4 Punca Brek kereta keras

Brek kereta anda keras ?

Sukar untuk mengenal pasti punca brek kereta keras ?

Untuk post ini, saya ingin berkongsi kepada anda punca brek kereta menjadi keras untuk memudahkan anda memukar atau memeriksa bahagian komponen brek yang perlu diganti atau diservis.

Sebelum itu, kenali fungsi brek pada kereta,

Fungsi Brek :

  • Sistem brek berfungsi untuk memperlahankan dan memberhentikan kenderaan.

Berikut Merupakan Punca brek Kereta Keras :

1 Kerosakan Pada Brek Booster

Kerosakan pada brek booster
  • Brake Booster/ Servo adalah sebagai bantuan kepada sistem brek hidraulik.
  • Berfungsi untuk mempertingkatkan daya membrek daripada tekanan brek yang sedikit.
  • Kerosakan komponen ini mengakibatkan pedal brek menjadi keras semasa brek ditekan.
  • Apabila Brake Booster rosak,pedal brek perlu ditekan dengan kuat untuk menghasilkan cengkaman brek.
  • Periksa, servis atau gantikan brek boster baharu jika terdapat kerosakan yang teruk.

Operasi Brake Booster :

Operasi Brake Booster kereta

2 Kerosakan Pada Brake Caliper dan Wheel Cylinder

  • Wheel Cylinder dan Brake Caliper yang rosak ( Jammed ) juga penyebab pedal brek keras semasa ditekan.
  • Kerosakan komponen ini disebabkan oleh penggunan yang lama.
  • Adalah lebih baik servis semua pam brek.
  • Jika terdapat kerosakan teruk yang pada komponen ini gantikan baharu.

3 Kebocoran Pada Vacuum Hose

Kerosakan pada vacuum hose
  • Vacuum hose berfungsi sebagai laluan udara sehala dari intake manifold ke brek booster untuk menghasilkan tekanan.
  • Kebocoran pada saluran hose ini mengakibatkan udara tidak dapat disalur ke brek booster dan menyebabkan pedal brek menjadi keras.
  • Gantikan Vacuum Hose baharu.
  • Anda boleh melihat jenis hose disini : Vacuum Hose Kereta.

4 Kerosakan Pada Master Cylinder

Kerosakan pada Master Pump
  • Fungsi Master Cylinder adalah untuk menempatkan cecair brek dan menghantar cecair brek ke Wheel Cylinder dan Brake Caliper semasa pedal brek ditekan.
  • Kerosakan piston master cylinder ( Jammed ) akan menyebabkan pedal brek menjadi keras semasa ditekan.
  • Kenal pasti kerosakan sistem brek kereta anda untuk mendapatkan alat ganti yang sesuai.
  • Anda boleh melihat jenis master pump disini : Jenis Master Pump Kereta.

Kerosakan pada sistem brek boleh menyebabkan kemalangan di luar jangkaan kita.

Jenis Brake Booster Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini menjadi panduan kepada anda dalam memastikan sistem brek kereta anda sentiasa dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan!

Baca Juga : 6 Tanda Brek Pad Haus Pada Kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *