5 Tanda Rack End Rosak Pada Kereta

Anda sedang mencari tanda rack end rosak ?

Sukar untuk mengenal pasti tanda kerosakan ?

Untuk pengetahuan anda,

Rack end ada tergolong dalam sistem steering kereta, anda perlu pastikan seluruh kerosakan yang terdapat dalam steering rack sebelum menukar rack end seperti Tie Rod end, Steering Coupling, steering Column serta Steering Bush.

Tanda kerosakan Pada Rack End :

1 Free Play Steering Berlebihan

Free play berlebihan
  • Kerosakan pada Rack End mengakibatkan free play steering menjadi besar.
  • Ini menyebabkan kesukaran untuk mengawal steering terutamanya dalam pemanduan yang laju.
  • Periksa bahagian Steering Coupling, Steering Bush, Rack End serta Tie Rod End.

2 Terdapat Bunyi

Terdapat bunyi
  • Terdapat bunyi dup dup atau tuk tuk semasa dalam pemanduan.
  • Ini dapat dirasakan apabila kenderaan melalui selekoh serta apabila kenderaan melalui jalan yang tidak rata.
  • Periksa bahagian Rack End , Stabilizer Bush dan Tie Rod End kebiasaanya mengalami kerosakan dan perlu ditukar untuk keselesaan, keselamatan dan kestabilan semasa dalam pemanduan.

3 Kesukaran Untuk Alignment

Kesukaran untuk penjajaran tayar
  • Sama seperti kerosakan Steering Bush, Tie Rod End, kerosakan Rack End ini menyebabkan kesukaran untuk alignment tayar kereta.
  • Terutamanya untuk pelarasan Toe in dan Toe Out tayar.
  • Pastikan dahulu kerosakan untuk mendapatkan alat ganti yang sesuai.

Kesukaran Untuk Pelarasan Toe in dan Toe Out Tayar :

  • Kerosakan Rack End yang teruk akan menyebabkan kesukaran untuk penjajaran Toe In dan Toe Out dengan tepat.
  • Ini mengakibatkan tayar akan berbunyi semasa melalui selekoh serta bunga tayar akan mengalami kerosakan.

4 Jangka Hayat Penggunaan

Jangka hayat penggunaan
  • Jangka hayat penggunaan serta keadaan jalan juga akan merosakan komponen ini.
  • Buat pemeriksaan menyeluruh bahagian sistem steeringĀ  untuk pastikan tahap kerosakan komponen sebelum menukar komponen baharu.

Jenis Rack End Kereta Sebagai Rujukan Anda :

semoga post ini memberikan banyak manfaat kepada anda terutamanya pada Rack End steering kereta anda agar pemanduan anda lebih selamat !

Baca Juga : 7 Tanda Tie Rod End Rosak Pada Kereta.

2 Comments

    • Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
      Ada banyak kemungkinan terjadinya bunyi ketukan ini antaranya :
      1. Center link rosak.
      2. Absorber mounting.
      3.Lower arm.
      4. Stabilizer bush.
      5. Absorber rosak.
      Periksa keseluruhan bahagian suspension system untuk menentukan jenis kerosakan.
      Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *