5 Tanda Clutch Pump Rosak Pada kereta

Anda sedang mencari tanda clutch pump rosak pada kereta ?

Untuk post ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengenal pasti tanda kerosakan clutch pump pada kereta dengan mudah dan senang difahami.

Google Ads

Jenis clutch pump pada kereta :

Berikut merupakan tanda kerosakan clutch pump :

1 Clutch Pedal Rendah

Pedal clutch rendah
  • Pedal clutch rendah daripada sebelumnya dan mengakibatkan kesukaran penukaran gear.
  • Periksa kebocoran pada clutch master pump atas atau bawah ( gearbox ).
  • Disyorkan ganti 1 set clutch pump baru untuk pengunaan jangka panjang.

2 Terdapat Kesan Basah Pada Lantai

Terdapat kesan basah pada lantai
  • Terdapat kesan basah pada lantai dan mengakibatkan minyak clutch habis akibat kebocoran.
  • Periksa clutch master pump.
  • Gantikan clutch pump baru.

3 Minyak Clutch Berkurangan

Minyak clutch berkurangan
  • Minyak clutch berkurangan daripada level.
  • Periksa kebocoran pada clutch pump atas dan bawah jika berlaku kebocoran.
  • Tukarkan dengan clutch pump baru.

4 Clutch Pedal Kosong

Clutch pedal kosong
  • Pedal clutch terasa kosong apabila ditekan.
  • Ini bermakna berlaku kerosakan clutch master pump atas atau bawah.
  • Kemungkinan juga sistem perlu bleeding ( buang udara yang terdapat pada saluran hose ).
  • Untuk memastikan kerosakan, hantarkan kenderaan anda dibengkel untuk membuat pemeriksaan.

5 Pedal Clutch Turun Perlahan – lahan

Pedal clutch turun dengan perlahan – lahan
  • Pedal clutch turun dengan perlahan – lahan apabila ditekan kemudian terasa kosong.
  • Gear sukar untuk dimasukan selang beberapa minit apabila pedal clutch ditahan.
  • Pedal clutch perlu dipam untuk penukaran gear.
  • Ini bermakna terdapat kebocoran kit pada clutch muster pump atas.
  • Kerana cecair clutch tidak sampai ke clutch pump bawah untuk menolak release fork.
  • Cecair akan masuk semula ke tangki kerana kerosakan clutch pump kit.
  • Periksa juga flexible hose kemugkinan terdapat kebocoran atau kembung.
  • Tukarkan pump baru.

Cara bleeding pada clutch pump :

cara buang udara dalam sistem klac
  • Memerlukan 2 orang untuk melancarkan kerja.
  • Tekan pedal clutch sebanyak 5 kali kemudian tahan.
  • Longgarkan saluran hose pada clutch pump atas.
  • Jika kelihatan cecair clutch keluar tutupkan saluran hose.
  • Tekan pam clutch pump pedal sebanyak 5 kali kemudian tahan.
  • Buka nipple bleeding pada clutch pump bawah.
  • Keluarkan cecair sehingga buih tidak kelihatan.
  • Tutup bleeding nipple.
  • Uji kendalian clutch kereta anda.

Tips Penjagaan Sistem Klac :

  • Pastikan minyak clutch pada level yang betul.
  • Tukarkan minyak clutch jika terdapat kesan hitam atau mendapan.
  • Mendapan ini akan merosakan clutch seal kit.

Berikut merupakan contoh clutch pump kereta sebagai rujukan anda :

Mudah bukan ?

Semoga dengan adanya tanda clutch pump rosak yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memastikan sistem klac kereta sentiasa berfungsi dengan sempurna.

Baca Juga : 5 Tanda Clutch Kereta Habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *