Cara Tukar Absorber Vios Dengan Mudah

Anda perlukan cara untuk menukar absorber kereta vios ?

Anda ingin melakukanya sendiri dirumah ?

Inginkan cara yang mudah serta jimat kos ?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara- cara menukar absorber belakang Toyota Vios Model 2009 dengan mudah dan senang untuk difahami.

Google Ads

Sebelum tukar absorber vios, anda perlu sediakan peralatan lengkap seperti berikut :

  1. Alat ganti ( set absoeber belakang ).
  2. Hydraulic Jack.
  3. Set Spanar lengkap.
  4. Jack stand.

Langkah – Langkah Membuka Absorber Belakang Vios :

1 Longgarkan Nut Tayar

Longgarkan nut tayar
  • Longgarkan terlebih dahulu nut tayar kenderaan anda.

2 Jack Kenderaan

Jack kenderaan anda
  • Selepas longgarkan nut tayar, jack badan kenderaan anda.
  • Letakan jack stand di bicu kenderaan sebagai langkah keselamatan.

3 Letakan Tayar di bawah Kenderaan

Letakan tayar dibawah kenderaan
  • Buka nut dan tayar.
  • Selain jack stand letakan tayar di bawah kenderaan sebagai langkah keselamatan.
  • Untuk mengelakan perkara yang diluar jangkaan berlaku.

4 Buka Nut Seat Belakang

Buka nut seat belakang
  • Buka nut seat belakang.
  • Gunakan Box spana size 12.
  • Tekan sedikit seat bawah kenderaan untuk membolehkan nut dicapai oleh spanar box anda.

5 Buka Seat Belakang

Buka seat belakang
  • Tolak ke atas dan keluarkan seat atas .
  • Buka seat belakang dengan berhati – hati

6 Buka Nut atas Absorber

Buka nut atas absorber
  • Longgarkan dan buka nut atas absorber belakang.
  • Gunakan spanar size 17 dan size 14 ( common ring ).
  • Nut size 14 berfungsi sebagai lock kepada nut 17 sebagai safety untuk mengelakan berlaku kelonggar nut.

7 Buka Nut Bawah Absorber

Buka nut bawah absorber
  • Longgarkan dan buka nut bawah absorber.
  • Gunakan spanar size 14.
  • Jika Spanar jenis common ring tidak sesuai, gunakan box spanar.

8 Keluarkan Absorber Belakang

Keluarkan absorber
  • Keluarkan absorber lama dari kenderaan dengan berhati – hati.
  • Periksa keadaan absorber kereta anda.
  • Tekan shaft absorber, jika shaft absorber lambat naik atau tersekat, bermakna absorber kereta anda telah rosak.
  • Untuk Absorber jenis minyak, terdapat kebocoran minyak berlaku apabila absorber rosak.
  • Tukar absorber vios anda adalah langkah terbaik.

9 Buka Absorber Cover

Buka absorber cover
  • Buka absorber cover pada absorber lama.
  • Periksa sama ada terdapat kesan koyak atau pecah.
  • Jika terdapat kerosakan gantikan absorber cover baru.
  • Absorber cover bertujuan untuk melindungi absorber shaft daripada kotoran yang boleh menyebabkan kerosakan absorber.

10 Pasangkan Absorber Cover

Pasangkan absorber cover pada absorber baru
  • Pasangkan absorber cover pada absorber baru.
  • Untuk langkah pemasangan ulangi langkah – langkah dari no 10 sehingga no 1.
  • Pastikan anda memeriksa kekuatan nut absorber serta nut tayar.

Berikut Merupakan Jenis Absorber Toyota Vios Sebagai Rujukan Anda :

Sangat mudah bukan ?

Semoga Post ini dapat menambahkan lagi ilmu serta pengalaman anda dalam kerja – kerja penukaran absorber belakang kereta Toyota Vios Kesayangan anda !

Baca Juga : 8 Kesan Absorber Rosak Pada Kereta Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *