Anda sedang mencari tanda Tie Rod End rosak pada kereta?
Sukar untuk mengesan tanda kerosakan komponen ?
Untuk pengetahuan anda, Tie Rod End ini termasuk dalam sistem Steering Kereta.
Google Ads
Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk mengenal pasti tanda Kerosakan pada Tie Rod End pada kereta dengan mudah dan senang untuk difahami.
Berikut Merupakan Tanda Kerosakan Tie Rod End :
1 Terdapat Bunyi
- Terdapat bunyi seperti ‘ Dup, Dup ‘ atau ketukan ketika kereta melalui jalan yang tidak rata serta bunyi Squeling ( Cit’ Cit ) semasa memusing Steering.
- Periksa keadaan Tie Rod End kemungkinan mengalami kerosakan.
- Periksa juga keadaan Steering Rack dan Rack End kemungkinan mengalami kerosakan.
- Jika rosak tukarkan Tie Rod End baharu.
2 Steering Tertarik kekiri / Kanan
- Steering tertarik kekiri atau kekanan semasa dalam pemanduan.
- Periksa keadaan Tie Rod End.
- Periksa juga keadaan Steering Rack,Rack End serta Steering Rack Bush kemungkinan mengalami kerosakan.
3 Free Play Berlebihan
- Free play yang berlebihan pada steering.
- Ini amat berisiko semasa dalam pemanduan kerana kesukaran untuk mengawal steering.
- Periksa juga keadaan Steering Rack, Steering Rack Bush, Rack End, dan Steering Coupling.
- Periksa juga keadaan Steering Knuckle dan nut Tie Rod End kemungkinan mengalami kehausan atau longgar.
4 Steering Bergegar
- Steering bergegar semasa dalam pemanduan.
- Steering bergegar bukan sahaja berpunca daripada Alignment, rim bengkok, dan bearing rosak, dan sebagainya.
- Ini juga berpunca juga daripada kerosakan atau kehausan Tie Rod End.
- Periksa semua komponen yang berkaitan dengan sistem steering.
5 Kerosakan Pada Boot
- Kesan koyak pada Tie Rod End Boot mengakibatkan air dan kotoran akan merosakan Tie Rod End.
- Boot koyak juga menyebabkan gris akan terkeluar dari Tie Rod End.
- Jangka hayat penggunaan dan cara pemanduan menyebabkan kerosakan ini terjadi.
- Jika perkara ini terjadi pada kenderaan anda, tukarkan Tie Rod End baharu untuk pemanduan yang lebih stabil.
6 Alignment Tayar Tidak Selari
- Kerosakan pada Tie Rod End menyebabkan kesukaran untuk membuat alignment tayar.
- Ini disebabkan terdapat free play yang berlebihan pada Tie Rod End.
- Periksa juga keadaan Rack End, Steering Rack Bush, Rack End dan Steering Rack set.
- Pastikan dahulu kerosakan untuk mendapatkan alat ganti yang betul.
7 Kehausan Tayar Tidak Sekata
- Kehausan tayar tidak sekata bukan sahaja berpunca dari kerosakan Absorber, Lower Arm, bearing tayar, tekanan udara tayar, serta absorber mounting.
- Ini juga disebabkan oleh kehausan pada Tie Rod End dan menyebabkan kehausan tayar tidak sekata.
- Periksa dahulu komponen berkaitan sebelum menukar Tie Rod End Baharu.
Cara Untuk Memeriksa Kerosakan Tie Rod End :
- Jack tayar depan kereta anda.
- Letakkan stand sebagai langkah keselamatan.
- Pegang sisi tayar ( kiri dan kanan ).
- Goyangkan tayar kereta anda.
- Perhatikan sama ada terdapat kehausan pada Tie Rod End serta komponen sistem steering yang berkaitan.
Jenis Tie Rod End Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Tie Rod End Proton Waja.
- Tie Rod End Proton Wira.
- Tie Rod End Proton Saga FLX/FL.
- Tie Rod End Proton Persona.
- Tie Rod End Proton Gen 2.
- Tie Rod End Proton Perdana.
- Tie Rod End Proton Iswara.
- Tie Rod End Proton Preve.
- Tie Rod End Proton Exora.
- Tie Rod End Proton Saga Blm.
- Tie Rod End Perodua Myvi.
- Tie Rod End Perodua Alza.
- Tie Rod End Perodua Bezza.
- Tie Rod End Perodua Kembara.
- Tie Rod End Perodua Axia.
- Tie Rod End Perodua Viva.
- Tie Rod End Perodua Kancil.
- Tie Rod End Perodua Kelisa.
- Tie Rod End Perodua Kenari.
- Tie Rod End Perodua Rusa.
- Tie Rod End Toyota Vios.
- Tie Rod End Toyota Vigo.
- Tie Rod End Honda City.
- Tie Rod End Naza Citra.
- Tie Rod End Isuzu Dmax.
- Tie Rod End Isuzu Trooper.
- Tie Rod End Ford Ranger.
Sebenarnya kerosakan komponen ini berkaitan dengan Steering Rack kereta, pastikan anda periksa terlebih dahulu untuk mementukan jenis kerosakan komponen sebelum menukar Tie Rod End.
Semoga post ini dapat membantu anda agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan selamat sebelum digunakan.
Baca Juga : 6 Tanda Steering Rosak pada kereta.
Boleh atau tidak minyak ‘power stereng’ ditukat ganti?
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Minyak Power Steering perlu ditukar apabila kereta telah mencapai 60,000km perjalanan.
Ini dapat memanjangkan ketahanan oil seal serta komponen dalaman pump serta steering rack.
Terima kasih.