5 Tanda Coil Plug Kereta Rosak

Anda sedang mencari tanda Coil Plug Kereta rosak ?

Sukar untuk mengesan kerosakan ?

Untuk pengetahuan anda, tanda kerosakan coil plug ini adalah hampir sama dengan kerosakan Spark Plug kereta.

Kerana, ianya termasuk dalam sistem Ignition kereta.

Untuk Post ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk mengenal pasti kerosakan Coil Plug pada kereta dengan mudah dan senang untuk difahami.

Google Ads

Berikut Merupakan Tanda  Kerosakan Coil Plug :

1 Enjin Kereta Bergegar

Enjin kereta bergegar
  • Enjin kereta bergegar semasa dihidupkan bukan hanya berpunca dari kerosakan Spark Plug, ia juga sebagai tanda awal kerosakan pada Coil Plug kereta anda.
  • Enjin kereta bergegar seperti 3 silinder yang berfungsi apabila pedal minyak ditekan ( Jerking ).
  • Periksa juga tahap kefungsian Spark Plug kereta anda.
  • Jika semua Spark Plug kereta anda telah ditukar baharu, kemungkinan Coil Plug atau Plug Cable kereta anda mengalami masalah.
  • Untuk kerosakan mounting enjin, gegaran enjin tidak sama seperti kerosakan Coil Plug kereta.

2 Enjin Kehilangan Kuasa

Enjin kehilangan kuasa
  • Enjin kehilangan kuasa apabila memecut dan terasa berat.
  • Ini adalah tanda coil plug kereta rosak yang sangat ketara.
  • Ini terjadi apabila jumlah elektrik yang dibekalkan oleh Coil Plug tidak mencukupi untuk Spark Plug bagi pembakaran dalam enjin.
  • Pastikan anda telah menukar semua Spark Plug kereta anda untuk memastikan kerosakan ini.
  • Periksa juga Cable Plug kemungkinan terdapat kebocoran arus elektrik yang mengakibatkan jumlah elektrik tidak cukup untuk Spark Plug berfungsi dengan sempurna.

3 Enjin Sukar Dihidupkan

Enjin kereta sukar dihidupkan
  • Sampai pada satu tahap, enjin kereta sukar dihidupkan.
  • Ini disebabkan oleh Kerosakan 2 atau 3 Coil Plug dan tiada pembakaran dalam enjin.
  • Periksa juga Cable Plug, fius dan Spark Plug kemungkinan mengalami kerosakan.
  • Apabila Ignition Coil Plug rosak, Spark pada Plug akan terganggu seterusnya akan mengakibatkan pembakaran dalam enjin tidak sempurna.

4 Enjin Kereta Semput

Coil plug retak/ tanda coil plug kereta rosak
Kerosakan pada ignition coil plug
  • Kerosakan Ignition Coil plug juga akan mengakibatkan enjin semput kerana Misfire Cylinder dalam enjin.
  • Periksa juga Plug dan Cable Plug kereta anda kemungkinan mengalami kerosakan.

5 Kerosakan Sambungan Wiring

Kerosakan wiring/ tanda coil plug rosak
Kerosakan sambungan soket / wiring
  • Fungsi Coil Plug adalah untuk mengagihkan api pada Spark Plug untuk pembakaran lengkap enjin.
  • Kerosakan sambungan wiring atau soket penyambung boleh mengakibatkan Coil Plug tidak dapat berfungsi dengan baik.
  • Sebelum menukar Coil Plug, pastikan sambungan soket dan wiring Ignition system dalam keadaan baik.

Punca Kerosakan Ignition Coil Plug :

1 Kebocoran Minyak

Terdapat minyak/ tanda coil plug kereta rosak
Terdapat minyak pada coil plug
  • Kebocoran Cover Head Gasket mengakibatkan minyak masuk ke ruangan Spark plug dan Coil Plug.
  • Ini mengakibatkan kerosakan pada Coil Plug kerena terdedah pada minyak.
  • Gantikan Coil Plug baharu.

2 Jangka Hayat

Kerosakan Coil/ tanda coil plug kereta rosak
Jangka hayat penggunaan
  • Apabila sampai kepada tahap maksimum penggunaan, coil plug akan rosak.
  • Selalunya jangka hayat penggunaan Coil Plug adalah lama jika diselenggara dengan betul.
  • Pastikan ia tidak terdedah kepada air atau minyak untuk penggunaan lebih lama.

Jenis Ignition Coil Plug Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Anda boleh juga melihat jenis coil plug kereta disini : Jenis Ignition Coil Plug.

Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk memastikan Ignition Coil Plug kereta anda sentiasa dalam keadaan yang baik !

Baca Juga : 4 Tanda Timing Chain Rosak Pada Kereta.

5 Comments

  • momochitachi@gmail.com' Khairil

    Assalamuailaikum….nak tanya masalah kereta viva berkenaan dengan takde spark Dari ignition plug 2 Dan 3 ignition plug nombor 1 Ada spark cuma 2 Dan 3 takde spark Minta pendapat mana pomen yg pernah mengalami masalah seperti ini

    • Terima kasih En.khairil atas soalan anda.
      Untuk masalah kereta anda, sebaiknya tukar coil plug baharu.
      Periksa juga sambungan soket atau wiring kemungkinan putus atau longgar.
      Periksa juga keadaan plug kereta anda.
      Terima kasih.

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Untuk masalah kereta anda, Pastikan dahulu spark plug dalam keadaan baik.
      kemudian periksa cable plug kemungkinan rosak, expire atau putus ( bahagian dalam ).
      Periksa serta bersihkan distributor cap ( metal contact ) dan distributor rotor kemungkinan terdapat karat yang mengakibatkan arus elektrik tidak sampai kepada plug.
      Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *