4 Tanda Radiator Cap Rosak Pada Kereta

Radiator cap kereta anda rosak ?

Sukar untuk anda mengenal pasti tanda kerosakan ?

Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mengetahui tanda radiator cap rosak dengan mudah dan senang.

Sebelum itu, kenali fungsi radiator cap yang terdapat pada kereta anda.

Fungsi Radiator Cap :

  • Menghalang tekanan suhu tinggi daripada terkeluar.
  • Apabila tekanan dalam sistem penyejukan meningkat, penutup radiator akan membuka laluan air masuk ke dalam tangki simpanan.

Tanda Kerosakan Pada Radiator Cap :

1 Air Radiator Berkurangan

Air radiator berkurangan
  • Kerosakan pada radiator cap akan menyebabkan air dalam dalam radiator berkurangan.
  • Ini berlaku apabila suhu tekanan air meningkat air akan melimpah keluar melalui radiator cap.
  • Periksa terlebih dahulu kebocoran dalam sistem penyejukan seperti : hose, paip air, sambungan hose, radiator dan kebocoran pada water pump.
  • Tukarkan radiator cap baharu.

2 Kerosakan Pada Rubber Gasket

Kerosakan rubber gasket
  • Kerosakan pada getah radiator cap akan menyebabkan boiling point air dalam radiator menurun.
  • Apabila air mendidih, pengewapan akan berlaku pantas, wap air akan keluar di celah getah yang rosak dan mengakibatkan air berkurangan dalam radiator.
  • Periksa juga kesan air pada bawah radiator cap.
  • Ini adalah tanda radiator cap rosak yang sangat ketara dan mudah dikesan.
  • Jika anda tidak pasti, hantar kenderaan anda pada pakar radiator untuk diuji dengan menggunakan Radiator Cap Pressure Tester.
  • Air yang kurang ini akan mengakibatkan enjin kereta overheat.
  • Tukarkan radiator cap baharu.

3 Kerosakan Pada Vacuum Spring

Kerosakan pada vacuum spring
  • Kerosakan pada vacuum spring akan menyebabkan air akan melimpah keluar melalui radiator cap apabila suhu air meningkat.
  • Ini disebabkan spring menjadi lembut, tercabut atau patah dan tidak dapat menampung takat tekanan suhu air dalam radiator.
  • Gantikan radiator cap baharu.

4 Jangka Hayat

Jangka hayat penggunaan
  • Penggunaan radiator cap terlalu lama juga menyebabkan kerosakan pada komponen ini.
  • Kerosakan ini berlaku akibat daripada pendedahan suhu air yang yang tinggi setiap kali enjin beroperasi.
  • Periksa semua komponen sistem penyejukan yang berkaitan unuk mendapatkan alat ganti yang betul.

Operasi Radiator Cap :

Operasi radiator cap
  • Takat didih air adalah 100°c dan selepas itu air mula mengewap.
  • Jika tekanan diberi pada sesebuah tekanan tertutup,ia akan menaikan takat didh air.
  • Apabila sistem penyejukan sejuk, tekanan akan menurun dan akan terjadinya vacuum.
  • Vacuum valve akan disedut dan vacuum spring akan terbuka pada radiator cap dan menyedut semula  air dari tangki simpanan ke dalam radiator.
  • Proses ini berlaku berulang – ulang sehingga enjin dimatikan.

Jenis Radiator Cap Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda untuk terutamanya dalam penjagaan sistem penyejukan enjin kereta anda!

Baca Juga : 12 Punca Enjin kereta cepat Panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *