Fungsi Sistem Penyejukan Enjin Kereta

Tahukah anda untuk apakah fungsi sistem penyejukan enjin ?

Sistem penyejukan enjin adalah sistem sokongan bagi menyelenggara suhu enjin agar mencukupi pada sebarang kendalian dan pacuan.

Fungsi Sistem Penyejukan Enjin Kereta :

  • Menyelenggara enjin pada suhu kendalian terbaik.
  • Memindahkan haba yang tidak diperlukan.
  • Memastikan suhu pada bahagian bergerak enjin tidak meningkat pada suhu yang menjejaskan kerberkesanan minyak pelincir.

Dua Jenis Sistem Penyejukan Enjin :

1 Jenis Cecair

Penyejukan jenis cecair
  • Sistem penyejukan yang menggunakan cecair.

2 Jenis Udara

Penyejukan jenis udara
  • Sistem penyejukan yang menggunakan udara seperti : Volkswagen T1 , mesin rumput dan sebagainya.

Fungsi Komponen Sistem Penyejukan Enjin :

1 Radiator

radiator / sistem penyejukan enjin
Radiator
  • Fungsi radiator adalah untuk menyejukan air hasil daripada pembakaran dalaman enjin.
  • Tempat untuk melakukan pertukaran haba.
  • Saluran tube berfungsi sebagai laluan air untuk penyejukan dari tangki atas ke tangki bawah radiator.
  • Manakala fin ( sirip ) sebagai laluan udara untuk mempercepatkan penyejukan dari depan kenderaan serta bantuan kipas radiator.

Kesan Kerosakan Radiator :

  • Radiator yang sumbat akan menyebabkan suhu tempereture enjin akan naik.
  • Ini berlaku semasa dalam pemanduan yang laju serta mendaki bukit ( menggunakan gear rendah ).
  • Kebocoran pada saluran tube, upper dan lower tank pecah juga penyebab suhu enjin meningkat kerana kekurangan air.

Anda boleh membuat rujukan disini : Radiator Kereta.

2 Radiator Cap

 Cap / sistem penyejukan enjin
Radiator Cap
  • Menghalang tekanan suhu tinggi daripada terkeluar.
  • Apabila tekanan dalam sistem penyejukan meningkat, penutup radiator akan membuka laluan air masuk ke dalam tangki simpanan.
  • Mempunyai dua Valve iaitu Vaccum Relief Valve dan Pressure Valve.
  • Pressure valve berfungsi untuk mengekalkan tekanan dalam radiator dan sistem penyejukan.
  • Vaccum Relief Valve berfungsi untuk membenarkan udara dan cecair penyejukan masuk apabila enjin sejuk melalui tangki takungan.

Kesan Kerosakan Radiator Cap :

  • Air dalam radiator akan berkurangan.
  • Suhu enjin akan meningkat.

Anda boleh Membuat Rujukan Disini : Radiator Cap Kereta.

3 Water Pump

water pump baru / sistem penyejukan enjin
Water pump
  • Fungsi water pump adalah untuk mengepam air dalam sistem penyejukan enjin.
  • Menghasilkan tekanan kepada cecair penyejukan agar dapat bergerak melalui kesemua laluan dalam enjin serta masuk semula ke dalam radiator untuk proses penyejukan.

Berikut Merupakan Aliran Air Dalam Sistem Penyejukan Enjin :

Aliran air dalam sistem penyejukan enjin
  • Radiator – Water pump – Water Jacket – Turbo – Throttle Body – Thermostat – Radiator.
  • Ia bergantung kepada jenis kereta yang memerlukan penyejukan untuk setiap komponen.
  • Proses ini akan berlaku berulang – ulang sehingga enjin dimatikan.

Kesan Kerosakan Water Pump :

  • Air dalam sistem tidak dapat di pam serta disejukan dengan sempurna.
  • Suhu enjin akan meningkat.

Anda Boleh Membuat Rujukan Disini : Water Pump Kereta.

4 Thermostat

Thermostat baru / sistem penyejukan enjin
Thermostat
  • Berfungsi untuk mengawal aliran cecair penyejuk dalam enjin.
  • Membantu mengawal keseimbangan suhu  enjin agar sentiasa dalam keadaan stabil dan baik dalam pelbagai situasi.
  • Thermostat akan membuka laluan air yang panas ke radiator apabila air  mencapai suhu 80 – 90 darjah ceclius untuk disejukan.

Operasi Thermostat :

Operasi thermostat semasa panas dan sejuk

Kesan Kerosakan Thermostat :

  • Suhu enjin akan meningkat akibat daripada aliran air yang tersekat ( Thermostat stuck open ).
  • Ini dapat dilihat pada jarum meter temperature dan lampu amaran suhu akan menyala ( untuk kenderaan tertentu ).
  • Penggunaan bahan api lebih tinggi akibat kerana enjin tidak dapat mencapai suhu optimum untuk proses pembakaran dalaman enjin yang sempurna.

5 Hose

hose baru / sistem penyejukan enjin
Radiator Hose
  • Berfungsi untuk menghubungkan cecair penyejuk ke bahagian sistem penyejukan.

Kesan Kerosakan Hose :

  • Hose yang pecah atau koyak mengakibatkan paras cecair dalam radiator akan sentiasa berkurangan.
  • Ini akan mengakibatkan suhu enjin akan cepat meningkat.

Anda boleh Membuat Rujukan Disini : Radiator Hose Set Kereta.

6 Radiator Fan

Radiator Fan
  • Untuk memindahkan haba yang tidak diperlukan oleh enjin sekaligus memastikan suhu cecair penyejukan dalam enjin sentiasa dalam kendalian yang terbaik.
  • Memastikan suhu cecair penyejuk dalam suhu yang sesuai semasa enjin beroperasi.

Kesan Kerosakan Radiator Fan :

  • Suhu enjin akan menjadi panas terutamanya sewaktu kereta berhenti.
  • Aircond kereta menjadi panas ketika berhenti .

Terdapat Dua Jenis Kipas Radiator :

Kipas Jenis Mekanikal ( Insani )

Kipas jenis mekanikal
  • Kipas yang dipacu oleh belting selalunya untuk kenderaan seperti 4×4, tracktor dan sebagainya.

Kipas Jenis Elektrik

Kipas jenis elektrik
  • Untuk kenderaan ringan seperti Honda Ciity, wira, waja dan sebagainya.

7 Reservior Tank

Reservior Tank
  • Sebgai takungan lebihan untuk simpanan cecair pendingin
  • Apabila isipadu cecair mengembang oleh suhu, menyebabkan lebihan cecair disaluraknan ke tangki takungan.
  • Apabila suhu menurun, cecair dalam takungan akan balik semula ke radiator.
  • Ini mencegah kehilangan cecair dalam radiator.

Kesan Kerosakan Reservior Tank :

  • Tangki takungan yang bocor akan menyebabkan cecair berkurangan dalam radiator.
  • Ini menyebabkan suhu enjin menjadi tinggi.

Anda Boleh Membuat Rujukan Disini : Coolant Reservior Tank.

8 Saluran Water Jacket

Saluran Water Jacket
  • Ruangan terbuka diantara bahagian luar dinding silinder dan bahagian dalam blok dan cylinder head.
  • Ruangan ini dipenuhi oleh cecair penyejukan.

Kesan Kerosakan Water Jacket :

  • Kebiasaanya Core Plug yang terdapat pada Block enjin akan pecah apabila telah mencapai hayatnya.
  • Kerosakan ini juga berlaku kerana ketiadaan campuran anti karat pada cecair penyejukan /jangka hayat penggunaan.
  • Kerosakan pada core plug ini juga akibat daripada enjin overheat.

9 Meter Temperature

Meter Temperature
  • Berfungsi memberikan bacaan suhu enjin kereta semasa dalam kendalian.
  • Untuk suhu enjin yang normal adalah jarum penunjuk meter berada di tengah – tengah H dan C.

Terdapat Tiga Jenis Penunjuk Suhu :

  • Penunjuk jenis meter Analog.
  • Penunjuk Lampu.
  • Penunjuk jenis digital.

9 Temperature Sensor

Temperature Sensor
  • Berfungsi untuk menghantar isyarat suhu kepada meter suhu dan untuk memusingkan kipas radiator.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Kegagalan isyarat sensor yang tidak dihantar ke meter suhu menyebabkan suhu enjin meningkat.
  • Mengakibatkan motor kipas radiator tidak berfungsi/lambat berpusing.

Anda Boleh Membuat Rujukan Disini : Temperature Sensor Kereta.

Jenis Motor Kipas Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Jenis Temperature Sensor Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Jenis Thermostat kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini dapat membantu anda dalam mengenal setiap fungsi komponen sistem penyejukan enjin kereta anda serta kesan kerosakan agar prestasi serta jangka hayat enjin kereta sentiasa terjaga !

Baca Juga : 4 Tanda Radiator Cap Rosak Pada Kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *