Toyota Avanza Terbaru Tahun 2022

Toyota Avanza 2022 kini telah dilancarkan di Indonesia dengan pelbagai pembaharuan !

Pasaran Indonesia telah menerima Toyota Avanza 2022 yang merupakan generasi ketiga mpv.

Google Ads

Avanza 2022 telah dilancarkan bersama versi yang lebih sporty iaitu Veloz.

Jika dibandingkan dengan keluaran sebelumnya, terdapat perubahan besar dalaman dan luaran kereta ini.

Berikut merupakan perubahan yang telah diperbaharui :

1 Size Kereta

Saiz kereta Toyota Avanza baru

Dengan menggunakan Platform DNGA ( Daihatsu New Global Architecture ) , saiz badan kereta ini kelihatan lebih besar daripada sebelumnya.

  • Tidak menggunakan rangka Ladder Frame dan pacuan belakang.
  • Panjang kereta 4,395 mm.
  • Lebar kereta 1,730 mm.
  • Tinggi 1,665 atau 1,700 mm berbeza mengikut varian.
  • Jarak antara roda ditambah 95mm menjadikan 2,750 mm.

2 Exterior Kereta

Depan kereta
  • Toyota Avanza terbaru 2022 hadir dengan grill hadapan yang lebih besar dan berbentuk trapezoid.
  • Lampu utama LED berbentuk nipis dan tiris.
  • Reka bentuk perumah kabus direka semula seakan bentuk segi tiga.
  • Terdapat garisan lurus dibahagian sisi yang bersambung dari lampu hadapan ke lampu belakang melalui pemegang pintu.
  • Cermin sisi auto fold.
  • Rekaan bentuk wheel arch pada bahagian atas tayar.

3 Belakang Kereta

Belakang Kereta
  • Lampu LED belakang melintang menjadikan ia lebih kelihatan menarik.

4 Interior Kereta

Ruangan hadapan Toyota Avanza

Toyota Avanza terbaru 2022 hadir dengan rekaan dashboard yang baharu dan lebih menarik !

  • Touch Screen infotainment bersaiz 9 inci ( Radio,Usb dan Bluetooth ).
  • Varian terendah skrin infotaiment terapung bersaiz 7 inci.
  • Kawalan penyaman udara digital untuk semua varian standard.
  • Paking brek elektronik dan ciri auto hold.

5 Ruangan Belakang

toyota avanza terbaru
Ruangan tempat duduk belakang
  • Bahagian tengah cabin terpasang skirn paparan.
  • Hadir dengan 7 tempat duduk dengam mod sofa panjang.
  • Tempat duduk boleh dilaraskan ke hadapan dan ke belakang.
  • Ruangan cabin yang luas dan selesa.

6 Paparan Dashboard

toyota avanza terbaru
Paparan dashboard Avanza
  • Paparan meter Avanza 2022 menggunakan dua gabungan meter analog yang mengapit skrin MID ditengah.
  • Push start/stop.
  • Dilengkapi dengan butang kawalan audio dan penukaran informasi di skrin MID.

7 Enjin Dan Prestasi

toyota avanza terbaru
Prestasi enjin kereta
  • Ini merupakan Toyota Avanza pertama menggunakan pacuan hadapan.
  • Enjin masih tidak berubah iaitu 1.3L NR-VE dan 1.5L 2NR-VE.
  • Enjin 1.3L NR -NR NA DOHC 4 silinder dengan dual VVT-i menghasilkan 98 PS dan 121 NM tork.
  • Pilihan enjin hanya datang dalam transmisi 5-kelajuan.
  • Enjin 1.5 2NR -VE memberikan output 106 PS dan 137 NM tork.
  • 1.5L menawarkan dua pilihan transmisi iaitu 5-kelajuan manual dan cvt.

8 Ciri Keselamatan

Toyota avanza terbaru
Ciri – ciri keselamatan Toyota Avanza

Avanza 1.3L dan 1.5L menawarkan ciri keselamatan seperti :

  • ABS.
  • EBD.
  • VSC.
  • BA.
  • Hill Start Assist.
  • Air Bag.
  • Amaran pemakaian tali pinggang.
  • Avanza 1.5L menerima tambahan Penderia Parking Belakang,Penggera dan immobilizer.

Varian tertinggi Avanza 1.5L CVT TSS menawarkan ciri keselamatan Toyota Safety Sense seperti :

  • Pre-Collision System.
  • Front Departure Alert.
  • Lane Departure Assist.
  • Pedal Misoperation Control.
  • Rear Crossing Traffic Alert.
  • Blind Sport Monitoring.
  • T Intouch telematics system (pengesan lokasi kereta, geofencing, e-care maintenance).

9 Harga

Toyota Avanza Terbaru Tahun 2022
  • Toyota Avanza 2022 1.3E – 206.2 Juta Rupiah (RM60,173).
  • Toyota Avanza 2022 1.5G – Manual: 228.5 Juta Rupiah (RM66,673), Automatik: 241.4 Juta Rupiah (RM70,437).
  • Toyota Avanza 2022 1.5G CVT TSS – 264.4 Juta Rupiah (RM77,148).

Nantikan pasaran toyota avanza baru di malaysia !

Baca Juga : Cara Servis Toyota Avanza Dengan Mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *