4 Tanda Compressor Aircond kereta Rosak

Compressor aircond kereta anda rosak?

Sukar untuk memastikan sama ada ia berpunca daripada aircond compressor atau komponen lain?

Dalam post ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana mengesan tanda compressor aircond kereta rosak dengan mudah dan sangat senang untuk difahami.

Sebelum itu, saya ingin terangkan jenis – jenis aircond compressor :

Terdapat 3 Jenis Aircond Compressor :

Compressor Magnet Clutch banyak digunakan di malaysia.

Contoh kenderaan yang menggunakan Compressor Magnet Clutch :

  • Honda Stream.
  • Proton Wira.
  • proton Saga.
  • Toyota avanza/myvi.
  • Perodua Alza.

Google Ads

Berikut merupakan tanda Compressor Aircond Kereta Rosak :

1 Bunyi Bergeseran Apabila Aircond Dihidupkan

Kerosakan pulley bearing / tanda compressor aircond kereta rosak
Kerosakan pada aircond pulley bearing.
  • Terdapat bunyi pada compressor apabila suis aircond dihidupkan.
  • Bunyi seperti besi bergeseran pada aircond compressor.
  • Periksa keadaan compressor jika terdapat habuk besi dan keledak hitam.
  • Kemungkinan besar pulley bearing rosak dan menyebabkan bunyi bising.
  • Hantarkan kereta anda di bengkel untuk pemeriksaan.

2 Bunyi Compressor Kasar

Bunyi kasar pada aircond compressor
  • Normalnya bunyi aircond compressor adalah senyap.
  • Jika berlaku bunyi kasar pada compressor aircond kemungkinan komponen dalaman telah rosak.
  • Apabila bearing atau piston compressor longgar/rosak ia mengeluarkan bunyi yang kuat.
  • Disyorkan anda tukar compressor baru¬† untuk penggunaan jangka panjang.

3 Enjin Kereta Mati apabila Suis Aircond Dihidupkan.

Enjin kereta mati apabila suis aircond dihidupkan.
  • Enjin kereta mati secara tiba – tiba apabila suis aircond dibuka.
  • Ini bermakna komponen dalaman compressor jammed.
  • Selalunya terjadi pada bearing dan piston compressor.
  • Tukarkan aircond compressor baru.

4 Kerosakan Pada Magnet Clutch

kerosakan magnet clutch/tanda compressor aircond kereta rosak
Kerosakan pada aircond magnet clutch
  • Akan berlaku sekejap sejuk dan sekejap tidak sejuk.
  • Ini disebabkan tiada cengkaman pada magnet clutch untuk memusingkan compressor.
  • Perlu OFF kemudian ON suis aircond baru aircond sejuk.
  • Jika ini terjadi pada kereta anda, segeralah ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Operasi Sistem penyaman udara kereta :

cara operasi aircond pada kereta.

Klik disini untuk melihat jenis -jenis compressor aircond :

Sangat mudah bukan ?

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti tanda compressor aircond rosak pada kereta anda.

kongsikan untuk memberikan banyak manafaat kepada semua orang.

Baca Juga : 16 Tips Penjagaan Kereta Anda.

2 Comments

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Jika compressor aircond rosak bunyi akan kedengaran sebaik saja enjin dihidupkan atau aircond dipasang.
      Periksa Crankshaft pulley dan Water pump pulley kemungkinan bergeseran dengan Timing Belt Cover.
      Periksa juga keadaan belting kemungkinan kendur atau mengalami kerosakan.
      Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *