Cara Jumper Bateri Kereta Yang Selamat

 

Kabel jumper ( cara jumper bateri kereta yang selamat )

Anda ingin mencari cara jumper bateri kereta yang selamat ?

Disebabkan kenderaan anda  pernah mengalami masalah ‘battery weak‘ disaat anda hendak pergi kerja atau parking di tempat-tempat awam?

Hal ini berlaku apabila sistem elektrikal dalam kenderaan anda tidak dipadam sepenuhnya,air bateri habis, jangkahayat penggunaan , bateri traminal longgar, kepala bateri berkerak(endapan putih), kenderaan parking terlalu lama dan altenator rosak.

Jika hal seperti ini terjadi anda, jangan panik, kerana mungkin kenderaan anda dapat dihidupkan dengan cara jumper bateri dengan menggunakan kenderaan lain.

Dalam post ini, saya tunjukan cara – cara jumper bateri kereta yang selamat dan berkesan.

Google Ads

Sebelum itu anda harus menyediakan peralatan untuk jumper.

1 Kabel Jumper

kabel jumper kereta
kabel jumper

kabel Jumper boleh didapati di mana – mana kedai spare parts, diy, aksesori dan sebagainya.

Contoh kabel jumper kereta.

Cara – cara Jumper Bateri

  • Cara jumper bateri
    Sambungan Kabel Jumper
  • Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel ‘jumper’ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain.
  • Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri (12 V  atau 24 V bergantung kepada jenis kenderaan )dan keupayaan  bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang ingin dibantu.
  • Gunakan kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.
  • Gear kenderaan mestilah berada dalam kedudukan “P”  untuk transmisi automatik dan “N”  untuk transmisi manual.
  • Sambungkan kabel pada terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta terjejas.
  • Terminal () dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke ‘Body‘ kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal ()
  • Setelah enjin berjaya dihidupkan, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit.
  • Buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik. ( dari kabel Jumper () seterusnya kabel (+)
  • Perlu dingatkan, kesilapan melakukan sambungan jumper pada kereta akan berlaku litar pintas dan kerosakan pada komponen lain seperti fius terbakar, wayar terbakar dan sebagainya.
  • Ini menambah kos perbelanjaan kereta anda untuk dibaiki.

Semoga cara ini dapat menjadi panduan kepada anda semua yang memerlukan di luar sana.

SELAMAT MENCUBA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *