Marking Timing Belt Viva

Anda ingin menukar sendiri timing belt kereta viva anda?

Tercari – cari marking timing belt viva?

Dalam post kali ini, saya ingin kongsikan kepada pengguna viva timing yang betul dan mudah untuk difahami.

Google Ads

Sebelum itu, anda harus menyediakan alat ganti berikut :

1 Set Timing Belt

  • Pastikan anda membeli set timing belt untuk 100,000km.
  • Set ini mengandungi oil seal crankshaft, oil seal camshaft, timing belt, tensioner bearing, dan stiker untuk penukaran seterusnya.
  • Timing belt ada juga dijual untuk 60,000km.
  • Untuk pengunaan lama, disyorkan untuk gunakan set timing belt 100,000km.

Berikut merupakan marking timing belt viva yang perlu anda ketahui :

1 Marking Pada Cam Shaft Pulley

marking timing belt viva pada camshaft
Marking pada cam shaft pulley
  • Pully pada camshaft ini ada bertanda .¬† ( titik ) pada gigi gear.
  • Jika pulley kotor bersihkan dahulu supaya anda nampak dengan lebih jelas tanda titik pada pulley.
  • Kemudian tandakan dengan warna putih ( dengan liquid pemadam pen ) supaya anda lebih mudah untuk memasang timing belt.
  • Selarikan tanda pada pulley dengan tanda pada camshaft bracket yang bergaris lurus pada belakang pulley.
  • Pastikan anda tidak keliru dengan 2 tanda di belakang pulley.
  • Bagi memudahkan lagi, pastikan lock pulley gear pada kedudukan atas ( jam 12 ) selepas memasang oil seal baru.
  • Untuk tanda yang kedua sila abaikan ( blakang pulley camshaft ).

2 Marking Pada Crankshaf Pulley

marking timing belt viva pada crankshaft
Marking pada crankshaft pulley gear
  • Pastikan Pulley gear crank shaft dibersihkan dahulu supaya marking kelihatan dengan lebih jelas.
  • Pulley crankshaft gear juga bertanda . ( titik ).
  • Marking seterusnya adalah pada cover dan di bawah nut timing belt cover ( rujuk pada gambar ).
  • Bagi memudahkan lagi, pastikan pulley gear lock berada dalam kedudukan atas ( jam 12 ).

3 Marking Pada Cam Shaft Gear

 

Marking timing belt viva pada crankshaft gear
Marking pada cam shaftgear
  • Pastikan marking kedua – dua gear camshaft ini bertemu.
  • Marking pada gear ini sebenarnya tidak begitu penting dalam kerja penukaran timing belt.
  • Ini hanya dilakukan apabila enjin kereta anda dibuat top atau general overhaul.

4 Pemasangan Timing Belt

Pemasangan timing belt
  • Pasangkan tensioner¬† bearing terlebih dahulu.
  • Kemudian pasangkan timing belt.
  • Laraskan tensioner bearing untuk mengetatkan timing belt.
  • Pastikan timing belt dipasang tidak begitu ketat.
  • Timing belt yang ketat akan menyebabkan tensioner bearing cepat rosak dan bunyi pada timing belt apabila enjin dihidupkan.

Peringatan kepada anda :

  • Sebaiknya penukaran timing belt kali yang ke 2, disyorkan untuk menukar sekali dengan water pump.
  • Kerana water pump boleh rosak pada bila – bila masa akibat pengunaan yang lama.

Timing Belt Perodua Viva :

Sangat mudah bukan ?

Semoga dengan perkongsian saya ini, anda dapat mengenal pasti marking timing belt viva anda serta menjadi panduan kepada semua pengguna kereta viva dan para mekanik di luar sana.

Baca juga : 16 Tips Penjagaan Kereta Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *