4 Tanda Absorber Mounting Rosak Pada Kereta

Anda sedang mencari tanda absorber mounting rosak?

Sukar untuk mengesan tanda kerosakan ?

Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tanda – tanda kerosakan pada absorber mounting dengan mudah dan senang untuk difahami.

Berikut Merupakan Tanda Absorber Mounting Rosak :

1 Bunyi Pada Bahagian Hadapan

Terdapat bunyi
  • Terdapat bunyi besi berlaga ketika dalam pemanduan.
  • Untuk kerosakan teruk, bunyi besi berlaga ini dapat didengar ketika memusingkan steering.
  • Untuk sesetengah kenderaan, terdapat bunyi ” GUK ” apabila melalui speed bump.
  • Hantar kereta anda dibengkel untuk pemeriksaan.
  • Tukarkan Absorber Mounting baharu.

2 Kenderaan Rendah Pada Bahagian Hadapan

Kenderaan rendah daripada biasa
  • Kenderaan akan kelihatan rendah pada pada hadapan.
  • Ini kerana, absorber mounting bush rosak dan mengakibatkan bush akan terangkat keatas dan kenderaan menjadi rendah daripada biasa.
  • Jika strut absorber senget ke bahagian dalam enjin, ini menyebabkan kedudukan steering senget semasa dalam pemanduan.
  • Tukarkan absorber mounting baharu.
  • Jika kerosakan serius, strut akan menembusi akan menembusi mounting.

Anda boleh membuat rujukan disini : Absorber Mounting Kereta.

3 Bunyi Kasar Semasa Pusing Steering

Bunyi kasar ketika pusingkan steering
  • Apabila memusingkan steering dalam keadaan statik, steering mengeluarkan bunyi kasar.
  • Ini bermakna bearing pada absorber mounting telah rosak.
  • Periksa bearing pada absorber mounting.
  • Gantikan absorber mounting baharu.

4 Pemeriksaan Visual

Kerosakan pada Absorber Mounting Bush
  • Pemeriksaan visual boleh dilakukan dengan memeriksa keadaan absorber mounting.
  • Periksa keadaan bush, jika ia terangkat ke atas ini bermakna absorber mounting perlu ditukar.
  • Absorber mounting bush akan bergoyang.
  • Keretakan/pecah pada absorber mounting bush.
  • Pusingkan absorber mounting bearing, jika terdapat kekasaran atau tersekat semasa dipusing, tukarkan absorber mounting baharu.

Penyebab Utama Kerosakan Absorber Mounting :

  • Jangka hayat penggunaan.
  • Menampung berat kereta untuk tempoh masa yang lama.
  • Cara pemanduan serta keadaan jalan raya yang dilalui.

Jenis Absorber Mounting Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Baca Juga : 8 Kesan Absorber Rosak Pada Kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *