6 Tanda Steering Rack Rosak Pada Kereta

Berikut merupakan tanda steering rack rosak pada kereta yang anda harus tahu.

Anda sukar mengesan tanda – tanda awal kerosakan Steering rack kereta anda ?

Dalam post kali ini, saya ingin kongsikan cara untuk mengetahui tanda kerosakan pada steering rack kereta anda dengan mudah!

Dan seterusnya contoh untuk steering rack kereta bagi kebanyakan kereta di Malaysia.

Google Ads

Antara tanda steering rack rosak adalah :

1 Terdapat Kesan Minyak

Terdapat kesan minyak
  • Terdapat kesan minyak pada rack end boot.
  • Kebocoran ini mengakibatkan minyak power steering pada tangki akan berkurangan.
  • Ini disebabkan oleh oil seal pada steering rack telah rosak.
  • Steering rack harus dibaiki atau ditukar baru untuk pengunaan jangka masa yang panjang.

2 Terdapat Bunyi

Terdapat bunyi pada steering rack
  • Terdapat bunyi seperti ‘dug’ ‘dug’ dirasakan pada bawah kaki semasa melalui jalan yang tidak rata.
  • Ini disebabkan oleh bush pada rack rosak serta bersentuhan dengan steering rack body dan mengeluarkan bunyi.
  • Sebaiknya Steering rack ditukar baru.

3 Free Play Berlebihan

tanda steering rack rosak / free play pada steering
Free play berlebihan
  • Free play  yang berlebihan pada steering.
  • Ini disebabkan oleh pinion gear dan rack haus kerana penggunaan yang terlalu lama serta penukaran minyak power steering yang tidak mengikut jadual yang betul.
  • Disyorkan hantar ke bengkel untuk diperiksa / adjust free play atau steering rack ditukar baru.

4 Steering berat

Steering berat/ periksa power steering pump
Steering berat
  • Steering terasa berat ketika membelok kiri atau kanan.
  • Ini disebabkan oleh bearing rosak, oil seal yang mengeras, minyak power steering kurang,belting power steering pump longgar atau haus serta minyak power steering kotor.
  • Sebaiknya gantikan steering rack baru atau dibaiki serta periksa keadaan power steering pump.

5 Steering Tertarik kekiri atau Kanan

Steering tertarik /berganjak kekiri atau kekanan
  • Steering tertarik/berganjak kekiri atau kekanan semasa melalui jalan yang tidak rata.
  • Ini disebabkan oleh steering clamp bush rosak dan menyebabkan steering set longgar.
  • Ini boleh mengancam nyawa ketika dalam pemanduan yang laju kerana kesukaran mengawal steering.
  • Gantikan steering clamp bush yang baru.

6 Steering Rack Boot Koyak

Tanda steering rack rosak/ boot koyak
Steering rack boot koyak
  • Jangan biarkan steering rack boot kereta anda koyak.
  • Steering rack boot yang koyak mengakibatkan air dan kotoran masuk dalam rack shaft.
  • Ini boleh menyebabkan rack shaft akan berkarat.
  • Habuk serta kotoran lain akan mempercepatkan lagi kerosakan pada steering rack.
  • Gantikan boot baru untuk menyelamatkan steering rack anda daripada kerosakan yang lebih serius.

7 Contoh Steering Rack Kereta

Berikut beberapa contoh steering rack kereta yang biasa digunakan di Malaysia untuk rujukan anda:

Sangat mudah bukan ?

Semoga dengan adanya tanda steering rack rosak yang saya kongsikan ini, sedikit sebanyak dapat dapat membantu anda dalam penjagaan atau pemeriksaan steering rack kereta anda agar sentiasa dalam keadaan baik!

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *