6 Tanda Rotor Disc Rosak Pada Kereta

Rotor disc kereta anda mengalami kerosakan ?

Sukar untuk mengenal pasti tanda – tanda awal kerosakan ?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda tanda rotor disc rosak pada kereta yang sangat mudah dan senang difahami.

Google Ads

Antara tanda kerosakan pada rotor disc ialah :

1 Gegaran Pada Steering

Gegaran pada steering
  • Gegaran dirasakan pada steering apabila brek ditekan semasa dalam pemanduan.
  • Ini menandakan rotor disc tidak rata dan bengkok.
  • Jika kerosakan terlalu teruk, gegaran dapat dirasakan pada dasborard kereta.
  • Kecekapan untuk membrek juga akan kurang.
  • Skimming atau tukarkan rotor disc jika terdapat kerosakan teruk.

2 Gegaran Pada Pedal Brek

Gegaran pada pedal brek
  • Gegaran pada pedal brek apabila brek ditekan semasa dalam pemanduan.
  • Gegaran ini biasanya berlaku sekaligus dengan steering.
  • Ini menandakan rotor disc tidak rata dan bengkok.
  • Tukarkan rotor disc baru untuk penggunaan jangka panjang.

3 Kesan Calar Pada Rotor Disc

Kesan calar yang berlebihan
  • Kesan calar adalah biasa pada rotor disc.
  • Untuk cengkaman brek yang baik, permukaan disc haruslah licin.
  • Jika kesan calar terlalu banyak, ini akan menyebabkan brek tidak mencengkam dengan sempurna.
  • Kehausan brek pad juga tidak sekata.
  • Kesan calar ini terjadi apabila terdapat benda asing yang tersepit pada celah rotor disc, endapan habuk brek, brek pad habis, serta penggunaan pad brek yang terlalu keras.
  • Skimming atau tukarkan sekali rotor disc dan brek pad untuk kendalian brek yang lebih baik.

4 Keretakan Pada Rotor Disc

Keretakan pada rotor disc
  • Terdapat keretakan pada permukaan rotor disc.
  • Ini berlaku apabila sistem brek kerap kali melalui proses kitaran haba ( dari panas kepada sejuk ) serta jangka hayat rotor disc.
  • Ini merupakan tanda rotor disc rosak yang teruk.
  • Tukarkan rotor disc baru.

5 Kehausan Tepi

Terdapat bibir tepi disc rotor
  • Kehausan pada rotor disc.
  • Kelihatan bibir pada tepi rotor disc.
  • Penggunaan brek pad yang keras juga boleh menyebabkan berlaku terjadinya kehausan ini.
  • Jika kehausan tidak begitu teruk, skimming permukaan tepi disc rotor.
  • Jika kehausan disc terlalu dalam, disyorkan tukarkan rotor disc baru.

6 Rotor Disc Sumbing

Rotor disc sumbing
  • Keadaan ini sangat jarang berlaku.
  • Ini terjadi apabila rotor disc terkena pada objek keras seperti batu, besi dan sebagainya.
  • Mengakibatkan gegaran pada steering dan pedal ketika menekan brek serta kehausan brek pad tidak sekata.
  • Tukarkan rotor disc baru.

Berikut merupakan jenis rotor disc untuk kereta sebagai rujukan anda :

Semoga post ini dapat menjadi panduan kepada anda dalam mengenal pasti kerosakan pada rotor disc kereta anda !

Baca Juga : 5 Tanda Clutch Kereta Habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *