Cara Reset Timing belt Toyota Hiace dan vigo

padam simbol timing belt hiace/vigo ( cara reset timing belt toyota hiace dan vigo )

Berikut merupakan cara reset timing belt Toyota hiace dan vigo.

Anda pengguna van Toyota Hiace atau Vigo tahun 2005 – 2014?

Mungkin anda tercari – cari cara untuk reset/padam simbol timing belt pada meter dashbord?

Dalam Post ini, Saya kongsikan cara – cara reset timing belt Toyota Hiace dan Vigo pada meter dashboard dengan mudah tidak payah ke service center atau bengkel untuk reset, anda boleh membuat sendiri di rumah dan jimat kos.

Google Ads

Cara padam Timing belt Light pada  Toyota Hiace

Anda telah menggantikan Timing Belt dengan yang betul, tetapi lampu T-Belt tetap menyala.

Untuk pengetahuan anda, lampu T-Belt akan menyala apabila kenderaan anda telah bergerak sejauh 150 000 km, jadi selepas kenderaan anda bergerak sejauh itu secara automatik lampu warning Timing Belt akan menyala.

Ia tidak mempunyai sensor, ini disebabkan oleh timer dalam sistem.

Berikut merupakan cara-cara memadam atau “reset ” Timing  Warning light:

  •  Hidupkan enjin dan pilih “odo“.
  •  Matikan enjin.
  •  Tekan button ( pada meter ) dan tahan selama 5 saat, jangan lepaskan.
  •  Switch ‘on‘ enjin dan tekan button selama 10 saat lagi.
  •  Pemilih pelepasan, nombor 15 akan muncul.
  •  Tekan button sebanyak 15 kali.
  •  Tekan dan tahan button sehingga ‘odo‘ muncul semula.
  •  Hidupkan kenderaan, lampu T-belt padam.

Timing Belt Set Toyota Hiace sebagai rujukan anda :

Timing Belt Set Toyota Hiace.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *