Tips cuci kereta Hingga Bersih dan Berkilat

 

Anda inginkan tips cuci kereta hingga bersih dan berkilat?

Sudah pastinya bukan.

Bagi yang memiliki kenderaan empat roda pastinya anda berasa stress dan tidak senang apabila kenderaan terlihat kotor biarpun baru sahaja mencuci beberapa hari yang lalu, betul kan?

Secara umumnya, kita tahu bahawa kenderaan perlu dicuci seminggu atau 2 minggu sekali apatah lagi kalau kita baru sahaja membeli kenderaan pasti mahu terlihat bersih dan berkilat.

Tapi anda tahu tak cara mencuci yang betul jika mahu kelihatan berkilat seperti dihantar ke car wash?

Kalau nak tahu, mari ikuti saya dalam post ini untuk mengetahui tips mencuci kereta yang betul.

Cara Mencuci Kereta Hingga Bersih Dan Berkilat

Berikut merupakan cara yang betul mencuci kereta hingga bersih dan berkilat.

Google Ads

1 Pemilihan Sabun / Shampo kereta

gunakan span
Pemilihan shampoo kereta
  • Pemilihan sabun amat penting bagi yang mencuci kereta secara manual kerana terdapat beberapa jenis sabun yang tidak disarankan untuk digunakan. Sebagai contoh, sabun pencuci pinggan!
  • Anda boleh mengunakan sabun yang lain tetapi bukan sabun cuci pinggan kerana ia mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat hingga boleh menyebabkan warna cat kereta lebih cepat pudar.
  • Untuk memudahkan kerja membasuh, anda boleh mula membasuh kereta dari  atas hingga ke bawah.
  • Siram dahulu kereta anda sebelum memulakan basuhan dengan sabun.

Pilihan shampoo kereta :  shampoo kereta.

2 Gunakan Kain / Span

peralatan membersihkan kereta
Gunakan Kain / span yang lembut
  • Anda boleh gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta kesayangan.
  • Mula-mula, gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta.
  • Dengan menggunakan kain mikrofiber lebih banyak kelebihannya seperti menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta selain memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah

3 Baldi

gunakan baldi
Gunakan baldi
  • Untuk membasuh kereta, anda boleh gunakan 2 baldi bagi memudahkan kerja mencuci.
  • 1 baldi digunakan untuk sabun, manakala 1 baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yang digunakan untuk menyental kotoran.

4 Bilas

bilas kereta
Bilas kenderaan anda
  • Bilas dahulu kereta anda sebelum mula membersihkan bahagian rim dan tayar.
  • Anda perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.

5 Guna Berus Tayar

gunakan berus tayar
Berus tayar kereta
  • Untuk membersihkan rim dan juga tayar, anda boleh gunakan berus tayar.
  • Gosokkan sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake.
  • Elakkan guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk membersihkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.

6 Proses Pengeringan

keringkan kereta
Keringkan kereta anda
  • Proses ini, anda boleh basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta.
  • Anda juga boleh gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering.
  • Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering

7 Lap Dengan Teliti

lap dengan teliti hingga berkilat
Lap dengan teliti

  • Anda jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta.
  • Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut.
  • Untuk cermin pula anda dinasihatkan untuk guna kain baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.

8 Vakum

vaccum habuk hingga bersih
Vakum kenderaan anda
  • Selepas selesai mencuci dan membersihkan kereta di bahagian luar, jangan lupa juga membersihkan bahagian dalam kereta.
  • Gunakan vakum untuk menyedut segala kotoran di bahagian kusyen, tempat letak kaki dan papan pemuka.

Sekarang ini cuba lihat hasilnya, kereta anda sudah terlihat berkilat dan juga bersih, bukan? Tidak sia-sia anda belajar tips cuci kereta hingga bersih dan berkilat ini.

Hasilnya sudah kelihatan, betul kan? Tunggu apa lagi jom mula cuci kereta anda  hari ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *