Cara Servis Starter Kereta Kancil

Starter kereta kancil anda rosak ?

Anda ingin servis sendiri tetapi kurang mahir ?

Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda khasnya kepada pemilik kereta Perodua Kancil tentang cara – cara untuk servis starter kereta kancil dengan mudah dan senang untuk difahami.

Sebelum itu, anda perlu mengetahui tanda – tanda kerosakan starter :

  • Start kosong.
  • Bunyi ‘ Tak’ Tak’ pada starter kadang kala pusing dan tidak berpusing.
  • Starter berpusing tetapi tidak memusingkan flywheel.
  • Enjin berat ketika hendak dihidupkan.

Berikut Merupakan Langkah – Langkah Untuk Servis Starter :

1 Buka Terminal Bateri

Buka terminal Bateri
  • Sebelum membuka starter, terminal bateri perlu dibuka terlebih dahulu untuk mengelakan litar pintas yang boleh merosakan komponen lain.
  • Disyorkan anda keluarkan bateri dari kereta untuk lebih ruangan dan keselesaan semasa membuka starter.

2 Buka Sambungan Wiring Starter

Buka sambungan Wiring
  • Buka sambungan wiring yang terpasang pada starter.
  • Wayar ini termasuk Motor Feed Terminal dan Starter Control Circuit.
  • Gunakan spanar size 12.

3 Buka Nut Sambungan Starter

Buka nut sambungan Starter
  • Dengan menggunakan box size 14, buka nut sambungan starter ke gearbox.
  • Untuk nut panjang starter, buka dengan lebih teliti kerana ianya adalah bolt dan nut.
  • Pastikan nut tidak jatuh ataupun hilang.
  • Ruangan untuk pemasangan semula nut ini adalah sempit, ia perlu pasang dengan lebih berhati – hati.

4 Keluarkan Starter Dari Enjin

Keluarkan Starter
  • Tanggalkan starter daripada sambunga gearbox.
  • Keluarkan starter dengan cermat.

5 Buka Nut Starter Housing

Buka nut Starter Housing
  • Dengan menggunakan spanar size 8 buka nut sambungan housing sepenuhnya.
  • Jika nut keras, semburkan sedikit WD40 untuk mengelakan nut daripada patah.

6 Buka Armature Assembly

Buka nut Armature Assembly
  • Untuk membuka armature, anda perlu buka nut pada Solenoid dengan menggunakan spanar size 10.
  • Bersihkan sepenuhnya komponen ini untuk melancarkan kefungsian starter.

7 Periksa Keadaan Carbon Brush

Periksa Carbon Brush
  • Periksa keadaan carbon Brush.
  • Jika dilihat pada gambar ini, ini adalah kancil model tahun 2003 yang belum pernah diservis.
  • Kelihatan Carbon Brush atas dan bawah perlu diganti manakala kiri kanan masih tebal.
  • Untuk penggunaan jangka panjang, gantikan Carbon Brush baharu.

8 Periksa Keadaan Field Coil

Periksa Field Coil
  • Bersihkan permukaan Field Coil dari sebarang kekotoran.
  • Biasanya kotoran ini terhasil daripada habuk Carbon Brush, gris dan geseran daripada bearing.

9 Bersihkan Semua Komponen

Bersihkan semua komponen starter
  • Bersihkan semua komponen dalaman starter.
  • Anda boleh menggunakan cecair degreaser atau petrol untuk mendapatkan hasil yang baik.
  • Apabila semua komponen telah dibersihkan, pastikan ia kering sepenuhnya sebelum dipasang bagi mengelakan berlaku litar pintas dalam starter yang menyebabkan kerosakan.

10 Periksa Commutator

Periksa Commutator
  • Periksa keadaan Communtator.
  • Gambar ini menunjukan keadaan Commutator terdapat kesan terbakar akibat penggunaan jangka masa yang lama.
  • Bersihkan permukaan Commutator.

11 Bersihkan Commutator

Bersihkan Commutator
  • Bersihkan permukaan Commutator dengan menggunakan kertas pasir yang halus untuk mendapatkan hasil yang baik.
  • Pastikan alur pada Commutator dibersihkan.

12 Sapukan Gris Pada Shaft

Sapukan gris pada Shaft
  • Sapukan sedikit gris pada permukaan Shaft Gear untuk melancarkan pergerakan Shift lever.

13 Sapukan Gris Pada Rear Housing Bearing

Sapukan gris pada Rear Housing Bearing
  • Sapukan sedikit gris pada Rear Housing Bearing.
  • Ini untuk melancarkan pergerakan pusingan starter.

14 Sapukan Gris Pada Front Housing Bearing

Sapukan gris pada Front Housing Bearing
  • Sapukan juga sedikit gris pada Front Housing Bearing bagi tujuan kelancaran pergerakan starter apabila ia berpusing.
  • Periksa juga keadaan niddle bearing, jika terlalu longgar gantikan bearing baharu.

15 Pasang Semula Komponen Starter

Pasang semula Komponen Starter
  • Pasangkan semua komponen starter seperti mana anda membuka dari awal.

16 Lakukan Ujian Kefungsian Starter

Lakukan pengujian pada starter
  • Sambungkan kabel dari terminal bateri + ( Positif ) ke bahagian Motor Feed Terminal.
  • Sambungkan Kabel – ( Negatif ) dari bateri ke bahagian body starter.

17 Cara Sambungan Pengujian Starter

Cara sambungan pengujian
  • Sambungan wayar daripada Motor Feed Terminal kepada Sarter Control Circuit.
  • Ini membolehkan pinion gear tertolak ke depan dan memusingkan starter.
  • Jika Starter berfungsi dengan kelajuan yang sempurna, ianya boleh dipasang pada kenderaan.
  • Kebaikan untuk melakukan ujian ini sebelum dipasang ke kereta adalah untuk mengelakan anda membuat kerja yang berulang sekiranya starter tidak berfungsi.

Jenis Starter Kereta Kancil Sebagai Rujukan Anda :

Jenis Carbon Brush Kereta Kancil Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini dapat membantu anda, terutamanya dalam melakukan kerja rombak rawat starter Perodua Kancil kesayangan anda !

Baca Juga : 4 Tanda Starter Kereta Rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *