6 Tanda Brek Pad Haus Pada Kereta

Brek pad kereta anda telah haus ?

Sukar untuk mengenal pasti tanda brek pad haus pada kereta sendiri ?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua bagaimana cara untuk mengenal pasti tanda brek pad haus pada kereta dengan senang dan mudah difahami.

Google Ads

Tanda – tanda brek pad kereta telah haus :

1 Lampu Amaran Brek Menyala

Lampu amaran brek menyala
  • Lampu amaran ini menyala apabila brek tangan tidak dilepaskan dan cecair brek kurang.
  • Minyak berkurangan disebabkan oleh brek pad yang semakin nipis.
  • Periksa brek pad kereta anda / tukarkan baru.
  • Periksa juga kebocoran pada sistem brek, kerana ini akan mengurangkan cecair brek dalam takungan dan seterusnya punca kehilangan brek semasa dalam pemanduan.

2 Cecair Brek Berkurangan

Minyak brek berkurangan
  • Minyak brek kurang pada paras takatnya.
  • Ini tanda brek pad semakin nipis dan perlu ditukar.
  • Periksa juga kebocoran pada sistem brek.

3 Terdapat Bunyi Ketika Brek Ditekan

Terdapat bunyi pada pad brek
  • Terdapat bunyi besi bergeseran ketika brek ditekan.
  • Ini disebabkan oleh wear indicator atau pelapik brek bergesel dengan rotor disc.
  • Wear indicator memberi amaran kepada pemandu untuk membuat pemeriksaan brek pad serta penukaran brek pad.
  • Tidak semua jenis pad brek mempunyai wear indicator.
  • Tukarkan pad brek baru.

4 Gegaran Pada Steering dan Pedal Brek

Seering bergegar semasa brek ditekan
  • Gegaran pada steering apabila brek ditekan.
  • Ini kerana permukan brek pad yang tidak rata, rotor disc rosak dan brek pad terlalu nipis.
  • Tukarkan rotor disc baru.

5 Jarak kenderaan Berhenti Bertambah

Jarak kereta berhenti bertambah
  • Jarak kereta berhenti semakin panjang apabila brek ditekan.
  • Ini kerana brek haus dan mengakibatkan jarak untuk kenderaan berhenti panjang.
  • Tukarkan brek pad baru.

6 Pemeriksaan Secara visual dan berkala

Pemeriksaan visual dan berkala
  • Pemeriksaan secara visual atau berkala oleh mekanik dan pengguna kereta.
  • Brek pad boleh dilihat pada celah – celah rim untuk pastikan ia dalam keadaan baik.
  • Ketebalan pad brek mestilah minimum tiga milimeter untuk penggunaan brek yang selamat.
  • Tukarkan baharu jika ketebalan brek pad berkurangan.

Berikut Merupakan Jenis Brek Pad Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini dapat memberi manfaat serta menjadi panduan kepada anda dalam mengenal pasti tanda – tanda brek pad haus agar sistem brek kereta anda sentiasa dalam kendalian yang terbaik.

Baca Juga : 6 Tanda Rotor Disc Rosak Pada Kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *