8 Tanda Spark Plug Kereta Rosak

Spark plug kereta anda rosak ?

Sukar untuk mengenal pasti tanda sprak plug kereta rosak ?

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara yang mudah untuk mengenal pasti tanda kerosakan plug kereta anda sebagai langkah awal untuk berjaga – jaga.

Untuk pengetahuan anda, spark plug kereta perlu ditukar apabila perjalanan kereta telah mencapai 20,000km supaya prestasi enjin kereta sentiasa dalam keadaan yang baik.

Spark plug mampu bertahan sehingga 45,000km penggunaan.

Google Ads

Berikut merupakan tanda – tanda kerosakan spark plug kereta :

1 Kenderaan Terasa Berat Ketika Memecut

Karbon pada spark plug
  • Kenderaan lambat memecut apabila pedal minyak ditekan dengan pantas.
  • Kemungkinan sprak plug diselaputi minyak atau enapan karbon yang menyebabkan percikan api yang terhasil tidak sempurna.
  • Tukarkan spark plug baru.

2 Kesukaran Menghidupkan Enjin Pada Waktu Pagi

Kerosakan pada spark plug
  • Spark plug yang bermasalah menyebabkan enjin kenderaan sukar dihidupkan terutama pada waktu pagi.
  • Kadang – kadang kereta perlu start beberapa kali untuk menghidupkan enjin.
  • Periksa spark plug/coil plug kereta anda.

3 Penggunaan Bahan Api Berlebihan

Penggunaan bahan api berlebihan
  • Proses pembakaran yang tidak sempurna menyebabkan pengunaan bahan api yang banyak.
  • Enjin memerlukan 20-30% bahan api jika spark plug tidak berfungsi dengan baik.
  • Periksa atau tukarkan spark plug kereta anda.

4 Pembakaran Enjin Tidak Sekata ( Misfires )

Pembakaran yang tidak sempurna/tanda spark plug kereta rosak
Pembakaran enjin tidak seimbang
  • Enapan karbon yang menyelaputi keseluruhan elektrod menyebabkan percikan api terhasil tidak sempurna.
  • Kuasa enjin yang terhasil sangat lemah dan prestasinya tidak mencapai tahap optimum.
  • Tukarkan spark plug kereta anda.

5 Bunyi Enjin Lebih Bising Dari Biasa

enjin bising/ tanda spark plug kereta rosak
Enjin berbunyi bising akibat daripada kerosakan plug
  • Disebabkan pembakaran enjin yang tidak selaras, bunyi enjin lebih bising dari biasa.
  • Bunyi bising ini lebih ketara didengar apabila kenderaan dihidupkan pada waktu pagi.
  • Petanda awal kerosakan spark plug kereta.

6 Terasa Gegaran Selepas Enjin dihidupkan

enjin bergegar apabila dihidupkan/ tanda spark plug kereta rosak
Gegaran pada enjin
  • Enjin akan begegar sedikit selepas dihidupkan.
  • Ini disebabkan oleh salah satu spark plug tidak menghasilkan percikan api dan mengakibatkan pembakaran tidak sempurna.
  • Tanda spark plug kereta rosak yang ketara.
  • Periksa atau tukarkan spark plug kereta anda.

7 Kuasa Enjin Tidak Stabil

kuasa enjin tidak stabil pada kereta
kuasa enjin tidak stabil
  • Kadang- kala prestasi enjin dalam keadaan baik dan kadang- kala terasa semput.
  • Itu adalah petanda awal spark plug perlu diganti.
  • Kotoran pada elektrod mengakibatkan pembakaran enjin tidak efisyen.

8 Enjin Tidak Boleh Dihidupkan

start enjin kereta / tanda spark plug kereta rosak
Enjin tidak dapat dihidupkan
  • Apabila sampai kepada suatu tahap yang lebih parah, enjin kereta langsung tidak dapat dihidupkan.
  • Ini disebabkan oleh dua atau tiga spark plug tidak berfungsi.
  • Ini adalah tanda spark plug rosak pada kereta yang serius.
  • Jika plug dalam keadaan baik, periksa juga komponen lain seperti coil plug, fuel pump,fius, fuel injector serta komponen berkaitan.
  • Jika anda tidak pasti dengan masalah ini, hantar kenderaan anda dibengkel untuk pemeriksaan.

Gambar ini merupakan jenis kerosakan Spark plug kereta :

Kesan pembakaran yang tidak sempurna pada spark plug

9 Car Spark Plug Tester

RM 74.89

Lihat di Shopee

Untuk memudahkan anda memeriksa spark plug kereta, anda boleh menggunakan Car Spark Plug Tester ini.

  • Ianya selamat digunakan.
  • Khas untuk 12v spark plug kereta.
  • Range sehingga 6000rpm.
  • Mudah untuk digunakan.

Berikut Merupakan Jenis Spark Plug Untuk Rujukan Anda :

Semoga panduan ini memberikan banyak manfaat kepada anda semua!

Baca Juga : 17 Senarai Dash Cam Kereta Terbaik [2021]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *