6 Punca Lampu Kereta Malap

Lampu kereta anda malap atau tidak terang ?

Sukar untuk mengenal pasti punca kerosakan ?

Google Ads

Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai punca lampu kereta malap dengan mudah dan senang untuk difahami.

Antara Punca Kereta Malap Adalah :

1 Kerosakan Alternator

Kerosakan pada Alternator
  • Lampu akan menjadi tidak terang atau malap jika berlaku kerosakan pada alternator.
  • Ini kerana alternator tidak dapat membekal serta mengecas bateri dan menjejaskan kefungsian sistem elektrik kereta.
  • Untuk pastikan masalah ini, tanggalkan bateri terminal – ( ketika enjin hidup ), jika enjin mati bermakna alternator telah rosak.
  • Jika enjin tidak mati ini bermakna bateri, kabel atau sambung wiring rosak serta reput yang menjadi penghalang untuk sistem elektrik dan elektronik berfungsi dengan sempurna.

2 Kerosakan Ground Cable

Kerosakan pada Ground cable
  • Kebiasaanya ground cable daripada bateri akan reput apabila telah digunakan dalam jangka masa yang lama.
  • Kerosakan kabel ini akan menyebabkan arus elektrik tidak dapan disalurkan sepenuhnya dan mengakibatkan lampu menjadi malap serta sistem elektrik kereta tidak stabil.
  • Tukarkan kabel atau tambahkan ground cable untuk menguatkan serta menstabilkan arus elektik pada kereta.

3 Kerosakan Pada Fius

Kerosakan pada fius/kotak fius
  • Akibat penggunaan yang lama, kotak sambungan fius akan menghasilkan karat serta kekotoran.
  • Karat ini mengakibatkan arus elekrik yang disalurkan tidak mencapai tahap yang maksimum serta lampu akan menjadi malap.
  • Periksa semua fius lampu dan relay kemungkinan mengalami kerosakan.

4 Bateri Terminal Longgar/Berkerak

Bateri terminal longgar/berkerak
  • Kelonggaran pada bateri terminal akan menyebabkan cas bateri yang dibekalkan oleh alternator tidak mencukupi.
  • Ini mengakibatkan enjin tidak boleh dihidupkan ( seperti kerosakan bateri ) dan lampu kereta menjadi malap.
  • Periksa serta ketatkan sambungan terminal bateri.

5 Kerosakan Soket Sambungan Lampu

Kerosakan soket lampu
  • Terdapat kerak atau karat pada sambungan pin soket lampu.
  • Kekotoran pasa sambungan soket ini akan menghalang arus elektrik ke lampu dan mengakibatkan menjadi malap.
  • Periksa juga keadaan bulb.
  • Bersihkan serta tukarkan soket baru.

6 Kerosakan Pada Sambungan Wiring

Kerosakan Wiring lampu
  • Kerosakan pada sambungan wiring seperti reput, terbakar serta wayar hampir putus mengakibatkan lampu menjadi malap.
  • Periksa juga keadaan bulb kemungkinan telah rosak.
  • Periksa keseluruhan wayar lampu dan gantikan wayar yang rosak.

Jenis Alternator Kereta Sbagai Rujukan Anda :

Grounding Cable Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Head Lamp Wire Kit Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga Post ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti punca lampu kereta malap sebagai pemudah cara untuk anda membaikinya sendiri !

Baca Juga : 7 Tanda Alternator Rosak Pada Kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *