Marking Timing Belt Kancil

Anda sedang mencari marking timing belt kancil ?

Sukar untuk mendapatkan marking yang tepat ?

Kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda khasnya pengguna kereta Perodua Kancil bagaimana untuk mendapatkan marking timing belt yang betul dengan mudah dan senang untuk difahami.

Sebelum itu, kenali kesan pada enjin apabila marking timing belt tidak betul.

Kesan Pemasangan Timing Belt tidak Tepat :

  • Enjin sukar untuk dihidupkan.
  • Enjin akan kehilangan kuasa.

Berikut Merupakan Marking Timing Belt Kancil :

1 Sediakan Set Timing Belt

Timing belt set
  • Pastikan anda sediakan alat ganti seperti timing belt set 100,000km yang mengandungi Timing Belt, Oil Seal Camshaft dan Crankshaft serta Tensioner Bearing.
  • Jika anda mempunyai bajet yang lebih adalah lebih baik gantikan belting serta water pump sekaligus.

2 Marking Pada Camshaft Timing Pulley

Marking camshaft/ marking timing belt kancil
Marking Camshaft Pulley
  • Untuk mengelakan kekeliruan, tandakan warna putih pada marking timing.
  • Pastikan lubang kecil pada pulley selari dengan alur bentuk V pada cover belakang timing belt.
  • Lubang pada lock nut camshaft pulley haruslah menghala ke atas selari dengan alur V cover timing belt.

3 Marking Pada Crankshaft Pulley Sproket

Marking crankshaft/ marking timing belt kancil
Marking Crankshaft Pulley Sproket
  • Untuk pemasangan Crankshaft sproket, pastikan sproket pin menghala ke atas.
  • Tandakan marking dengan warna putih untuk mengelakan kekeliruan.
  • Pada Crankshaft sproket, terdapat satu titik marking, pastikan marking ini selari dengan marking yang terdapat pada Oil Pump Housing.
  • Kemudian pasang timing belt di ikuti dengan tensioner bearing.
  • Pastikan pemasangan timing belt tidak terlalu tegang, kerana ini mengakibatkan bearing cepat rosak dan berbunyi semasa enjin dihidupkan.
  • Pastikan nut pada camshaft dan crankshaft telah diikat dan diketatkan sebelum memasang timing belt cover.

Timing Belt Set Kancil Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini menjadi panduan kepada anda, terutamanya kepada pengguna kereta kancil untuk mendapatkan marking timing belt yang betul !

Baca Juga : 15 Senarai Absorber Kancil Terbaik [ 2022].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *