5 Punca Lampu Brek Ketiga Tidak Menyala

Lampu brek ketiga tidak menyala ?

Sukar untuk mengenal pasti punca kerosakan ini ?

Dalam post ini, saya ingin berkongsi kepada anda punca – punca brek ketiga tidak menyala untuk mengelakan kemalangan, terutamanya kereta yang berada dibelakang kenderaan anda apabila anda menekan brek.

Berikut Merupakan Punca Lampu Brek Ketiga Tidak Menyala :

1 Kerosakan Pada Bulb

Kerosakan pada bulb
  • Kerosakan bulb juga mengakibatkan lampu brek ketiga tidak menyala.
  • Periksa bulh sama ada filamen dalaman putus atau tidak.
  • Periksa juga sambungan soket kemungkinan berkarat dan terdapat kotoran akibat penggunaan yang lama.
  • Tukarkan Bulb baharu.

2 Kerosakan Brake Switch

Kerosakan pada brake switch
  • Brake switch berfungsi untuk menyambung dan memutuskan arus elektrik pada lampu ketiga brake.
  • Kerosakan brake switch ini mengakibatkan lampu ketiga tidak menyala.
  • Selain itu, kerosakan brake switch ini mengakibatkan lampu brek ketiga tidak padam.
  • Lokasi Brake switch ini terdapat pada brek pedal.
  • Pastikan dahulu jenis kerosakan untuk mendapatkan alat ganti yang betul.

3 Kerosakan Pada Sambungan Soket

Kerosakan pada sambungan soket
  • Periksa sambungan soket kemungkinan mengalami kelonggaran dan menyebabkan elektrik tidak dapat disalurkan.
  • Periksa keadaan pin penyambung bulb.

4 Kerosakan Sambungan Wiring

Kerosakan pada wiring
  • Periksa sambungan wiring kemungkinan putus atau reput.
  • Jika kerosakan teruk, gantikan wayar baru untuk membolehkan brake ketiga berfungsi dengan baik.

5 Jangka Hayat

Jangka hayat penggunaan
  • Penggunaan yang lama juga menyebabkan kerosakan pada komponen lampu brek ketiga kereta.
  • Anda boleh membuat pemeriksan menyeluruh pada bahagian lampu brek ketiga.

Cara Brake Switch Berfungsi :

Cara brek switch berfungsi
  • Apabila pedal brek ditekan, arus elektrik akan disambungkan dan lampu ketiga akan menyala ( anak panah bertanda merah ).
  • Apabila pedal brek dilepaskan, arus elektrik akan diputuskan dan lampu ketiga akan padam ( anak panah berwarna  hijau ).

Berikut Merupakan Jenis Brake Switch Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Sangat mudah bukan ?

Pastikan lampu brek kereta anda sentiasa berfungsi dengan baik bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku semasa dalam pemanduan !

Baca Juga : 5 Punca Brek kereta panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *