10 Punca Masalah Kereta Semput

Masalah kereta semput berlaku pada kereta anda ?

Enjin kereta anda kurang pickup dan terasa berat ?

Sukar untuk mengesan kerosakan ?

Sebenarnya, banyak komponen dalam enjin yang menjadi penyebab masalah kereta semput.

Google Ads

Antara Punca Masalah Kereta Semput Adalah :

1 Tanda Spark Plug Kereta Rosak

Kerosakan pada spark plug
  • Masalah spark plug rosak adalah masalah yang sangat-sangat lazim berlaku.
  • Apabila plug menjadi rosak, spark yang terhasil menjadi lemah lalu mengakibatkan pembakaran udara / bahan api yang tidak sempurna.

2 Masalah Kabel Plug

Kerosakan pada kabel plug
  • Binaan dalaman kabel spark plug kebiasaannya diperbuat daripada serbuk karbon mampat.
  • Seiring perjalanan masa, kerosakan, kehausan dan penurunan prestasi akan berlaku.
  • Ini seterusnya menyebabkan penghantaran voltan tinggi ke spark plug terganggu lalu berakibat pembakaran udara / bahan api yang tidak sempurna.

3 Tanda Distributor Rosak

Kerosakan pada distributor
  • Masalah berkaitan distributor adalah masalah yang sangat-sangat lazim berlaku.
  • Tidak mengira sama ada distributor mekanikal (contact point) mahupun elektronik.
  • Bagi distributor mekanikal, masalah berkaitan contact point dan condenser (capacitor) yang sering terjadi.
  • Manakala bagi distributor elektronik, masalah berkaitan ignition coil binaan dalam yang sering berlaku.

4 Tanda Coil Plug Rosak

Kerosakan pada coil plug
  • Masalah ignition coil rosak memang sering terjadi.
  • Apabila coil mulai bermasalah, maka kesannya spark yang terhasil pada plug akan terganggu.
  • Ini seterusnya mengakibatkan pembakaran udara / bahan api di dalam silinder tidak sempurna.

5 Penapis Udara ( Air Filter ) Tersumbat

Air filter tersumbat/kotor
  • Masalah air filter tersumbat memang sering berlaku.
  • Sekiranya air filter digunakan terlalu lama, masalah tersumbat biasa terjadi.
  • Air filter yang tersumbat juga akan meningkatkan penggunaan bahan api.

6 Fuel Filter Tersumbat

Fuel filter tersumbat
  • Fuel filter yang telah digunakan terlalu lama juga boleh mendatangkan masalah.
  • Kebiasaannya masalah tersumbat akan terjadi.
  • Ini juga biasa menjadi penyebab masalah semput pada kereta.

7 Masalah Kaburator Tersumbat

Kaburator tersumbat/kotor
  • Masalah karburetor tersumbat sering juga terjadi.
  • Seiring perjalanan masa, kotoran dan mendapan biasa terbentuk di dalam karburetor.
  • Ini juga sering menjadi penyebab masalah kereta semput.
  • Karburetor perlu dibuka dan diservis.

8 Tanda Fuel Pump Rosak

Kerosakan pada fuel pump
  • Kerosakan berkaitan fuel pump kebiasaannya terbahagi kepada dua kategori.
  • Pertama, fuel pump yang rosak terus.
  • Jika fuel pump sepenuhnya rosak, ia akan berakibat enjin langsung tak boleh dihidupkan.
  • Kedua, tekanan pam tidak mencukupi.
  • Jika tekanan pam tidak mencukupi, ianya juga boleh menyebabkan masalah semput.
  • Enjin mungkin hidup dalam keadaan melahu (idle) tetapi akan semput apabila pedal throttle ditekan.
  • Adakalanya ujian tekanan fuel pump perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca masalah.

9 Masalah Fuel Injector

Masalah pada fuel injector
  • kegagalan fungsi normal fuel injector sememangnya boleh menyebabkan masalah semput.
  • Diantara penyebab-penyebab berkaitan seperti kerosakan, kotor, tersumbat dan kepincangan proses buka dan tutup injector itu sendiri.
  • Masalah-masalah ini juga boleh menyebabkan suntikan bahan api ke dalam silinder menjadi terlalu ‘rich’ atau ‘lean’.
  • Kepincangan suntikan bahan api ideal boleh mencetuskan lampu amaran check engine pada meter paparan pemandu.

10 Masalah Fuel Pressure Regulator

Masalah pada fuel pressure regulator
  • Sesuai dengan namanya sebagai pengatur tekanan,pressure regulator juga adalah salah satu komponen yang penting, terutama pada kenderaan fuel injection.
  • Fungsi utamanya adalah mengatur tekanan bahan api yang ideal dalam fuel system.
  • Kerosakan pressure regulator akan mengganggu suntikan bahan api yang ideal ke dalam silinder.
  • Ia juga menjadi salah satu penyebab masalah semput pada kenderaan.

Berikut Merupakan Jenis Komponen Penyebab masalah Semput Untuk Rujukan Anda :

Spark Plug Kereta :

Air Filter Kereta :

Fuel Filter Kereta :

Fuel Pump kereta :

Fuel Injector Kereta :

Fuel Pressure Regulator Kereta :

Semoga Post ini memberikan manfaat serta menjadi panduan kepada anda dalam memastikan enjin kereta anda sentiasa dalam prestasi yang terbaik!

Baca Juga : 4 Tanda Starter Kereta Rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *