4 Tanda Drive Shaft Rosak Pada Kereta

Kenali tanda drive shaft rosak pada kereta anda.

Anda ingin mengetahui tanda kerosakan drive shaft ?

Dalam post ini, saya ingin kongsikan cara untuk mengenal pasti kerosakan drive shaft dengan mudah dan senang difahami.

Google Ads

Berikut merupakan tanda kerosakan pada drive shaft :

1 Terdapat Bunyi Pada Drive Shaft

Tanda drive shatf rosak / terdapat bunyi
Terdapat bunyi ketika membelok / U-Turn
  • Semasa membelok, U-Turn atau ke kiri dan ke kanan terdapat bunyi ketakk ketakk ketakk atautukk tukk tukk pada drive shaft.
  • Ini terjadi semasa membelok sahaja.
  • Semasa jalan lurus bunyi tersebut hilang.
  • Ini menunjukan CV Joint ( outer ) rosak dan tanda drive shaft rosak yang ketara.

2 Kereta Bergegar

Tanda drive shaft rosak/ kereta bergegar
Kereta bergegar
  • Kereta bergegar semasa menekan pedal minyak untuk pickup dan berhenti.
  • Gegaran terasa terutama dibahagian hadapan.
  • Ini menunjukan pada CV Joint ( inner ) rosak.

3 Terdapat Grease Pada Tayar atau Lower Arm

Terdapat grease pada tayar / lower arm
  • Terdapat kesan grease pada tayar dan permukaan lower arm.
  • Ini menunjukan drive shaft boot telah koyak.
  • Boot yang koyak ini mengakibatkan grease kurang / kering pada CV joint dan boleh merosakan CV joint.
  • Tukarkan drive shaft boot dengan segera agar tidak merosakan CV joint dengan lebih teruk.

4 Steering Kereta Bergegar

Steering bergegar
  • Steering bergegar semasa pemanduan.
  • Gegaran steering bukan hanya berpunca daripada balancing, rim bengkok dan alignment.
  • Ia juga terkesan apabila drive shaft bengkok atau CV Joint rosak.

Contoh Drive shaft kereta dan harga terkini :

Semoga tanda drive shaft rosak pada kereta yang saya kongsikan ini dapat menjadikan panduan dan kebaikan bersama dalam mengenal pasti kerosakan drive shaft kereta anda!

 

12 Comments

  • buimanhali3@gmail.com' Buiman Hali

    saya ada saga blm aouto ,stater tak ada tindak balas langsung dan tak ada bunyi pada masa on kunci.kesemua fius ok menyala tak ada tanda~tanda terbakar.Apa masalahnya ya tolong bagi pendapat?…T Q.

    • Terima kasih En.Buiman atas soalan anda..
      untuk masalah kereta tuan, adalah lebih baik periksa starter kereta anda kemungkinan perlu diservis ( carbon brush habis atau solenoid rosak ).
      Periksa juga jumlah cas bateri kereta anda pastikan cas mencukup untuk memudahkan enjin dihidupkan.
      Periksa juga bahagian sambungan wiring starter kemungkinan tercabut atau terbakar.
      Terima kasih.

    • ghaz.ashburn@gmail.com' Ghazali Abu Bakar

      Hinda CRV saya berbunyi bila belok kiri dan kanan. Bunyi ‘klok’ sekali shj bila pusing stereng untuk membelok kiri atau kanan. Adakah drive shaft rosak?

  • muhammad.haikal.hisam@gmail.com' Haikal

    Hi, kereta saya ada masalah semasa membelok kiri terutamanya bunyi geseran yang nyaring & agak kuat. tapi tiada bunyi ‘ketakk‘ ‘ketakk‘ ‘ketakk‘ atau ‘tukk‘ ‘tukk‘ ‘tukk‘. Boleh bantu kenal pasti punca masalah?

    • Terima kasih En.Haikal atas soalan anda.
      Kemungkinan tayar kereta anda terkena pada fender cover.
      Periksa juga keadaan rim kemungkinan juga terkena pada body kereta serta periksa juga keadaan bearing tayar.
      Untuk kepastian, hantar kereta anda di bengkel untuk pemeriksaan.
      Terima kasih.

        • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
          Untuk masalah kereta anda,banyak kemungkinan kerosakan antaranya seperti lower arm bush,clutch slip serta drive shaft.
          Untuk pemeriksaan terperinci, buat pemeriksaan kereta anda di bengkel kereta.
          Terima kasih.

  • ajuldai@yahoo.com' yusof anson

    hello tuan saya dah tukar drive shaft sebelah kiri untuk saga flx saya
    masalah sering berlaku boot drive shaft belah tayar clip sering terbuka dan telah mengunakan clip yang guna skrupun sering kali terbuka
    apakah penyebab nya
    terima kasih

    • Terima kasih En.Yusof atas soalan anda.
      Untuk masalah drive shaft boot clamp/clip yang sering terlepas,pastikan cv joint housing bebas daripada gris.
      Cv joint housing yang terdedah pada gris ini akan menjadi licin dan mengakibatkan boot clamp akan mudah terbuka.
      Gunakan juga drive shaft boot yang berkualiti agar ia fit dan tidak mudah terlepas.
      terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *