5 Punca Brek Kereta Panas

Brek kereta anda cepat panas ?

Sukar untuk mengenal pasti punca masalah ini ?

Untuk pengetahuan anda, brek kereta akan menjadi panas jika ia dikendalikan terlalu kerap.

Tetapi, kepanasan brek adalah tidak melampaui batas sehingga menyebabkan berasap, terbakar dan sebagainya.

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda punca brek kereta panas yang perlu anda ketahui untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku semasa dalam pemanduan.

Punca Brek Kereta Panas :

1 Wheel Cylinder / Brake Caliper Jammed

Kerosakan pada brake caliper atau wheel cylinder
  • Wheel cylinder dan brake caliper yang jammed mengakibatkan brek kereta cepat panas.
  • Ini kerana piston wheel cylinder dan brake caliper tidak kembali kepada asal apabila brek tidak ditekan.
  • Ini mengakibatkan brek pad atau brek lining bersentuhan/bergeseran dengan drum atau disc rotor.
  • Kepanasan yang melampau pada sistem brek mengakibatkan kereta akan kehilangan brek dan boleh mengundang kepada risiko kemalangan.
  • Periksa juga brake caliper pin kemungkinan jammed.
  • Servis bahagian brek yang jammed atau tukar komponen baharu sekiranya kerosakan tidak dapat dibaiki.

2 Pelarasan Lining Terlalu Tinggi

Pelarasan lining terlalu tinggi
  • Pelarasan brek shoes yang terlalu juga mengakibatkan brek cepat panas.
  • Ini kerana ketiadaan gap/jarak bebas antara drum dengan brake shoes.
  • Sebaiknya untuk pelarasan lining brek yang betul, pastikan ada bunyi geseran antara lining dengan drum semasa melakukan pelarasan.
  • Untuk kenderaan berat, ketatkan terlebih dahulu adjustment nut, kemudian longgarkan sebanyak 2 kali untuk mendapatkan pelarasan brek yang sekata.

3 Return Spring Patah

Kerosakan pada return spring
  • Return spring selalunya terpasang pada brek drum.
  • Ia berfungsi untuk mengembalikan brek shoes kepada asal apabila pedal brek dilepaskan.
  • Kerosakan pada return spring juga mengakibatkan brek shoes tidak kembali kepada asal dan mengakibatkan ia terus bersentuhan dengan brek drum dan menjadi panas.
  • Kerosakan komponen ini juga mengakibatkan bunyi bising pada brek.
  • Periksa return spring kemungkinan terlepas atau patah akibat pengunaan lama.

4 Kerosakan Pada Parking Brek

Kerosakan pada parking brake
  • Fungsi parking brek adalah brek semantara apabila kenderaan parking atau berhenti.
  • Kerosakan Parking brek ini juga mengakibatkan brek kereta panas terutamanya pada brek belakang.
  • Selain itu, kerosakan komponen ini mengakibatkan parking brake tidak berfungsi sepenuhnya.
  • Ini kerana , kabel tidak dapat dilepaskan sepenuhnya dan mengakibatkan brek shoes masih bersentuhan dengan drum.
  • Periksa kabel parking brek serta komponen berkaitan untuk memastikan kerosakan.

5 Tiada Free Play Pada Pedal Brek

  • Freeplay pada pedal brek amat penting untuk memastikan brek dalam keadaan yang normal semasa ia tidak dikendalikan.
  • Ketiadaan freeplay ini mengakibatkan cecair brek sentiasa dalam keadaan tertekan pada setiap masa , dalam erti kata lain brek sentiasa ditekan.
  • Jarak bebas antara pedal brek dan push rod master pump ini adalah untuk mengelakan brek tertekan yang boleh menjadikan brek cepat panas.
  • Laraskan freeplay pedal brek kereta dengan betul ( 10mm ).

Berikut Merupakan Jenis Paking Brake Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Jenis Brake Caliper Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Pastikan sistem brek kereta anda sentiasa dalam keadaan baik untuk mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa dalam pemanduan.

Baca Juga : 4 Punca Brek Kereta keras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *