5 Punca Kereta Berdengung

Anda sedang mencari punca kereta berdengung semasa dalam pemanduan ?

Sukar untuk mengenal pasti punca masalah ini ?

Untuk post ini, saya ingin berkongsi kepada anda punca kereta berdengung semasa dalam pemanduan dengan mudah dan senang untuk difahami.

Berikut Antara Punca Kereta Berdengung :

1 Bunga Tayar yang Kasar

Penggunaan tayar kasar
  • Antara penyebab kereta berdengung adalah keadaan bunga tayar yang kasar.
  • Bunyi ini jelas dirasakan apabila melalui jalan yang berturap.
  • Gunakan tayar yang bersesuaian dengan keadaan jalan raya.

2 Kerosakan Pada Bunga Tayar

Tayar merekah
  • Kerosakan bunga tayar adalah salah satu punca tayar berdengung.
  • Penggunaan tayar yang expire serta terdapat kesan rekahan juga punca masalah ini.
  • Elakan menggunakan tayar yang expire serta rosak.
  • Saya pernah mengalami ketika menggunakan kereta Viva 850c, tayar berdengung atau bunyi bersiul ketika dalam pemanduan yang laju kerana terdapat keretakan dan rekahan pada bunga tayar.
  • Kenal pasti jenis kerosakan sebelum menukar tayar baharu.

3 Kerosakan Pada Bearing

Kerosakan pada bearing tayar
  • Bunyi berdengung juga berpunca daripada kerosakan pada tayar bearing.
  • Ini kerana kehausan dari bearing tayar akibat penggunaan yang lama.
  • Periksa keadaan bearing tayar kereta anda sama ada kekeringan gris atau longgar.
  • Jika mengalami kerosakan gantikan bearing baharu untuk keselamatan semasa dalam pemanduan.

4 Kerosakan Pada Bearing Gearbox

Kerosakan Bearing Gearbox
  • Bunyi berdengung dalam pemanduan yang laju.
  • Ia sama bunyi dengan kerosakan bearing tayar.
  • Bunyi ini juga berpunca dari kerosakan bearing gear dalam gearbox.
  • Ini adalah kesan penggunaan lama dan jangka hayat bearing.
  • Periksa juga paras minyak gearbox, jika paras minyak gearbox kurang daripada level, ini juga mengakibatkan bunyi kasar serta berdengung semasa dalam pemanduan.
  • Buat pemeriksaan dengan teliti untuk mendapatkan alat ganti yang betul.

5 Kerosakan Pada Bearing Axle

Kerosakan pada bearing Axle
  • Bunyi berdengung juga terjadi apabila bearing pada axle rosak.
  • Sedikit kesukaran untuk menentukan kerosakan pada bahagian ini kerana ia berdekatan dengan tayar bearing.
  • Untuk kepastian, hantar kenderaan di bengkel untuk pemeriksaan.

Jenis Bearing Tayar kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini memberikan banyak manfaat kepada anda untuk memeriksa atau mengenal pasti kerosakan sekiranya perkara seperti ini berlaku pada kereta anda !

Baca Juga : 3 Tanda Bearing Tayar Rosak Pada Kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *