3 Tanda Kerosakan Steering Clock Spring

Anda sedang mencari tanda kerosakan Steering Clock Spring pada kereta ?

Inginkan cara yang mudah untuk mengesan tanda kerosakan ini ?

Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tanda – tanda kerosakan Steering Spiral Clock Spring dengan mudah dan senang untuk difahami.

Sebelum itu, saya ingin menerangkan fungsi Steering Spiral Clock Spring.

Fungsi Steering Spiral Clock Spring 

  • Komponen penyambung arus elektrik kepada airbag, horn serta radio function pada steering wheel.
  • Komponen ini dipasang khas untuk kenderaan yang mempunyai SRS AIRBAG.

Tanda Kerosakan Steering Spiral Clock Spring :

1 Horn Tidak Berbunyi Langsung

Horn kereta tidak berfungsi
  • Horn kereta tidak berbunyi langsung apabila ditekan.
  • Periksa juga komponen lain seperti fius, horn serta sambungan wiring kemungkinan mengalami kerosakan.

2 Horn Berbunyi/Tidak Berbunyi

Horn kereta berbunyi/tidak berbunyi
  • Apabila memusingkan steering kiri atau kanan kekadang horn berbunyi dan kekadang tidak berbunyi.
  • Ini ada petanda kerosakan steering Clock Spring.
  • Periksa kerosakan dan gantikan Clock Spring baharu.

3 Srs Airbag Menyala/Berkelip

Lampu Airbag menyala
  • Sepatutnya apabila enjin kereta dihidupkan, lampu Airbag pada dashboard meter akan padam.
  • Periksa juga sensor Airbag kemungkinan mengalami kerosakan.
  • Jika lampu airbag masih berkelip, ini adalah petanda kerosakan pada Steering Clock Spring.
  • Jika anda biarkan masalah ini, sistem Airbag tidak akan berfungsi jika berlaku kemalangan pada kereta anda.

Berikut Merupakan Steering Spiral Clock Spring Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini memberikan banyak manfaat kepada anda, kongsikan untuk kebaikan bersama !

Baca Juga : 10 Tanda Fuel Pump Rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *