5 Tanda Clutch Kereta Habis

Anda ingin mencari tanda clutch kereta habis?

Sukar untuk mengenal pasti tanda kerosakan clutch?

Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda mengenai tanda -tanda clutch kereta telah mencapai penggunaan maksimum dan perlu ditukar.

Cara yang mudah dan senang di fahami untuk semua orang.

Google Ads

Sebelum itu, Saya ingin terangkan apakah fungsi clutch pada kereta.

Fungsi Sistem Clutch :

  • Untuk menyambungkan kuasa daripada enjin ke gearbox.
  • Memudahkan untuk penukaran gear.
  • Membolehkan enjin dalam kedudukan neutral ( free ).

Berikut merupakan tanda clutch kereta habis :

1 Kereta Kehilangan Kuasa ( Pickup )

Kereta kehilangan kuasa
  • Kereta kehilangan kuasa /pickup dalam pemanduan.
  • Dapat dirasakan apabila memotong kenderaan lain semasa dalam pemanduan.

2 Rpm Meter Tinggi tetapi Kelajuan Rendah

Rpm meter tinggi tapi kelajuan rendah
  • Enjin kereta anda meraung kuat tetapi kelajuan rendah daripada biasa.
  • Ini adalah tanda awal clutch lining telah hampir habis.
  • Tukarkan clutch set anda untuk penggunaan jangka panjang.

3 Kereta Tidak Dapat Mendaki Bukit

Kereta tidak dapat mendaki bukit
  • Kereta tidak dapat mendaki bukit dengan mudah.
  • Terdapat bau terbakar dari gearbox.
  • Enjin meraung kuat tetapi power untuk mendaki bukit tiada/kurang.
  • Jangan paksa kereta anda untuk mendaki.
  • Kerana ini akan mengakibatkan kerosakan lagi kepada flywheel disc ( Tercalar ).
  • Ini bermakna clutch lining habis dan perlu ditukar dengan segera.

4 Kesukaran Untuk Menukar Gear

Kesukaran penukaran gear
  • Kesukaran untuk penukaran/memasukan gear semasa dalam pemanduan atau awal pemanduan.
  • Kerana kuasa dari enjin tidak dapat diputuskan kerana kehausan pada clutch lining.
  • Periksa juga pam clutch/kabel clutch jika terdapat kebocoran atau kabel putus.
  • Ini petanda bahawa clutch kereta anda telah habis serta perlu diganti.

5 Pedal Clutch Keras Semasa Ditekan

Pedal clutch keras semasa ditekan
  • Normalnya, untuk sistem clutch yang baik ianya lembut ditekan bagi penukaran gear.
  • Jika pedal clutch keras ditekan daripada biasa, ini bermakna tanda clutch kereta telah habis/ rosak.
  • Kebiasaanya kekerasan ini berpunca daripada Pressure plate/clutch cover yang rosak.
  • Periksa juga pam clutch/ kabel clutch mungkin terdapat kotoran yang menghalang atau jammed.

Jika kereta anda mengalami simpom yang senaraikan diatas, segeralah buat pemeriksaan/ penukaran clutch set dibengkel kereta bagi mengelakan kerosakan sampai ke tahap yang serius.

Tips Penjagaan Sistem Clutch :

  • Pastikan anda menekan clutch bila perlu sahaja ( penukaran /neutral gear ).
  • Elakan kaki anda berada diatas pedal gear sepanjang masa.
  • Jarak free play ( jarak bebas ) pedal clutch adalah 20 – 30mm dan pergantung kepada jenis kereta.

Anda boleh juga memesan alat ganti clutch kereta untuk jenis kereta yang saya senaraikan ini :

Diharapkan dengan adanya tanda clutch kereta habis yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti kerosakan sistem clutch kereta anda.

Baca Juga : 16 Tips Penjagaan kereta anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *