13 Tanda Aircond Kereta Rosak

Aircond kereta anda tidak berfungsi?

Sukar untuk mengesan tanda kerosakan?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda tanda aircond kereta rosak bagi memudahkan anda memeriksa,mengenal pasti kerosakan serta membeli alat ganti yang bersesuaian dengan kerosakan aircond kereta anda.

Google Ads

Berikut merupakan tanda -tanda aircond kereta rosak yang perlu anda ketahui :

1 Bunyi Bising Apabila Suis Aircond On

Kerosakan pada magnet clutch
  • Bunyi bising pada compressor apabila suis aircond dihidupkan.
  • Bunyi seperti besi bergeseran.
  • Periksa sekeliling compressor.
  • Jika terdapat habuk besi atau keledak hitam kemungkinan magnet clutch compressor telah rosak.
  • Hal ini mengakibatkan aircond kereta sekejap sejuk dan sekejap tidak sejuk.
  • Periksa magnet clutch, jika rosak gantikan baru.

2 Aircond Tidak Sejuk serta Berkabus Putih

Aircond berkabus /berasap putih
  • Bau gas aircond dapat dihidu jika terjadi kebocoran.
  • Kerosakan lain aircond berkabus/berasap putih adalah akibat daripada valve sumbat dan perlu diservis.
  • Hantar kenderaan anda dibengkel aircond untuk diperiksa.

Terdapat Kebocoran pada Cooling Coil :

  • Periksa cooling coil kemungkinan terdapat kebocoran gas.
  • Lakukan service pada cooling coil.
  • Tampal cooling coil atau tukar untuk penggunaan jangka panjang.

3 Suhu Kadangkala Sejuk dan Kadangkala Tidak Sejuk

Expansion valve
  • Periksa Valve Aircond ( Expansion Valve ).
  • Lokasi valve didalam cooling coil.
  • Valve aircond ini berungsi untuk mengawal suhu kesejukan aircond.
  • Jika rosak, suhu kesejukan menjadi tidak menentu.
  • Hantarkan kenderaan anda di bengkel untuk pemeriksaan penuh sistem aircond.

4 Bila Kereta Bergerak Aircond Sejuk, Bila Berhenti Aircond tidak Sejuk

Motor kipas rosak / tanda aircond compressor rosak
Kerosakan pada motor kipas
  • Periksa motor kipas aircond.
  • Kemungkinan motor kipas berpusing perlahan atau tidak berpusing langsung.
  • Ini mengakibatkan aircond tidak sejuk.
  • Kipas aircond berfungsi untuk menyejukan haba yang panas kepada sejuk di condenser.
  • Tukarkan motor kipas baru.

5 Bunyi Tersentap sekali – sekala apabila suis aircond dihidupkan

Kerosakan fius relay/ tanda aircond kereta rosak
Kerosakan pada fius / relay aircond
  • Periksa fius/relay aircond.
  • Kemungkinan fius/relay aircond rosak kerana arus eletrik tidak sampai kepada compressor.
  • Gantikan fius/relay yang baru.

6 Suhu Aircond Kurang Sejuk

Aircond kurang sejuk / tanda aircond kereta rosak
Aircond kurang sejuk
  • Tambahkan gas aircond jika perlu.
  • Jika masih tidak sejuk, periksa kebocoran pada sambungan gas aircond.

Cara Mengenal pasti jumlah gas aircond :

Cara melihat jumlah gas aircond
  • Pada sight glass lihat jumlah gas.
  • Kelihatan berbuih – Gas terlalu sedikit mengakibatkan aircond tidak sejuk.
  • Jika terlalu penuh akan mengakibatkan compressor tidak berfungsi.
  • Kelihatan jernih – Jumlah gas yang cukup akan kelihatan jernih pada sight glass.

Lihat melalui sight glass :

Lihat pada sight glass di laluan pipe atau di receiver dryer
  • Periksa keadaan gas aircond pada sight glass yang terdapat pada pipe atau di receiver dryer.
  • Kenal pasti juga kebocoran pada pipe aircond.

7 Belting Aircond Kendur

Belting rosak / tanda aircond kereta rosak
Belting kendur
  • Belting aircond kendur juga boleh menyebabkan aircond tidak berfungsi.
  • Belting yang longgar tdak dapat memusingkan compressor.
  • Tegangkan belting atau tukar jika terdapat kerosakan.

8 Kerosakan Pada Pressure Switch

Pressure switch rosak / tanda aircond kereta rosak
Kerosakan pada pressure switch
  • Komponen ini terletak pada bahagian liquid pipe.
  • Jika pressure switch rosak, compressor tidak akan berfungsi.

Lakukan bypass pada Pressure Switch Soket :

Bypass di soket pressure switch
  • Lakukan bypass pada soket pressure switch.
  • Menggunakan wayar pendek.
  • Jika compressor pusing bermakna pressure switch telah rosak dan perlu diganti.

9 Kerosakan Pada soket / wayar supply Arus Elektrik

Kerosakan pada soket/ wayar supply
  • Periksa sambungan soket pada compressor kemungkinan berkarat atau sebaliknya.
  • Periksa wayar sambungan dengan menggunakan test pen.
  • Baiki jika kerosakan kecil.

10 Kerosakan Receiver Dryer

Periksa receiver dryer / tanda aircond kereta rosak
Kerosakan pada receiver dryer
  • Kerosakan pada receiver dryer juga menyebabkan aircond tidak sejuk.
  • Kerana receiver dryer yang tersumbat ini akan menganggu aliran cecair gas aircond dan seterusnya menyekat kefungsian aircond.
  • Gantikan receiver dryer baru apabila melakukan servis aircond.

11 Compressor Pusing tetapi Tiada Tiupan Angin

Motor blower rosak
  • Periksa motor blower.
  • Kemungkinan carbon brush motor habis atau motor blower rosak.
  • Blower motor pusing perlahan Petanda carbon brush nipis.
  • Periksa juga keadaan fius motor blower, kemungkinan putus.
  • Gantikan fius atau motor blower baru.

Pemeriksaan Aircond Resistor Control :

Pemeriksaan aircond resistor kereta.
  • Periksa juga aircond resistor.
  • Resistor control berfungsi untuk memberi isyarat tahap kelajuan motor blower aircond.
  • Terletak di bahagian kotak cooling coil.
  • Jika resistor control rosak, motor blower tidak akan berpusing.

12 Gas aircond Sudah Diisi Tetapi Selang Beberapa Hari Aircond kembali Tidak Sejuk

Aircond kereta masih tidak sejuk selepas isi gas baru.
  • Periksa sambungan pada saluran pipe aircond.
  • Kemungkinan terdapat kebocoran pada valve, cooling coil, sambungan pipe dan sebagainya.
  • Anda boleh memeriksa dengan menggunakan buih sabun.

13 Aircond Sejuk Tetapi Angin Tidak Kuat

Aircond filter tersumbat
  • Periksa aircond filter kemungkinan tersumbat.
  • Gantikan aircond filter baharu.
  • Periksa juga cooling coil kemungkinan tersumbat dan mengakibatkan pembentukan ais.
  • Periksa juga bahagian motor blower kemngkinan mengalami kerosakan.

Punca Kerosakan Aircond Kereta :

  • Jangka hayat penggunan komponen.
  • Sistem aircond tidak pernah di servis.
  • Tidak berlaku ‘cut off‘ pada compressor kerana gas kurang, resistor control high pressure rosak.

Anda juga boleh melihat atau memesan alat ganti yang saya senaraikan ini :

Aircond Compressor kereta :

Cooling Coil Kereta :

Magnet Clutch Aircond Kereta :

Pressure Switch Aircond Kereta :

Belting Aircond Kereta :

Receiver Dryer kereta :

Motor Blower Aircond Kereta :

Semoga panduan yang saya kongsikan ini dapat memberikan manafaat kepada anda dalam mengenal pasti tanda aircond kereta rosak pada kereta sendiri serta untuk kebaikan kepada semua pengguna kereta di luar sana.

Baca Juga : 4 Tanda Starter Kereta Rosak.

34 Comments

  • shahrulazharabuzaman6189@gmail.com' Shahrul

    nak tanya pasal pressure switch tu, kereta saya kalau buat bypass dengan wayar kecil tu comp mmg jalan ja.. tapi masalah kereta saya ni mangnet comp x pusing dah dua kali baiki. dulu baiki dekat raub dia kata minyak dlm comp kurang, dia flush dgn tambah minyak ok la kejap dlm 2 bulan. lepastu mangnet tu x funtion balik, lepastu pergi kedai lagi satu kata magnet rosak ok tukar baru. x sampai sebulan skrg x gerak balik. x thu nk buat macam mana dh saya. sbb comp jalan je kalau on aircond magnet tu x funtion

  • miss.shazlyn90@gmail.com' Izzaty

    Bila sy bukak aircond dlm tempoh yg lama,akan ada air keluar dekat atas dashboard.Ada bau yg kurang menyenangkan jgk.Apa masalahnya ya

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Risiko untuk kerosakan kerana membeli compressor halfcut adalah 50/50.
      Ini kerana kita tidak dapat menjangka tempoh penggunaan sebelum itu.
      Saya syorkan anda membeli compressor aircond baharu, kerana walaupun ia mahal tetapi ia masih ada jaminan.
      Apabila menukar compressor baharu, servis seluruh sistem aircond untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
      Terima kasih.

    • Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
      Kebiasaannya masalah ini berpunca daripada pusingan motor kipas yang slow serta banyak kotoran melekat pada Condenser.
      Periksa komponen ini, dan periksa juga gas aircond kereta anda.
      Terima kasih.

      • maahmuud47@gmail.com' Amirul

        Saya ada masalah aircond krete sekejap sejuk sekejap angin sahaja,kerete sudah fully chek di bengkel compressor elok,gas tak bocor,wirering pun okay semue elok,sye pkai krete jenis hybrid,pomen suspek system hybrid problem. Soalan saye adekah system hybrid ni boleh effect aircond ??

        • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
          kekadang sistem hybrid akan menganggu kefungsian sistem aircond, ini kerana jumlah arus elektrik yang tidak mencukupi dan stabil mengakibatkan sistem aircond tidak beroperasi dengan baik.
          Sebaiknya hantar kereta anda pada bengkel yang pakar untuk menyelesaikan masalah ini.
          Terima kasih.

    • ssdnvme2021@gmail.com' Mdnor

      Kipas pada condenser tak berhenti2.. walaupun aircond dah sejuk.. smp temperature turun jadi dua bar… apa sebabnya?

      • elyasnizam8337@gmail.com' MOHD ELYAS BIN MOHD NIZAM

        compressor tak cutoff/lambat cutoff bila kereta berhenti..jika sejukkan lg temp langsung x cutoff masa berhenti tapi masa kereta jalan semua ok..
        apa masalahnya ye?

        • Terima kasih kerana mengunjungi kinon garaj.com.
          Periksa temperature sensor pada cooling coil.
          Kemungkinan sensor ini rosak dan tidak dapat membaca suhu yang dilaraskan.
          Terima kasih.

  • apisboboy@gmail.com' Tuah

    Compressor viva kalau letak temp ditengah compressor akan putus2. Sekejap lekat sekejap tidak. Kalau letak full atau hampir full elok je magnetic clutch lekat. Cut off semua ok. Boleh beri tunjuk ajar sebab ape tu. Terima kasih tuan

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Periksa keadaan aircon temperature kemngkinan mengalami kerosakan.
      Periksa juga aircond relay,kemungkinan mengalami kerosakan kerana tidak dapat salurkan arus elektrik kepada magnetic clutch untuk kefungsian aircond.
      Terima kasih.

  • nufasyahzan97@gmail.com' Fasya

    Kereta saya kalau buka aircond 8-10 minit sejuk. Tapi selepas 10 minit aircond tak sejuk hanya keluar angin sahaja. Ini terjadi selepas saya dah tukar magnetic clutch. Boleh minta pencerahan ?

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Periksa keadaan Magnetic Clutch sama ada berfungsi semasa suis aircond on.
      Periksa juga keadaan fius atau relay aircond kemungkinan rosak menyebabkan aircon compressor tidak berfungsi.
      Terima kasih.

  • naz6010lc@gmail.com' Hairul

    Kereta Persona saya bila baru jalan aircond sejuk, bila lama jalan aircond dah tak sejuk, bila buka di enjin kompresor jalan macam biasa ,paip aircond panas ,kipas aircond pun jalan normal. selepas saya matikan enjin dalam masa 15 minit saya start enjin dan hidupkan aircond berfungsi dengan baik. Bila jalan jauh sikit je aircond jadi tak sejuk

    • Terima kasih kerana mengujungi Kinongaraj.com.
      Ada banyak kemungkinan kerosakan sistem aircond kereta anda antaranya :
      1. Gas tidak mencukupi.
      2. Magnetic clutch rosak.
      3. Kipas lambat pusing mengakibatkan aircond menjadi panas.
      4.Kerosakan valve ( Expansion Valve ).
      Terima kasih.

    • diyanis1010@gmail.com' An

      Hai,sekadar nk minta penjelasan dari encik…disebabkan aircond kurang sejuk,saya buat flushing aircond dan tukar cabin filter mengikut saranan kedai servis (sbelum flushing dh check gas semua cukup,piping tidak bocor).Setelah siap,aircond dh jdi sejuk tpi xsmpai 1 hari,tiba2 aircond keluarkan angin shja,tidak sejuk lngsung.Next day,tuan kedai bgtau magnetic clutch compressor rosak. Nk thu reason magnetic clutch rosak,adakah berkait dgn flushing sbb before flushing,aircond okay shja cuma kurang sejuk atau magnetic clutch tu menunggu masa untuk rosak.
      (Kereta secondhand,keluaran 2006,dlm masa hmpir 3 thun beli dan pkai kereta ni,ni first time saya flushing aircond)

      • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
        Sebenarnya flushing aircond ini tiada kaitan kerosakan pada magnetic clutch compressor.
        Kerosakan Magnetic clutch berpunca dari penggunaan tempoh yang lama dan sampai pada masanya ia perlu diganti.
        Terima kasih.

  • nurradzly86@gmail.com' Adzly

    Hai blh sy tau kancil sy dh 2 kali gas kt dlm enjin tembak kluar dan jd berasap dlm enjin..dh 2 kali baiki ttp jd jgk..ekon akan jd xsejuk dan xde cut off

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      kemungkinan ada saluran hose atau komponen aircond yang tersumbat mengakibatkan gas tendang.
      Periksa keseluruhan sistem aircond kereta anda.
      Terima kasih.

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Untuk masalah kereta anda, kemungkinan fius atau relay rosak dan mengakibatkan compressor tidak berfungsi untuk sistem aircond.
      Terima kasih.

  • Syedremy89@gmail.com' Syed Remy

    Hi tuan
    Sebelum ini ekon sy sudah 2x isi gas sekejap saja sejuk selang seminggu keluar angin saja sejuknya pula sgt² sikit saja terasa..skrg tukar compressor halfcut ori..masalah dia skrg bila waktu mlm sejuk tetapi tengahari sejuk ada tp tak kuat langsung..berpeluh juga la dlm kereta .Boleh tuan bg cadangan apa brg yg rosak ?

    • Terima kasih kerana mengunjugi kinongaraj.com.
      Kekadang masalah compressor aircond juga boleh berlaku, ini kerana kita tidak tahu berapa lama compressor halfcut digunakan sebelum ini.
      Periksa juga jumlah gas,serta motor kipas aircond kemungkinan bermasalah.
      Terima kasih.

  • noramirahzulcaply@gmail.com' Nissan

    Sy nk tnye sy bru tukar compressor aircond 7 bulan tp slps sy xstart kereta 6 hari aircond jd x sejuk.adekah compressor tu rosak..sy perasan mase sy hidupkan aircond yg bunyi click mase tekan ac tu xde..xkn magnetic clucth rosak lagi? Terime kasih.

    • Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
      Kemungkinan juga compressor aircond tidak berfungsi, periksa fius atau relay kemungkinan mengalami kerosakan.
      Periksa juga sambungan soket wiring magnetic clutch. ( kemungkinan longgar)
      Terima kasih.

  • raimiizaan96@gmail.com' Zehe

    kereta viva, kipas aircond tak berpusing. akan berpusing bila saya 1. bukak kipas aircond speed 2, 2. AC off, 3. kereta bergerak dalam 100m, 4. selepas kereta bergerak baru kipas aircond berpusing, 5. lepas berpusing baru boleh on AC dan barulah menjadi dengan elok aircond. Tapi speed kipas tu perlahan sangat, aircond masih rasa sejuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *