Alat Kecemasan yang Wajib dalam Kereta

kebakaran kereta ( contoh )

Sudahkah anda menyediakan set alat kecemasan yang wajib dalam kereta anda?

Kadang kala kita tidak terfikir untuk melengkapkan alat-alat keselamatan dalam kereta sendiri.

Mungkin disebabkan oleh ruang kenderaan yang sempit serta kita lebih utamakan kelengkapan lain selain daripada kelengkapan penting yang sepatutnya.

Sebenarnya alat-alat keselamatan ini perlu dititik beratkan dalam setiap kenderaan kerana peralatan inilah yang akan membantu kita jika terjadi perkara yang tidak diingini berlaku semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi.

Dalam post ini saya ingin senaraikan 4 peralatan kelengkapan kecemasan yang wajib ada setiap kenderaan.

Google Ads

Peralatan Kecemasan Yang Wajib Ada Dalam Kereta

Berikut merupakan antara peralatan kecemasan yang harus ada dalam kenderaan anda.

1 First Aid Box

First aid
First Aid Box
  • First Aid box ini mengandungi peralatan perubatan asas seperti pembalut luka,ubat luka,ubat sapu,gunting,kapas dan sebagainya.
  • Alat ini boleh digunakan disaat kita memerlukanya sebagai contoh tangan anda luka semasa menukar tayar.

Jenis First Aid Set Kereta: first Aid

2 Tanda Amaran Segitiga

Tanda amaran segitiga
Tanda Amaran Segitiga
  • Tanda amaran Segi tiga  sepatutnya diletakkan kira-kira 45 meter (147 kaki) dari belakang kenderaan yang rosak atau kemalangan.
  • Anda boleh dirikan di sisi laluan yang sama dan mudah dilihat pengguna jalan raya.
  • Ini dapat memberikan amaran kepada pemandu lain bahawa kenderaan anda mengalami masalah.
  • Pemandu boleh dikompaun jika kenderaan mereka yang rosak atau kemalangan tidak memasang alat tersebut.

Jenis Amaran Segitiga kereta : Tanda Amaran Segitiga.

3 Pemadam Api

pemadam api
Pemadam Api
  • Pemadam api bukan sahaja di pasang dibangunan,rumah atau di permis perniagaan malahan setiap kenderaan juga sepatutnya ada dipasang.
  • Alat ini ada dicipta khas untuk untuk semua jenis kenderaan.
  • Tidak dapat nafikan bahawa tiba-tiba kenderaan anda terbakar kemungkinan sambungan wiring yang tidak betul , kebocoran arus elektrik,bahan api atau kemalangan.
  • Dengan adanya alat ini, serba sedikit dapat membantu anda untuk memadamkan kebakaran daripada merebak dengan lebih parah lagi.

4 Set Spanar

Set kelangkapan tangan
Set Spanar
  • Memboleh kita  membaiki kenderaan sendiri apabila berlakunya masalah-masalah kecil sebagai contoh clamp radiator longgar dan sebagainya.

Jenis Spanar : Set Spanar.

Semoga dengan adanya panduan  ini, anda lebih peka kepada alat kecemasan yang wajib ada dalam kereta anda, terutama sekali kepada mereka yang sering melakukan perjalanan yang jauh.

‘ PANDU SELAMAT JIWA SELAMAT ‘ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *