Mungkin anda tercari – cari cara ikatan cylinder head kereta dengan mudah?
Bagi anda yang berpengalaman dalam bidang automotif, sangat mudah untuk anda melakukan di rumah dan jimat kos upah mekanik bukan?
Cara yang senang cuma memerlukan Torque Wrench dan spanar sahaja.
Google Ads
Sebelum itu, jom ikuti info lanjut mengenai fungsi head dan Torque Wrench.
Apakah Fungsi Cylinder Head Dalam Enjin ?
Fungsi cylinder head dalam enjin adalah sebagai penutup kepada Cylinder Head yang mana tempat berlakunya pembakaran (Combustion Chamber).
Ia juga menempatkan komponen lain seperti Intake Manifold, Exhaust Manifold, Injector Nozzle, Sprak Plug, Rocker Arm, Cam Shaft, Valve dan sebagainya.
Bilakah Masa yang Sesuai untuk Mengikat Cylinder Head ?
Selalunya head pada enjin diikat setelah melakukan kerja – kerja General Overhaul atau Top Overhaul diatas enjin tersebut.
Antara peralatan yang diperlukan untuk kerja ini adalah :
1 Torque Wrench

- Berfungsi untuk seragamkan ikatan nut pada head.
- Tanpanya enjin akan mengalami kebocoran sebagai contoh : air dan minyak.
Jenis Torque Wrench Sebagai Rujukan Anda :
- Torque Wrench 1/2, 3/8, 1/4.
- Professional Pointer Type Torque Wrench 1/2″ 300N.M.
- Torque Angle Gauge 1/2″.
2 Set Spanar lengkap

- Set set spanar yang lengkap untuk memudahkan kerja anda.
Pilihan Set spanar Lengkap Sebagai Rujukan Anda :
- 61pcs Combination Socket Wrench Set.
- VODELL 85pcs Cantilever Metal Tool Box Set.
- TOOLBOX TROLI TROLLEY PRC 187PCS.
Berikut Merupakan Kekuatan Ikatan Nut Head Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Kancil = 35 lb.Ft.
- Suzuki Jimny = 35 lb.ft.
- Toyota 16B = 57 Nm.
- Nissan Sunny = 37 lb.ft.
- Kelisa = 45 Nm.
- Wira = 45 – 50Nm.
- Viva = 35 lb.ft.
- Honda a18a = 40 lbs.
- Hicom 4hF1 = 45 – 55 lb.ft.
- Kancil = 35 lb.ft.
- Wira 1.8 = 35 lb.ft (Metal Gasket = 55 lb.ft).
- Kenari = 35 lb.ft.
- Proton Blm = 35 – 45 lb.ft.
- Viva 1.0 = 55 lb.ft.
- Wira 1.5 = 45 lb.ft.
- Satria Neo = 35 – 45 lb.ft.
- Mitsubhisi Triton = 40 – 60 lb.ft.
- Proton Gen 2 = 35 – 45 lb.ft.
- Proton Iswara = 45 lb.ft.
- Proton Persona = 35.lb.ft.
- 4g13 = 45 – 55 lb.ft.
- Proton Exora = 37 lb.ft.
- Wira 1.6 = 45 lb.ft.
- Perodua Rusa = 45 – 50 lb.ft.
- Proton Perdana V6 = 45 lb.ft.
- L2s Turbo = 55 lb.ft.
- Myvi 1.3 = 37 – 40 lb.ft.
- Kembara = 30 – 45 lb.ft.
- Head Mivec = 45 – 55 lb.ft.
- Nissan Grand Livina 1.8 = 57 lb.ft.
- Lorry Daihatsu V57 = 45 – 75 lb.ft.
- Naza Citra = 37 – 45 lb.ft.
- Toyota Seg = 40 lb.ft.
Cara pengikatan Head dengan Torque Wrench adalah menggunakan 3 peringkat iaitu ( contoh ikatan 36 lb.ft) ia bermula dari 34 – 35 – 36.
3 Cara Ikatan Head

Cara mengikat head kereta adalah seperti berikut:
- Ikatan head bermula daripada bolt no 1 di ikuti dengan no 2 sehingga selesai.
- Tetapi ia bergantung kepada jumlah bolt yang terdapat dalam head kereta anda.
- Setelah selesai mengikat, ulangi sekali untuk memastikan ikatan head benar – benar sekata kekuatannya.
- Jika Torque wrench mencapai kekuatan yang telah di set, ia akan mengeluarkan bunyi ‘tik‘.
- Gambar diatas menunjukan cara ikatan head yang betul.
- Cara mengikat head adalah bersilang atau zic zac ini membolehkan bolt head diikat dengan kekuatan yang sama ( dari dalam dan ke luar).
Semoga dengan adanya cara ikatan head kereta ini dapat memudahkan anda untuk mengikat cylinder head dengan mudah dan betul.
Salam admin, nak Tanya kalau untuk crankshaft punya step untuk torque wrench kancil brapa?
salam tuan.. untuk main bearing crankshaft ikatan 35 lb.tf. Untuk ikatan head sila rujuk pada tajuk cara ikatan head dengan mudah. terima kasih kerana terus menyokong..
Salam sejahtera admin,kalau head Perdana V6 brp lb.ft
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
Untuk ikatan Head Perdana V6 kekuatan ikatan Torque Wrench adalah 45 lb.ft.
Terima kasih.
Ketat head kia optima doch cam 2.0
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
Untuk ikatan nat head kia optima 2.0, ikat dalam sukatan 45 lbft sudah memadai.
Terima kasih.
Mana abg dapat sumber ini? Puas saya mencari. Adakah dari pengalaman abg sebagai pomen atau pun ada buku manual tsb?
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
semua ikatan ini sy berpandukan manual book dan pengalaman sebagai mekanik.
terima kasih.