5 Tanda Brake Caliper Rosak Pada Kereta

Brake caliper kereta anda rosak ?

Sukar untuk mengenal pasti tanda brake caliper rosak  pada kereta anda ?

Dalam post ini, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda bagaimana cara untuk mengenal pasti tanda kerosakan pada brake caliper kereta dengan senang dan mudah untuk difahami.

Google Ads

Berikut merupakan tanda – tanda kerosakan brake caliper :

1 Terdapat bunyi Bising pada Brake Caliper

Kerosakan pada caliper pin guide
  • Terdapat bunyi pada roda hadapan ( brake caliper ) ketika melalui jalan yang tidak rata atau laluan gravel.
  • Ini merupakan tanda brake caliper rosak yang sangat ketara.
  • Bunyi seperti ketukan besi dan menyebabkan ketidakselesaan ketika dalam pemanduan.
  • Ini bermakna brake caliper pin telah haus dan perlu ditukar.
  • Penyebab utama kerosakan ini adalah jangka hayat serta brake caliper pin tidak diselenggara dengan baik.
  • Jika tidak ditukar ini boleh merosakan brake caliper pin housing.
  • Periksa juga pad clip kemungkinan longgar atau hilang.

2 Brake Caliper Pin Boot Koyak

Kerosakan pada caliper pin guide boot
  • Brake caliper pin boot koyak ini akan menyebabkan habuk, pasir dan air masuk dalam housing.
  • Ini akan menyebabkan brake caliper pin akan jammed dan sukar di buka ketika menukar brek pad.
  • Tukarkan boot untuk pengunaan jangka panjang.

3 Piston Brake Jammed

Piston brake jammed
  • Piston brake yang jammed akan menyebabkan keupayaan dan kefungsian cengkaman brake akan berkurangan dan mengakibatkan kereta akan tertarik kekiri atau kekanan ketika membrek.
  • Ini sangat merbahaya kepada pemandu apabila menggunakan brek ketika dalam pemanduan yang laju.
  • Ia juga menyebabkan brake pad cepat panas kerana melekat pada disc rotor.
  • Servis dan tukarkan piston kit untuk kendalian brake yang lebih selamat.

4 Brake Cepat Panas

Brake pad cepat panas
  • Brake cepat panas bukan hanya disebabkan oleh piston brake yang jammed.
  • Ini boleh berlaku juga apabila brake caliper pin jammed.
  • Brake caliper pin akan bergerak kekiri dan kekanan ( free play ) semasa dalam kendalian ini akan memberi ruang kepada brake pad supaya tidak melekat kepada rotor disc semasa brek tidak di tekan.
  • Jika caliper pin tersekat/jammed ini menyebabkan brake pad cepat panas serta kehausan pad yang tidak sekata.
  • Sebaiknya, jika brake pad ditukar baru sapukan sedikit gris pada caliper pin untuk kendalian brake lebih lancar.

5 Brake Caliper Bracket patah atau Retak

Terdapat kesan keretakan/patah
  • Kesan patah atau retak pada caliper brake adalah jarang berlaku.
  • Ini mungkin disebabkan penggunaan kereta yang lasak, kesan kemalangan dan sebagainya.
  • Welding atau tukarkan untuk mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.

Berikut merupakan jenis brake caliper pin sebagai rujukan anda :

Jenis Brake Caliper Kit Kereta :

Semoga post ini dapat menjadi panduan serta memudahkan anda untuk mengenal pasti kerosakan brake caliper kereta anda !

Baca Juga : 3 Tanda Bearing Tayar Rosak Pada Kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *