8 Tanda Motor Kipas Radiator Rosak Pada Kereta

Motor kipas radiator kereta anda rosak ?

Sukar untuk mengenal pasti tanda kerosakan ?

Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda cara untuk mengesan tanda motor kipas radiator rosak pada kereta dengan mudah dan senang untuk difahami.

Google Ads

Berikut Merupakan Tanda kerosakan Motor Kipas Radiator :

1 Pusingan Kipas Perlahan

Pusingan kipas perlahan/ tanda motor kipas radiator rosak
Pusingan kipas perlahan
  • Pusingan kipas perlahan ini berpunca dari kerosakan Carbon Brush pada motor.
  • Ini mengakibatkan Temperature enjin naik semasa kenderaan berhenti serta aircond tidak sejuk.
  • Periksa Motor kipas radiator jika rosak gantikan motor baharu.

Cara Memeriksa Kerosakan Motor Kipas :

  • Wayar biru sambungankan kepada terminal bateri + .
  • Wayar hitam sambungkan pada terminal bateri .
  • Jika motor kipas tidak berpusing, bermakna motor kipas mengalami kerosakan.
  • Jika motor kipas berpusing, kemungkinan wiring, fius, Temperature Sensor atau relay mengalami kerosakan.

2 Motor Kipas Tidak Berpusing

Motor kipas tidak berpusing/ tanda motor kipas radiator rosak
Motor kipas tidak berpusing
  • Ini berpunca daripada daripada kerosakan motor kipas sama ada bearing jammed atau Carbon Brush nipis.
  • Ini adalah tanda motor kipas radiator rosak yang sangat ketara.
  • Periksa juga relay kipas, fius, Temperature Switch, dan sambungan wiring kemungkinan mengalami kerosakan.
  • Motor kipas yang tidak berpusing ini menyebabkan enjin mengalami panas lampau.
  • Pastikan dahulu kerosakan untuk memudahkan anda menukar alat ganti dengan betul.

3 Kerosakan Pada Sambungan Wiring

Kerosakan sambungan wiring
  • Kerosakan sambungan wiring seperti wayar putus, terbakar dan sambungan pin longgar mengakibatkan kipas tidak berpusing kerana tiada supply arus elektrik.
  • Periksa dahulu sambungan wiring seterusnya relay, fius, dan Temperature Switch untuk kefungsian motor kipas.

4 Jangka Hayat

Jangka hayat/ tanda motor kipas radiator rosak
Jangka hayat penggunaan
  • Jangka hayat penggunaan motor kipas radiator mengakibatkan kerosakan motor.
  • Pastikan kerosakan terlebih dahulu sebelum menggantikan motor kipas baharu.

5 Kerosakan Pada Relay

kerosakan pada relay
  • Kerosakan pada relay kipas juga menyebabkan kipas radiator tidak berpusing.
  • Periksa juga wiring, fius, dan motor kipas kemungkinan mengalami kerosakan.
  • Untuk kenderaan tertentu seperti Saga FLX kadang kala kipas akan terus berpusing walaupun enjin dimatikan.
  • Tukarkan relay kipas baharu.

6 Kerosakan Pada Fius

Kerosakan pada fius
  • Fius yang putus juga menyebabkan kipas tidak berpusing.
  • Periksa juga komponen berkaitan seperti Relay, sambungan wiring, Temperature Sensor atau motor kipas kemungkinan mengalami kerosakan.
  • Tukarkan fius kipas baharu.

7 Kerosakan Pada Temperature Sensor

Kerosakan pada Tempereture Sensor
  • Kerosakan pada Temperature Sensor ini juga menyebabkan kipas tidak berpusing.
  • Ini mengakibatkan suhu enjin naik secara mendadak dan Overheat.
  • Ini kerana tidak ada tindak balas daripada sensor untuk mengaktifkan motor kipas.
  • Tukarkan Sensor Temperature Baharu.

8 Kipas Lambat Berpusing

Kipas lambat berpusing
  • Kipas lambat berpusing ini selalunya berpunca daripada kerosakan Sensor Temperature.
  • Ini kerana tindak balas yang lambat dari Temperature Sensor untuk memusingkan kipas radiator.
  • Jika ini berlaku kepada kenderaan anda, tukarkan Temperature Sensor baharu.

Jenis Motor Kipas Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Jenis Temperature Sensor Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Sangat mudah bukan?

Semoga post ini membantu anda untuk mengenal pasti tanda kerosakan motor kipas radiator kereta agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan yang baik sepanjang pengunaan anda !

Baca Juga : 8 Tanda Throttle Body Rosak Pada Kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *