4 Tanda Timing Chain Rosak Pada Kereta

Anda sedang mencari tanda timing chain rosak ?

Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenal pasti  tanda Timing Chain  pada kereta rosak dan perlu diganti untuk mengelakan perkara yang lebih buruk berlaku kepada enjin kereta anda.

Untuk pengetahuan anda, Timing Chain mampu bertahan sehingga 400,000km perjalanan kereta anda atau lebih.

Selagi minyak enjin ditukar mengikut jadual yang betul, lagi lama Timing Chain bertahan.

Google Ads

Berikut merupakan tanda Timing Chain perlu ditukar :

1 Terdapat Bunyi Pada Enjin

Bunyi pada timing chain
  • Terdapat bunyi nyaring pada enjin semasa enjin dihidupkan.
  • Bunyi seperti ‘ krak’ krak ‘krak’ boleh didengar pada depan enjin semasa enjin hidup.
  • Ini bermakna Timing Chain longgar dan bergeselan dengan timing chain cover semasa berpusing.
  • Periksa juga bahagian komponen lain yang mungkin penyebab terjadinya bunyi ini.

2 Lampu Check Enjin Menyala

Lampu check enjin menyala
  • Banyak kemungkinan kerosakan komponen enjin yang menyebabkan lampu check enjin menyala.
  • Antaranya adalah Timing Chain yang longgar dan perlu ditukar.
  • Jika anda tidak pasti, hantar kenderaan anda di bengkel untuk scan diagnosis.

3 Jangka Hayat

Jangka hayat Timing Chain
  • Sebaiknya Timing Chain ditukar sebelum kenderaan mencapai 400,000km.
  • Ini untuk mengelakan perkara diluar jangkaan berlaku semasa dalam pemanduan.
  • Penjagaan enjin yang baik dapat membantu memanjangkan hayat pengunaan Timing Chain.

4 Enjin Tidak Dapat Dihidupkan

Enjin sukar dihidupkan
  • Sampai kepada satu tahap, enjin tidak dapat dihidupkan.
  • Ini disebabkan Timing chain longgar dan mengakibatkan terjadinya ‘ Timing Lompat’ ( gear sproket tersasar dari timing mark ).
  • Saya pernah mengalaminya sendiri pada kereta Perodua Kembara 1.3.
  • Tukarkan Timing Chain baharu sebelum perkara lebih teruk berlaku.

Jenis Timing Chain Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini memberikan banyak manfaat kepada anda dalam mengenal pasti tanda – tanda kerosakan timing chain kereta agar enjin kereta anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik !

Baca Juga : 12 Senarai Sport Light Kereta Terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *