Cara Tukar Brake Pad Toyota Vios

Brek pad kereta vios anda telah haus ?

Anda ingin menukar sendiri dirumah ?

Perlukan cara tukar brake pad toyota vios anda dengan mudah ?

Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk menukar brek pad Toyota Vios Model 2009 dengan mudah serta senang untuk difahami.

Sebenarnya, cara ini ini boleh diguna pakai untuk semua model kenderaan, cuma perbezaan penggunaan size spanar dan jenis alat ganti yang digunakan.

Sebelum itu, sediakan peralatan lengkap yang secukupnya seperti :

  • Alat ganti ( Brake Pad ).
  • Set spanar lengkap.
  • Hydraulic jack.
  • Jack stand.
  • Grease.

Berikut Merupakan Langkah – Langkah Penukaran Brek Pad :

1 Sediakan Peralatan Lengkap

Sediakan peralatan secukupnya

Sediakan peralatan lengkap seperti berikut :

2 Longgarkan Nut Tayar

Longgarkan nut tayar
  • Longgarkan terlebih dahulu nut tayar.
  • Pastikan pusingan bukaan lawan arah jam.

3 Jack Body Kereta

Jack body kereta
  • Jack di bicu kenderaan.
  • Pastikan tempat yang di jack adalah bahagian yang keras dan kukuh.

4 Letakan Stand

Letakan jack stand
  • Sebagai langkah keselamatan, letakan jack stand untuk mengelakan sebarang kemalangan berlaku.

5 Letakan Tayar Di bawah Kenderaan

Letakan tayar di bawah kenderaan
  • Selain jack stand, anda boleh letakan tayar di bawah kenderaan sebagai langkah keselamatan kedua sekiranya jack stand patah atau sebaliknya.

6 Buka Nut Caliper

Buka nut caliper
  • Dengan menggunakan spanar size 14, buka nut pengikat brake caliper pin.

7 Tolak Caliper

Tolak caliper ke atas
  • Tolak brek caliper ke atas.
  • Tolak piston sehingga rapat dengan piston housing.
  • Ini bertujuan untuk memudahkan pemasangan brek pad baharu.

8 Buka Brek Pad

Buka brek pad lama
  • Buka brek pad lama.
  • Pastikan brek pin tidak tertanggal semasa brek lama dibuka.

9 Pasang Brek Pad Baharu

Pasang brek pad baharu
  • Pasangkan brek pad baharu.

10 Sapukan Sedikit Gris Pada Caliper Pin

Sapukan gris pada caliper pin
  • Sapukan sedikit gris pada brake caliper pin.
  • Ini bertujuan untuk mengelakan brake caliper pin daripada jammed.
  • Brek caliper mestilah boleh bergerak kekiri dan kanan untuk kefungsian brek yang sempurna.
  • Untuk pemasangan semula, ulangi langkah dari no 10 sehingga selesai.

Jenis Brake Pad Toyota Vios Sebagai Rujukan anda:

Semoga post ini dapat memberikan manafaat kepada anda, terutama sekali pada pengguna kereta Toyota Vios.

Selamat mencuba !

Baca Juga : Cara Tukar Absorber Vios Dengan Mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *