Senarai Enjin Kereta Terbaik di Malaysia 2021

Anda ingin mencari info tentang senarai enjin kereta terbaik di Malaysia 2021?

Berikut merupakan senarai enjin kereta terbaik di Malaysia 2021 yang berada di pasaran.

Google Ads

Sebelum itu, kita lihat sejarah pembangunan enjin kereta.

Enjin kereta moden selalunya dibangunkan untuk mempunyai jangka-hayat sekitar 15 tahun / 250,000 km; dengan syarat anda patuh dengan amalan penjagaan yang disarankan dalam buku panduan pemilik.

Yang pastinya, ada banyak kereta yang boleh tahan lebih lama.

Masalah yang dihadapi dalam mencari enjin yang boleh diharap adalah kerana ia selalunya enjin yang ada paling sedikit ciri-cirinya.

Tiada jalan mudah tentang perkara ini – enjin yang lebih rumit dan lebih tinggi toleransinya, lebih tinggi peluangnya untuk menghadapi masalah.

Oleh itu, senarai di bawah ialah pilihan saya untuk enjin yang paling dipercayai yang boleh didapati dalam model-model kereta yang dijual sekarang.

1 Isuzu RZ4E-TC 1.9 BluePower Ddi

Enjin isuzu 1.9 blue power
Isuzu RZ4E-TC 1.9 BluePower Ddi

Secara ringkasnya, semua trak pikap Jepun adalah terbaik.

Antara Toyota Hilux, Mitsubhisi Triton dan Isuzu D max, perkara yang membezakan mereka adalah posisi kedudukan mereka dalam spektrum gaya hidup lawan.

Antara ketiga-tiga model ini, enjin yang paling ‘workhorse-oriented’ atau dimaksudkan untuk bekerja keras ialah Isuzu D-Max.

Tanpa perlu risau tentang mencari trak yang cantik berserta kuasa yang lebih.

RZ4E-TC dibangunkan dengan fokus jelas pada perkara yang paling penting dicari oleh pemilik perniagaan – kos perjalanan yang rendah serta kebolehpercayaan yang amat tinggi.

Isuzu 1.9

Tiada yang ‘fancy’ pada enjin D-Max.

Semua ciri-ciri yang ia ada, sama dengan pesaingnya.

Ia cuma dibina untuk bekerja dengan jangkamasa yang lama dan akan berfungsi dengan baik walaupun diisi dengan apa jua minyak diesel sekalipun.

Isuzu 1.9 Blue Power

Kalau anda lihat di Sabah atau Sarawak, atau Thailand, dan anda akan jumpa D-Max dari semua generasi dengan jarak tempuh lebih 400,000 km pada odometernya.

Enjin BluePower Ddi 1.9 liter mungkin sesuatu yang baru di Malaysia.

Tetapi ialah telahpun dijual di Thailand sejak 2015 – cukup lama untuk membuktikan ketahanannya.

Isuzu ialah pengilang enjin terbesar di dunia.

Tiada lagi pengilang yang boleh membina enjin diesel yang lebih baik dan lebih tahan daripada Isuzu.

2 Subaru F20

 

Toyota mungkin lebih sinonim dengan ketahanan tetapi sebenarnya, Subaru juga boleh tahan lasak.

Tiada yang istimewa pada enjin ‘boxer’ FB20 2.0-liternya.

Ia tiada pengecas turbo, tetapi sekurang-kurangnya ia ada suntikan langsung (direct injection) yang boleh menjana 156 PS pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm.

Walau dengan kekurangannya, ia adalah antara enjin yang paling boleh dipercayai.

subaru fb20

Subaru adalah syarikat yang menyasarkan rekod kelajuan yang berlainan jenis.

Pada tahun 1989, Subaru Legacy menempa rekod ketahanan dunia bagi pemanduan pada kelajuan maksimanya untuk 100,000 km, secara puratanya pada 223 km/jam.

Syarikat tersebut tahu serba sedikit tentang membina sesuatu yang tahan lama, mungkin lebih baik lagi berbanding Toyota.

Dari segi mekaniknya, kereta Subaru sangat boleh dipercayai tetapi ini tidak bermaksud yang ia murah untuk dijaga.

Sifat enjin ‘boxer’ adalah kerja-kerja pembaikan mudah seperti mengganti ‘spark plug’ boleh jadi sesuatu yang sukar dan rumit.

Dengan tiga ‘differentials’ yang ada, Subaru XV dan Forester yang ‘all-wheel drive’ juga mempunyai kos yang tinggi sedikit untuk kerja servis.

Tetapi, kebaikannya ialah anda akan dapat pemanduan yang sangat bertahap tinggi dan kawalan yang tidak dapat ditemui pada Toyota atau Honda yang setaraf.

Sejarah enjinSubaru FB20

3 Honda L15A i-VTEC

Enjin Honda VETC

Mula dilancarkan di Malaysia pada tahun 2008 dalam Honda City generasi GM2, enjin i-VTEC L15A ‘naturally-aspirated’ 1.5 liter ialah enjin yang sangat lama.

honda
Honda City

Ia juga tidak berapa canggih dengan hanya SOHC.

Bila ia mula-mula diperkenalkan, peminat tidak berapa kagum dengan enjin i-VTEC. Walaupun ia lebih cekap bahan api, ia bukanlah sesuatu yang dicari ‘boy racers’.

Lebih 10 tahun selepas itu, L15A ialah antara enjin berkapasiti kecil yang paling banyak digunakan di Malaysia, diperbaiki oleh Perodua’s 3SZ-VE dan 2NR-VE .

Honda jazz silver

Enjin L15A yang boleh dipercayai ini juga adalah salah satu sebab mengapa Honda City GM2 masih lagi dicari-cari dan mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kereta terpakai.

Kuasa (120 PS pada 6,600 rpm) dan tork kekal sama sejak 10 tahun yang lalu.

Tetapi pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk membuatkannya lebih cekap petrol dan lebih responsif.

Tork tertinggi iaitu 145 Nm kini dicapai pada 4,600 rpm, 200 rpm lebih awal berbanding ketika ia pertama kali dilancarkan.

Honda jazz
Honda Jazz

Honda City/Jazz yang terkini tidak sentiasa berada di indeks teratas dalam kepuasan pelanggan (ia didominasi Toyota Vios/Yaris).

Walaupun terdapat beberapa isu kualiti pada City/Jazz, kemungkinan yang masalah tersebut berpunca daripada enjin adalah sangat kecil.

4 Honda R18 Series

Honda R18

Enjin TC-P 1.5L dengan pengecas turbo pada Honda Civic sering dipuji, tetapi varian 1.8S ‘naturally-aspirated’ 1.8 liter adalah pilihan yang cukup baik.

Ia mempunyai semua ciri-ciri keselamatan yang diperlukan  6 beg udara, ISOFIX, ESC (VSA), Auto Brake Hold, Hill Start Assist – cuma kekurangan ADAS Sensing dan kamera Lanewatch yang mengurangkan titik-buta.

Hasilnya, anda akan jimat lebih RM 25,000.

Honda warna putih
Honda R18 series

Enjin i-VTEC SOHC yang sederhana ini ialah unit yang terbukti bagus dan telah diguna pakai untuk lebih 10 tahun semenjak Civic generasi FD.

Untuk gambaran yang lebih jelas lagi, R18 telah ‘hidup’ lebih lama berbanding K20.

Honda kereta peronda polis
Sumber:google

PDRM juga telah memilih untuk menggunakan Civic 1.8S selain daripada Civic 1.5 TC-P turbo untuk tugas rondaan jarak jauh mereka.

Enjin yang sama digunakan pada Honda HR-V (varian bukan hibrid).

5 Nissan HR16DE

Nissan HR16DE ( senarai enjin kereta terbaik di malaysia 2021

NV200 dibina di atas kepercayaan umum terhadap C22 Nissan Vanette yang mempunyai reputasi ketahanannya yang tersendiri.

HR16DE ialah enjin yang sangat mantap dan lebih mengejutkan,

Enjin DOHC dan ‘variable valve timing’.

Penghantaran kuasanya sangat lancar dengan pengagihan tork yang cukup meluas.

HR16DE juga dahulu digunakan pada Nissan Latio dan Nissan Grand Livina.

Enjin nissan ( senarai enjin kereta terbaik di malaysia 2021 )

6 Toyota/Daihatsu 2NR-FE/2Nr Dual VV-i

MYVI baru ( senarai enjin kereta terbaik di malaysia 2021 )
Sumber: Produa

Enjin petrol  biasa digunakan di pasaran Malaysia kini, dimana ia digunakan oleh 5 model berlainan.

Walaupun ia mempunyai kod enjin yang berbeza, 2NR-FE/2NR-VE Dual VVT-i adalah enjin yang sama.

Ini merupakan antara senarai enjin kereta terbaik di malaysia 2021!

Enjin myvi baru ( senarai enjin kereta terbaik di malaysia 2021
Sumber: google

Pengakhiran ‘FE’ digunakan pada kereta yang dihasilkan oleh Toyota, manakala akhiran ‘VE’ pula adalah untuk kereta yang dihasilkan Daihatsu/Perodua.

Sebagai contoh, enjin Toyota Rush dan Toyota Avanza menggunakan akhiran ‘VE’ kerana enjin Rush dibuat oleh Perodua manakala enjin Avanza pula diimpot daripada kilang Daihatsu di Indonesia.

Toyota avanza baru ( senarai enjin kereta terbaik di malaysia 2021
Toyota Avanza

Toyota Avanza/Daihatsu Xenia dan Toyota Rush/Daihatsu Terios adalah kereta paling laris di Indonesia, iaitu pasaran kereta terbesar ASEAN.

Keadaan jalanraya di Indonesia agak mencabar.

Avanza/Xenia dan Rush/Terios selalunya dipandu dalam keadaan padat, di atas bentuk muka bumi yang kasar.

Ia dipacu pula dengan enjin yang kecil tapi lincah seperti 2NR-FE/2NR-VE 1.5 liter ini.

Toyota Vios baru ( senarai enjin kereta terbaik di malaysia 2021

Pendahulu DVVT Perodua, iaitu 3SZ-VE 1.5 liter boleh membuat pengakuan yang serupa.

Ia masih digunakan pada Perodua Alza dan Daihatsu Gran Max  tidak secanggih 2NR-VE Dual VVT-I, tetapi cukup atau lebih tahan lasak.

Enjin toyota vios ( senarai enjin kereta terbaik di malaysia 2021

7 Toyota 2AR-FE VVT-i

Apabila Toyota Camry generasi XV70 terkini diperkenalkan di Malaysia.

Ia dicaci kerana harganya yang jauh lebih tinggi (RM 196,888, dengan cukai jualan) tetapi masih mengekalkan enjin 2AR-FE yang semakin berumur dari generasi sebelumnya iaitu Camry XV50 yang dilancarkan pada tahun 2012.

Toyota camry ( senarai enjin kereta terbaik dimalaysia 2021

Enjin tersebut sebenarnya lebih berumur daripada yang diperkatakan, dihasilkan pada generasi XV40 yang lebih awal lagi iaitu Camry pasaran AS (2009).

Enjin ini juga amatlah asas sehinggalah Camry menjadi satu-satunya model dalam segmennya yang masih menggunakan ‘port fuel injection’.

Semua kereta lain termasuklah Volkswegen Passat, Honda Accord, dan Mazda 6 2.5L menggunakan ‘direct fuel injection’ yang lebih moden.

Samada ia berbaloi atau tidak bukanlah persoalannya sekarang (Honda Accord 1.5 TC-P sudah padan dengan tawaran diberi Camry, menambah enjin yang lebih terkini).

Tetapi, satu perkara yang kekal benar hingga sekarang  ia barangkali tidak akan setahan atau selasak rakan-rakannya yang lain.

Ia mempunyai reputasi yang dibina lebih sedekad lalu dan menguasakan banyak lagi model-model Toyota yang dihasilkan dengan banyak, termasuklah Alphard/Vellfire dan RAV4 generasi sebelumnya serta Lexus ES.

Inilah senarai enjin kereta terbaik di malaysia 2021  yang boleh berfungsi dengan baik dalam jangka-hayat yang cukup lama.

Dengan syarat, anda haruslah kekalkan penjagaan kenderaan, patuh dengan saranan langkah penjagaan daripada pengilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *