16 Tips Penjagaan Kereta Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *